Sihir Keluarga II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sihir-keluarga/).

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Hi korang, Cakoi datang lagi. Terima kasih kepada admin sebab siarkan tulisan Cakoi. Terima kasih kepada korang yang sudi baca tulisan Cakoi.

Cakoi nak tegaskan, Cakoi ni bukan Butan, sebab Cakoi ni kuih, Butan tu buah. Lain kan? Kalau tak percaya sila tanya admin. Kepada Butan, tulislah lagi, ramai yang rindu tulisan Butan ni.

Sebelum Cakoi share pasal perawat / ustaz yang Cakoi pernah jumpa, sudilah kiranya baca dua lagi kisah sihir yang berlaku di sekeliling Cakoi ni. Semuanya berkait nanti. Dan macam biasa, kalau admin nak siarkan, mohon siarkan pada waktu malam. Hihi

Kisah 2.

Ayah & mak Cakoi orang niaga. Perniagaan kami baru masuk 30 tahun, perniagaan keluarga. Kami buat minuman dan ada kilang sendiri yang tidaklah besar mana. Punya 20 orang staf, dan produk kami hanya mampu masuk 3 buah negeri sahaja, masih dikira sebagai Industri Kecil Sederhana (IKS).

Nampak ok je kan perniagaan Ayah & mak? Tapi sebalik tu, kami tanggung banyak sangat kesakitan untuk teruskan perniagaan ni.

Cakoi mula faham kami disihir masa umur Cakoi 6 tahun. Waktu tu, mak suruh Cakoi dan adik beradik mandi pukul 12 tengah malam. Bukan mandi biasa, mandi dengan air bunga 7  jenis, asam limau, garam, asam keping, bunga cengkih, pelaga dan lain-lain.

Ni bukan mandian nak cepatkan jodoh ke apa, Cakoi baru umur 6 tahun kot waktu tu. Cakoi tanya mak kenapa kena mandi macam ni? Mak cuma cakap, ustaz yang suruh, nak halau hantu.

Dan sampai sekarang, Cakoi dah 20 an, sihir tu masih berterusan. Cakoi senaraikan apa yang pernah kami lalui :

1. Bahan produk kami tetibe basi. Ya, minuman yang tengah dalam proses masak, boiling point lebih dari 100 celcius tu tetiba je berketul-ketul, bau masam, memang tak dapat diselamatkan lagi. Terbazir 4000 unit produk macam tu je. Benda ni berlarutan hampir seminggu. Berakhir bila ustaz sendiri datang ke kilang.

2. Produk yang sudah melepasi QC tetiba je bila dapat kat pelanggan, minuman bau macam tanah. Korang rasa kalau dapat minuman yang bau tanah korang nak minum tak? Benda ni berlarutan hampir sebulan, berakhir bila ustaz sendiri datang kilang, tengok bilik bahan mentah penuh dengan tanah kubur yang masih merah. Cakoi pun tak tahu macam tanah tu ada kat situ, padahal sebelum ustaz datang, kami tak pernah jumpa apa-apa kat situ.

3. Kami ada ofis, tempat simpan stok dan bahan marketing. Stok bila sampai ofis je terus rosak berketul-ketul, bau masam. Padahal batch produk yang sama di kilang elok sahaja. Berlarutan hampir 3 bulan, selesai bila ustaz sendiri datang ofis sambil tunjuk satu persatu abu mayat yang ditabur sekeliling ofis. Pelik sungguh, takkan staf cleaner Cakoi tak buat keje kan?

4. Ayah Cakoi pernah sakit sampai tak boleh berjalan, masa tu memang kami sekeluarga down sangat, sebab segalanya ayah yang uruskan. Masa tu mak lah yang ambil alih. Jumpa doktor sampai ke pakar, doktor cuma kata ayah sakit saraf. Merata kami pergi berubat, selesai bila seorang ustaz keluarkan paku dari setiap sendi ayah.

Paku tu dikira sihir pengunci dan biasanya pesakit akan berakhir dengan strok atau kematian. Kesannya sampai sekarang ayah masih berjalan tempang. Ayah jugak pernah demam berbulan-bulan. Selesai bila patung yang dililit rambut ayah, dipaku setiap sendi dan dihanyutkan ke laut dibuang oleh ustaz.

5. Mak pun tak pernah terlepas dari disihir. Walaupun Cakoi dan mak suka nangis, mak lah penguat kami. Biasanya mak akan dapat mimpi yang pelik bila sihir tu nak datang. Mak pernah mimpi ada kakak rambut panjang baju compang camping terbang di atas atap rumah kami. Terbang sambil mengilai, bahagia sungguh kakak tu mengilai. Kami terus call ustaz dan ustaz bagitahu, betul la, ada sihir yang baru dihantar. Alhamdulillah sihir tu terus dibuang sebelum apa-apa terjadi.

6. Staf kami pun tak terlepas disihir. Ada yang diganggu, ada yang nampak benda-benda pelik di kilang dan ofis, terus berhenti kerja. Dekat kenderaan yang diguna oleh staf untuk membuat sales pun diletakkan ‘benda ghaib’. Pernah staf tertangkap gambar tangan hitam, runcing kuku panjang dekat dengan tempat duduk pemandu. Selepas disiasat, betul bukan tangan staf tu, sebab dia yang tangkap gambar.

Jadi tu tangan siapa? Staf tu syif malam waktu tu, dan dia hanya seorang sahaja. Yang lagi best, ada staf sales & marketing kami ditawarkan kerja lain dengan dua kali ganda gaji asalkan berhenti dari syarikat kami, staf sale sendiri yang cerita dengan Cakoi, dia dapat tawaran tu dari whatsapp nombor yang tak dikenali . Gigih penyihir ni kan?

Hanya 6 yang mampu Cakoi senaraikan, sebab Cakoi tak mampu nak menaip yang selebihnya. Cakoi taip ni pun tangan Cakoi menggigil, bukan sebab marah, tapi sebab tetibe je bulu roma Cakoi meremang. Setiap kali nak menaip ni, macam ada sesuatu yang perhatikan Cakoi. Ya, Cakoi sendiri masih dalam proses rawatan sihir ni. Cakoi akan cerita pasal sihir yang jadi pada Cakoi nanti. Bila Cakoi dah kuat.

Cakoi nak share lagi, Cakoi pernah tanya usahawan yang lain, Cakoi namakan dia Mama Diva. Mama Diva ni pun usahawan minuman dan makanan jugak. Orang lama dalam bisnes.

Cakoi tanya dia ada tak masalah sihir macam kami ni?

Mama Diva cakap, masalah sihir ni kira masalah biasa bagi orang niaga.

Cakoi tanya lagi, ada tips tak nak elak dari kena sihir?

Mama Diva gelak, dia kata pasanglah ‘pendinding’. Cakoi muka blurr kejap. Otak tengah proses dinding apa yang Mama Diva ni maksudkan.

Mama Diva sambung ”Orang bisnes kalau nak maju, memang tak boleh lari dari guna ‘benda’ ni. Daripada orang duk buat kita, bisnes lingkup, baik la kita protect diri kita. Kita buat la dia balik”

Cakoi terduduk. Terus Cakoi rasa nak panggil dia Mama Devil.

Allahu Allah. Cakoi nangis lepas tu.

Sihir dibalas sihir, dimana penyudahnya??

Kalian si penyihir, bukan kalian sahaja yang syirik, tapi kalian jugak seolah mengajak orang lain melakukan syirik. Yang tebal imannya akan bertahan, tapi yang lemah seperti kalian bagaimana?

Kalian yang disihir, la hau la wala quwwata illa billah. Semat ini dalam hati. Tiada kekuatan melainkan kekuatanNya.

Kalian yang pernah berniat untuk menyihir, tanya diri, bagaimana boleh kalian fikirkan niat untuk menyihir itu.

Sekian…

– Cakoi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *