Namaku orkid, bekas suami ku namakan sebagai “NBZ” dan penyondol ku namakan sebagai “Nor”
Saya baru berkahwin, orang kata masih wangi lagi untuk buat apa2 pon.
Selepas 6 bulan berkahwin, saya jadi pelik. Suami tidak suka duduk dirumah, selalu marah2 kata panas dan tidak suka dipeluk serta solat sama lagi. Dia akan keluar pergi kerja sebelum subuh dan akan balik lewat tengah malam.
Dan saya pula jadi cepat marah dan bergaduh dengan orang sekeliling. Adik beradik saya cakap yang saya ada bawa aura negatif yang mana diorang tak suka dekat dengan saya dan mohon saya berubat.
Pada mulanya saya tak amik kisah sangat sehinggalah mak saya sendiri cakap “kau jangan tunggu bercerai baru menyesal”. Itu yang membuatkan saya mahu berubat.
Alangkah terkejutnya saya bahawa saya terkena sihir pemisah. Saya tak beritahu NBZ yang saya berubat kerana kononnya NBZ tidak percaya perubatan macam ni.
Tapi saya bagitau bahawa selangor ada akta perubatan tradisional dan senarai perubatan islam yang diiktiraf juga disediakan. Kita hanya berubat kerana di buat orang.
Tapi rupanya NBZ sudah kena minyak dagu. Dia turut sahaja kehendak Nor. Ustaz yang merawat saya bahawa saya sudah 3 kali di calit NBZ untuk pepisahan antara kami nanti saya yang menjadi punca.
Saya beritahu ibu bapa mentua saya agak mereka juga berubat untuk NBZ. Malah selepas kami berubat Nor dapat merasakannya dan NBZ sampai sanggup tak balik rumah ibu bapa sendiri dan buang mereka macam tu saja.
Mentua saya sedih sangat sebab NBZ antara anak harapan keluarga. Tak pernah lagi dalam sejarah perawat perubatan minta saya bercerai. Ustaz cakap dia bukan laki yang baik untuk saya. Ustaz cakap, mereka dah bersama jadi Nor takot ditinggalkan sebab tu dia buat NBZ.
Tapi saya masih degil dan sayangkan hubungan kami lagi. Saya berubat banyak tempat dan semua ustaz mengatakan hal yang sama.
Sehinggalah NBZ tidak mempunyai nafsu lagi dekat saya. Saya saksikan sendiri bagaikan dia stress apabila bernafsu tapi tak boleh bersama.
Sebagai isteri yang sah pada ketika itu saya sedih sangat. Saya solat tengah malam untuk dapatkan pulihkan NBZ dan cari petunjuk.
Semakin lama saya buat semakin terbuka aib NBZ satu persatu. Rupanya NBZ bukan laki yang baik. Dah ramai perempuan dia rosakkan. Kali ni dia bertemu buku dengan ruas cuma bezanya NBZ sudah berkahwin dengan saya dan Nor tak nak mengalah.
Sehinggalah NBZ failkan penceraian tanpa pengetahuan saya. Dia dah langsung tak boleh tengok saya lagi. Dia jadi marah dan kata2 yang dikeluarkan semuanya berbentuk hinaan.
Peguam saya sarankan saya untuk menolak penceraian secara baik dahulu dan teruskan perubatan. Tapi NBZ terus lafazkan taklik, saya terpaksa terima dan hentikan perubatan untuk dia.
Dia memang ikot sahaja kehendak Nor sehingga sanggup kahwin ke luar negara kerana gagal dapatkan restu ibu bapa NBZ. Tapi saya tak tahu kenapa luar negara sebab mereka janda dan duda. Saya tak pasti ada masalah apa disebelah Nor pula.
Nor adalah seorang janda yang 7 tahun lagi tua dari saya dan lagi tua dari NBZ. Mempunyai kerjaya yang bagus, pensyarah kepada bakal pendidik anak bangsa.
Dia mampu dapatkan orang yang lagi bagus dari NBZ tapi malangnya Nor sanggup belakangkan agama sendiri dan merobohkan rumah tangga orang lain.
Dan saya tengah menjalani hari2 iddah saya. Takkan pernah saya maafkan Nor dunia akhirat kerana meruntuhkan rumah tangga yang baru saya bina.
Hope berbahagialah kerana itu jalan yang mereka pilih.
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bab sihir ni cuma muhasabah saja kenapa Allah izinkan ia terjadi kpd puan?Pasti ada sebab dan hikmah.
Dri situ terbongkar kegiatan jahat suami selama ini di blkg
Allah nak selamatkn puan drp lelaki jahat ni….Allah hadirkan Nor sbg asbab je.Fahami ayat saya
Bersyukurlah diceraikan.
Kalau masih isteri dia
Merana seumur hdp.Tah2 dia ada anak luar nikah juga dgn mana2 betina