Assalamualaikum. Terima kasih IIUMC sebab post cerita aku yang lepas. Aku minta izin untuk jernihkan keadaan sebelum pos aku jadi perbalahan agama
Dalam pos kali ni aku akan jawab satu2 persoalan korang. Siapa Sabila, tu nama betul dia atau bukan? Aku dah kenal ke dia atau belum? First, ye, Sabila tu bukan nama betul dia. Tu hanya nama gelaran yang golongan jin ni dah ‘terbagi’ kepada dia. Kenapa aku guna ‘ter’ sebab dia dah tersayang dekat Sabila ni. Ada beberapa perkara manusia buat menyebabkan puak2 jin ni sayang atau suka dekat kita tapi terserah sama ada perbuatan tu ; Dosa atau Pahala. Aku belum jumpa dia, aku masih terus mencari.
Keduanya, aku mohon maaf kepada pembaca beragama Kristian, pos ni tidak menyatakan agama kamu jahat. Aku takde mention air berasaskan holy water (and tolong jangan buat lawak, kaji dahulu asal air tu bagi yang cakap holy water adalah rendaman air janin. Are you pretty sure about it ?) air atau makanan yang aku makan telah disihir, maknanya samalah macam santau dalam kalangan masyarakat melayu (and mostly melayu islamlah yang taksub) guys, aku kaji agama kristian melebihi orang kristian sendiri. Jadi aku takkan suka2 hati keluarkan statement,insyaallah.
Berkenaan beberapa komen yang minta aku rujuk psychiatrist bcoz maybe I’m a man with a personality disorder or hallucinations. Hey,why should I ? I didn’t study this far to be my own patient. Untuk pengetahuan semua, aku seorang psychiatric dan bertugas di salah sebuah hospital. Kalau korang baca dalam pos pertama aku, aku ada cakap result spm aku melayakkan aku untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku suka. Yup,aku pilih medic, lebih tepat, Psychology. Aku tertarik untuk kaitkan islam dan sains. Berapa ramai patients aku yang tak ‘gila’ diberikan suntikan pelali hanya sebab gangguan macam ni. Kesian, tapi skop kerja aku memaksa aku buat tugas aku.
Tempoh 10 tahun aku mencari identiti diri menyebabkan aku gigih berusaha untuk buktikan dekat para guru aku, kawan2 yang menjauh sebab dikatakan aku gila. I’m with schizophrenia, split personality, OCD and etc. Aku lepasan sekolah agama di KL, boleh syak kot ye masing2 sekolah mana. Lepas aku dapat title Dr. barulah kawan2 dan para guru mula pandang aku semula. Ke tepikan dulu cerita hala tuju hidup aku lepas spm, kita fokus dengan sihir dan Sabila.
Aku belum berumah tangga/taken/ tunang orang. I’m free man. Jadi bila mimpi dia tipulah kalau aku kata aku takda perasaan nak mencari. Aku lelaki kot, curiosity aku tinggi. Pernah aku jalan area pasar pudu, uptown or any night markets hanya semata2 sebab nak cari dia. Aku paling fokus bila nampak yang bertudung labuh, yep, Hitam. Woman in black.
Ada beberapa mimpi aku pasal dia ni dan setiap kali aku mimpi memang aku catat semua details pasal dia sampaikan aku ada diary pasal dia. Dari pakaian ke suara, perbuatan dia semua aku tulis agar aku tak lupa. Memang job scope kerja aku catat semua maklumat patient jadi takda masalah untuk aku ingat satu2 apa yang aku nampak dalam mimpi.
Dia suka mengaji, solat. Quran dia warna hitam dan dekat pergelangan tangan dia ada tahi lalat. Cuma setiap kali paderi tu datang tiba2 suasana jadi dalam gereja. Dia akan terus kena tarik ke depan tempat lilin didirikan. As usual, dia menangis tersedu-sedu sambil pegang dada dia dan pandang aku.
Kemuncak mimpi aku, Bila paderi dengan jubah hitam dan salib dileher toleh ke belakang dengan muka marah dia pandang aku. Mata dia buntang dan dia jerkah, “leave her alone! Nobody can take her away from us.” Us? Aku circle kan US tu dalam buku ; siapa us, kelompok mana dan dari mana kalian ni? Aku terus hubungi kawan baik aku yang merupakan seorang ustaz. Dia antara sahabat yang aku percaya untuk cerita semua masalah aku ni. Dia ni kira ada kelebihan yang allah bagi yang menyebabkan dia boleh tengok dari jauh wallahu’alam.
Masa aku tengah belajar dekat satu institute ni aku kerap mimpi dia muntah darah dan najis. Tahilah senang cakap tanpa filter. Aku dapat rasa condition dia bukan biasa2 tapi terseksa. Dia tak dapat bantuan atau gagal dapatkan bantuan sepenuhnya. Kawan aku Zack ni kata dia disihir melalui makanan, dan benda tu ‘hidup’ dalam perut dia. Tiap kali dia muntah akan tersembur 7 biji nasi dan najis daripada tukang sihir. Zack kata dia jauh, sangat jauh dari kita. ni yang Zack nampak. Aku tak faham maksud Zack jadi jangan tanya aku apa maknanya.
Sihir tu diarahkan oleh seorang paderi kristian yang dapat nama dia daripada diri dia sendiri. Sabila ni yang bagi, mungkin dia ditanya. Paderi tu tahu nama penuh sabila ni, which mean Sabila is not her real name. Kami tak tahu nama dia apa, sebab tu yang termampu hanya sabila. Sama macam aku, dia dapat makanan dalam bekas. Sabila ni kuat pegangan agama jadi motif sihir adalah untuk jadikan dia seorang nun (rahib kristian). Ya, bunyi merepek tapi silakan kalau korang nak tanya pengamal2 perubatan islam berkenaan perkara ni, sihir jenis ni. Kalau aku, seorang dr boleh buka minda aku yang sah2 dahlah ke arah sains, macam mana dengan korang?
16. Sep.16 , 11.30pm- tahun ni, terakhir kali aku nampak paderi jubah hitam tu dalam rumah aku, betul2 dekat bilik kerja aku. Dia senyum. Tangan dia tunjuk cross yang besar tu kat aku. Tiba2 dia pekik suara ketawa dia sampai berderau darah aku. Aku tundukkan kepala pandang balik fail2 kerja. Jantung dah berdegup laju sebab malam tu aku tinggal sorang. Abang aku dah kawin, mak ke rumah saudara di cheras. Aku cuba fokus dengan kerja balik, ada beberapa case patient yang perlu aku kaji sebelum final report. Nescafe dalam mug dah lama habis. Aku tak boleh concentrate dah kali ni sebab kemunculan dia tu tiba2. Kipas kemain laju pun tetap buat aku berpeluh. Aku berdiri, istighfar beberapa kali, turun ke tingkat bawah dan berwudhuk.
Malam tu aku tidur dekat ruang tamu, sambil on tv. Memang taklah cerita dia aku nak masuk bilik, dengan mak takda kat bilik sebelah. Tiba2 semua gelap, aku tak boleh detect aku kat mana. Aku jalan perlahan2 sambil raba guna tangan dan kaki cuba cari dinding, mungkin ada suis. Tiba2 aku teraba satu susuk tubuh, entah macam mana aku boleh terpanggil Mak! Lampu menyala, yang ada depan aku bukan Mak, tapi hantu valak yang korang sebut tu. Dia senyum. Aku lari ke belakang walaupun tak cukup tanah. Dia panggil aku, Sabil! Aku toleh.
Masa toleh nilah aku nampak Sabila berdiri dengan sorang rahib kristian, dan depan dia paderi baju hitam. Kali ni sabila tak protes, tapi dia diam je. Cuma kat tangan dia ada Quran. Dia pandang aku dengan muka pucat. Suasana bingit dengan lagu ketuhanan kristian tu, paderi jubah hitam dan putih ketawakan aku. Entah macam mana paderi jubah hitam tu tolak aku ke belakang, dia tekan dada aku dan aku tersedar! (Ni mimpi). Tv dah nyanyi lagu negaraku. Aku kena tindih.
Zack kata Sabila ni dah ikat perjanjian dengan jin tu sebelum dia pergi jauh. Pergi mana? Aku tak tau. Tak tahulah nak klasifikasikan benda ni syirik atau apa tapi dia buat declaration dengan jin tu jangan ganggu keluarga dia. Paderi tu boleh ambik dia, tapi bukan orang lain. Kalau dia langgar, dia boleh mati sebab kali ni sihir tu bukan sihir biasa. Silap je langkah sabila ni kira selesai semuanya. Mimpi aku pasal dia pun mungkin terhenti. Dia terpaksa buat semua ni untuk benda lain. Benda apa? Keselamatan apa yang perlu dia jaga sampai agama mesti dipertauh? Religion is not a gamble.
Aku betul2 nak bantu dia sebab daripada apa yang aku dengar ni je buat aku takut dan amatlah risau. Benda ni takda kena mengena dengan valak, conjuring, sinister dan sebagainya sebab aku bercakap based on reality (walaupun agak tak pasti). Second, aku takjub dengan dia. Seriously,sihir yang ganggu dia bukan macam aku. Aku pun tak sekuat dia aku rasa sebab dia boleh mati. Sihir tu makan dalam dia lama dah,bukan setahun 2. Bayangkan,kalau aku mula mimpi dia masa umur 13 ke 14 tahun, maknanya? Tapi dia masih hidup Zack cakap. Ni yang buat aku makin nak tahu mana perempuan ni berada.
Kadang2 zack gurau, kau tak kawen sebab tunggu dia ke apa? “macam mana kalau aku tunggu?” nah forget it. Zack cuba meragukan. What if dia tak wujud, dan apa yang Zack nampak tu silap? Aku sengeh je sambil minum teh ais. Aku yakin dia ada, somewhere in this world. Aku bukan nak tunggu benda yang tak pasti tapi aku cuma nak tahu siapa dia ni dan keadaan dia betul atau tak macam yang kitorang anggarkan dari mimpi2 aku? I’ll search for her up and down, high and low.
Aku takut satu saat dia tukar agama, sebab dia rasa agama islam bukanlah agama yang ‘selamat’ lagi buat diri dia. Aku takut iman dia bergolak dan dia jatuh sebab moral support takde. Aku takut sabila yang aku kenal dalam mimpi tu dah tinggalkan quran dan solat dia. Aku takut.
Patient aku paling muda setakat ni 8 tahun,mengaku nampak perempuan bergayut dalam rumah dan anak2 kecil warna hijau main dekat dapur rumah. Bila mak dia tanya benda tu buat apa, dia cakap benda tu ajak main sekali jadi dia pun mainlah. Apa yang aku tulis untuk kes macam ni? It’s schizophrenia. Hallucination. Aku suggest kan mak dia bawa jumpa ustaz dan cuba kedua-dua alternative yang ada. She insists with the modern one. Sekarang anak dia kerap menjerit waktu malam dan meraung, memberontak, campak barang. Terakhir laporan kami dapat anak dia cuba cucuk mata sebab takut nampak benda2 ni. Penyelesaian? A buse.
Nasihat aku, kau nak tolak perubatan Islam tolaklah. Kau nak guna perubatan moden pu ten teruskan. Cuma jangan nafikan apa yang dah ada dalam quran, nafikan kelompok jin dan syaitan.
Terima kasih iiumc sebab bagi peluang Dr baharu ni bagi pendapat luahkan benda yang tersimpan selama 15 tahun. Dan to all my haters, keep saying I’m the crazy own. Aku dah biasa, kau nak kata dr gila ni gila pun aku tak kesah sebab income aku beribu ribu sebulan nak banding kau. Hahahahahahahaha. Terima kasih. Sabila, aku pohon kau kuat dan jangan rasa kau lemah. Nilah perang untuk kau. Moga kita jumpa, di akhirnya. Al-Quran, 2: 216.
_ Man,Gombak
– Man Gombak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit