Sihir Keluarga

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Hi korang, nama aku Cakoi, ya Cakoi yang sedap tu. Aku boring, jadi saja nak kongsi pengalaman pasal sihir, sihir yang pernah berlaku dalam keluarga aku, cerita yang jarang aku kongsi dengan sesiapa, sebab jarang orang yang nak percaya. Admin kalau tulisan ni disiarkan, mohon siarkan pada waktu malam. Hihi

Cakoi ada banyak cerita berkaitan sihir berlaku disekeliling Cakoi, yang Cakoi rasa perlu dikongsi, untuk diambil iktibar.

Kisah 1.

3 tahun lalu ayah & mak pernah sakit, sakit yang pelik. Demam yang tak kebah. Cakoi cakap pelik sebab bila dah pergi klinik, doktor cakap ayah & mak sihat. Teruskan dengan ujian darah, doktor cakap normal. Kami syak ada benda tak kena. Ayah & mak Cakoi orang niaga, biasa kan orang kaitkan orang meniaga dengan sihir/buatan orang.

Akhirnya mestilah carik alternatif rawatan yang lain kan. Jadi kami pergi la jumpa pak ustaz. Ustaz yang ala ala rawatan Darussyifa tu la. Ustaz cakap ayah & mak aku kena sihir sebab orang dengki. Cakoi jenis yang malas nak percaya. Tapi bila dekat 2 bulan ayah & mak Cakoi masih sakit, badan dah mula susut, terbaring tak sihat, Cakoi rasa marah dan sedih, siapa tak sedih tengok ayah & mak kita sakit kan? Adik beradik Cakoi pun ada yang terkena sekali. Cakoi siap doa, ya Allah, jika benar kami di sihir, aku takkan maafkan si penyihir, kau berilah kesembuhan kepada kami ya Allah.

Family kami buat solat hajat, untuk kesembuhan ayah & mak, moga Allah berikan jalan keluar.

Seminggu selepas solat hajat, ada ahli keluarga kami sakit. Sedara mara yang tinggal kawasan rumah kami jugak. Mak Cakoi memang tak boleh dengar kalau sedara mara sakit, tak sihat macam mana pun dia akan pergi ziarah. Balik dari ziarah, mak & kakak Cakoi menangis. Cakoi namakan sedara yang sakit tu sebagai Cik Bie.

Semasa ziarah Cik Bie kat ICU, yang boleh masuk melawat dua orang je, mak & kakak Cakoi. Masa melawat tu, Mak bagi la salam, Cik Bie yang dah dekat 3hari tak boleh bangun tiba-tiba bersuara. Mulut dia terkumat kamit. Mak & kakak Cakoi usap la tangan Cik Bie nak bagitahu yang ada orang datang melawat ni.

Tengah Mak Cakoi usap tangan Cik Bie sambil cakap-cakap, mata Cik Bie tetibe terbeliak. Mata merah pandang Mak dengan tajam. Mak dah henti usap Cik Bie, tapi Cik Bie terus tenung Mak macam nak makan. Kakak dah tarik Mak ke belakang. Mulut Cik Bie masih terkumat kamit. Tiba Cik Bie bangun macam nak terkam mak, sambil ulang jerit ‘memang aku yang buat korang, hihihi’. Cik Bie boleh mengilai. Kakak panggil nurse & lepas tu aku xtahu apa yang jadi sebab Mak & kakak sambung nangis. Mak sehabis daya husnuzon dengan Cik Bie, tak nak tuduh sesiapa yang sihirkan kami. Tapi korang rasa apa yang akan kami fikir? Sekali dengan aku nangis walau aku tak tahu kenapa aku kena nangis.

Seminggu jugak Cik Bie dekat ICU, tak tahu apa sakit dia. Lepas tu Innalillahi wa inna ilaihi rajiunn. Cik Bie pergi tinggalkan 3 orang anak, yang bongsu baru 5 bulan waktu tu. Cakoi tak ada di kampung waktu tu, Cakoi tengah sambung study luar negeri. Lepas tu, Alhamdulillah ayah & mak kembali sihat.

Cerita Cik Bie habis kat situ, tapi cerita Cakoi belum habis lagi. Seminggu lepas tu, Cakoi dapat mimpi yang pelik, berulang-ulang. Cakoi mimpi ada orang meninggal, Cakoi tak tahu siapa orang tu, dalam mimpi tu, Cakoi rilek sedekah baca Yassin dekat jenazah. Tiba-tiba jenazah perempuan tu bangun, kain kafannya terbukak sendiri, muka hitam, rambut pendek, badan kurus kering, telanjang datang merangkak ke arah Cakoi. Ko rasa apa yang Cakoi akan buat?

Ya, Cakoi lari sambil mulut baca segala surah yang Cakoi ingat. Tapi dalam mimpi tu jenazah perempuan tu tetap merangkak kejar Cakoi sambil ulang ‘maaf, maaf, maaf’. Cakoi tak kenal siapa dia. Bila Cakoi sedar, peluh menitik, dan biasa mimpi tu antara pukul 3 sampai dekat Subuh.

Cakoi beritahu mak pasal mimpi tu. Mak nangis lagi, Cakoi pun nangis jugak dengar mak nangis, ye kami suka nangis. Mak dapat mimpi yang sama, mak cerita detail muka jenazah dalam mimpi tu, sama!. Dan mak cakap itu macam muka arwah Cik Bie waktu saat-saat akhir arwah. Waktu Cik Bie meninggal kan Cakoi tak ade dekat kampung, jadi Cakoi tak tahu macamana muka Cik Bie saat-saat akhir nafasnya. Mak cakap maafkan lah Cik Bie, walau kita tak tahu betul ke tak Cik Bie yang sihir kita dulu.

Cakoi tak sangka benda ni boleh bawak sampai termimpi-mimpi. Padahal lepas Cik Bie meninggal tu Cakoi sibuk dengan assignment dekat Universiti. Korang ingat ada masa ke Cakoi nak fikir. Tapi Cakoi kuatkan hati, Cakoi sebut dalam hati, ya, aku maafkan Cik Bie dengan harapan, mimpi tu tak datang lagi.

Korang rasa Cakoi mimpi lagi tak lepas tu?

Haha, ye, Cakoi mimpi lagi, mimpi yang sama tapi kali ni muka jenazah lebih jelas, merangkak sambik sebut ‘maaf, maaf, maaf’. Ngeri.

Mak cakap mungkin Cakoi tak ikhlas maafkan dia. Lepas tu baru Cakoi teringat yang Cakoi pernah kata yang Cakoi takkan maafkan si penyihir tu.

Masa tu lepas isyak, dah habis buat assignment Cakoi ambil wuduk, solat taubat, solat hajat, kemudian Cakoi doa sungguh-sungguh dan ikhlaskan hati untuk maafkan si penyihir tu.

Alhamdulillah malam tu Cakoi tak mimpi dah. Tidur nyenyak sampai subuh esoknya. Bangun pagi esok Cakoi rasa tenang. Mungkin sebab assignment dah siap. Huhu

Cakoi tak pernah nak tuduh atau kata Cik Bie yang sihir kami. Tapi ini semua apa yang terjadi pada kami. Kisah ni cuma satu dari berpuluh kisah sihir yang terjadi.

Cakoi teringin nak share pasal jenis perawat/ ustaz yang pernah Cakoi jumpa. Tapi panjang la pulak confession ni nanti.

Untuk kalian yang pernah disihir, jangan pernah putus asa usaha, doa. Ustaz atau perubatan Islam itu hanyalah perantara. Sakit sihir hanya kita yang rasa, tapi penyembuhnya hanyalah Dia.

Untuk kalian yang pernah menyihir, taubatlah, jangan sampai sihir memakan diri, minta maaf pada yang kalian pernah zalimi. Mati itu pasti.

Untuk kalian yang pernah ada niat untuk menyihir, fikirkan berjuta kali, sebab sekali kalian terjebak, ianya adalah syirik, dan kalian sendiri tahu dosa syirik bukan?

Sekian…

– Cakoi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *