Assalamualaikum, hai nama aku Wawa. Aku berusia 23 tahun dan masih lagi seorang penuntut di sebuah IPTA. Aku asal Selangor tapi menetap di Pahang. Adik-beradik aku 4 orang dan aku anak yang ketiga. Mak ayah aku , dua-dua kerja. Kehidupan kami sama macam family orang lain. Ada masa bahagia, dan ada masa berduka.
Cerita aku bermula semasa aku berada di akhir tingkatan 4, parents aku dah ada rumah sendiri atas tanah mereka sendiri. Rumah ni dibina di sebuah kampung sebab parents aku semakin menginjak usia tua, so mereka ni mcm nak ketenangan la. Kami adik beradik okay je. Alhamdulillah, masa aku form 5, kami semua dapat menunaikan umrah bersama. Semasa kami di tanah haram, aku perasan adik bongsu aku berkelakuan pelik. Aku akui adik aku ni seorang yang keras kepala, nakal dan tak nak dengar cakap, biasa la lelaki. Tapi masa di sana, dia jadi panas baran sangat. Ustaz kata, semasa kita di tanah haram, memang kita akan diuji dengan panas baran, cerewet atau apa apa sahaja perangai yang boleh menyebabkan pergaduhan and etc. So aku anggap adik aku tu sedang ‘diuji’.
Tapi lepas kami balik tu, perangai adik aku semakin bertambah teruk. Sejujurnya, ayah kami garang. Kami semua tak berani melawan cakap ayah. Tapi adik aku ni makin berani lawan cakap ayah. Dengan mak apatah lagi. Mak aku ni pulak, asyik ikut je kehendak adik. Aku pun tak paham kenapa ? sebab sepanjang kami membesar, mak aku bukannya mudah nak ikut kehendak anak-anak melainkan benda yang kami minta tu memang suatu keperluan. Bayangkan, adik aku mintak X-Box, mak aku belikan. Nak tv LCD, mak aku belikan. Nak motor pun, mak aku belikan. Sampai ayah aku bising, kata mak aku manjakan sangat adik aku. Adik aku kejut mak aku pukul dua pagi semata-mata nak air milo, mak aku sanggup bangun buatkan. Kalau suruh urut kaki dia, mak aku urutkan. Adik aku, waktu malam dia akan buat perangai. Memang habis terbalik sofa rumah semua. Yang aku pelik, kuat betul tenaga adik aku untuk terbalikkan sofa rumah sebab kalau manusia biasa, nak angkat sofa rumah tu, sekurang-kurangnya 4 orang. Dia yang kurus kering tu dengan usia dia masa tu 13 tahun, boleh angkat dan terbalikkan sorang-sorang. Dan setiap kali dia mengamuk, memang mak yang akan jadi mangsa. Dia pukul mak, habis lebam badan mak. Ayah aku biasa malam, dia akan ke masjid. So bila adik mengamuk, aku yang akan call ayah suruh balik cepat.
Mak pun aku perasan dia jadi lain sejak balik umrah. Sangat mudah tersentuh, sensitif. Tak boleh ayah tegur sikit, nanti dia akan menangis macam budak kecik. Kalau kami adik-beradik gaduh pun, mak menangis. Pernah tu sampai dia campak habis barang barang kat dapur. Habis telur kat dapur, bawang semua. Ayah aku terpaksa tarik mak aku dalam bilik air then siram dengan air. Baru mak aku macam okay sikit. Aku dapat feel yang ada something wrong somewhere dalam family aku. Oh btw, yang tinggal dekat rumah hanya kami berempat sebab abang kakak aku kerja. Aku rasa ayah aku pun perasan sebab sejak kejadian tu semua berlaku, ayah selalu pasang ayat Ruqyah dalam rumah. Ayah selalu pesan kat aku, kalau tinggal berdua dalam rumah dengan adik, kunci bilik. Duduk dalam bilik, jangan keluar sebab takut adik aku mengamuk tiba-tiba. Memang time tu, aku rasa lifeless sangat. Aku banyak habiskan masa main phone untuk chat dengan kakak. Kakak duduk luar negara, so apa-apa pasal family, dia tahu melalui aku. Jadi reporter dia. Kakak selalu pesan suruh aku ngaji, jaga solat.
So, one day, mak nak renovate rumah. Parents aku upah kawan ayah aku. Kebetulan kawan ayah aku boleh berubat orang. Dia boleh nampak makhluk di alam lagi satu. Pakcik tu cakap kat ayah aku, dekat adik aku ada seekor jin, dekat mak aku ada seekor. Ada orang sihir family aku. Tujuan dia nak suruh bagi family aku berpecah belah. Asalnya sihir tu dituju kepada ayah aku dan mak aku, tapi yang ayah aku terkena pada adik aku. Huhuhu, aku tak dapat bayang macam mana family aku kalau benda tu kena pada ayah aku. Pakcik tu cakap, jin yang dalam badan adik aku benci dengan jin yang ada dalam badan mak aku. Sebab tu adik aku selalu pukul mak aku. Then kami start berubat. Alhamdulillah yang mak aku punya senang je nak buang, tapi yang adik aku punya, lama gila. 3 tahun berubat. Jin dalam badan adik aku taknak lepaskan adik aku. Dah buang, dia datang semula. Ayah aku cakap dia tahu siapa yang hantar sihir tu, ayah aku kenal. Tapi bila aku tanya ayah aku siapa, ayah aku taknak cakap. Dia takut aku berdendam dengan orang tu.
Sepanjang proses nak berubat tu, banyak jugak benda seram jadi. Antaranya dengar macam orang berjalan dekat luar rumah, padahal takdepun. Tengah malam bunyi budak kecik main dekat ruang tamu. Bunyi guli. Bunyi itik getah. Bunyi orang tiup wisel. Benda tu dah jadi kebiasaan bagi aku, tapi bila duduk sorang, seram jugak wei. Mak aku terpaksa duduk rumah nenek belah ayah aku sebab rumah nenek dekat dengan tempat kerja mak. Aku ikut sekali mak aku. Ayah aku duduk rumah dengan adik aku sambil tu nak rawat adik aku supaya dia sembuh semula. Aku kesian tengok mak. Masa kat rumah nenek, mak tidur nyenyak sangat. Lena sangat dia tidur. Sebab bayangkan masa kat rumah, setiap malam adik aku kacau mak aku tidur. Tapi tu la, aku tak faham apa yang orang tu dengki sangat dengan family aku sampai sanggup buat benda syirik tu bagai. Kenapa ? orang tu tak fikir ke apa akan jadi dekat kami adik-beradik kalau mak ayah aku bercerai. Aku tengok yang adik aku pukul mak aku pun, aku kesian sangat. Apatah lagi kalau benda tu kena kat ayah aku, adoii. Nauzubillah. Adik aku tu, sebelum pakcik tu detect dia kena sihir, dah berapa kali dia tu ulang alik masuk wad mental. Kesian jugak pada adik aku. Bila dia dah sihat, dia menangis mintak maaf pada mak aku. Apa yang dia pernah buat dekat mak aku. Alhamdulillah dia dah sihat sekarang. Kepada yang sihir family aku (kot-kot dia ada baca), aku harap kau bertaubat. Aku maafkan apa yang kau buat kat family aku, tapi aku harap kau tak ulang benda ni pada orang lain pulak. Ingat, syirik ni dosa besar. Kau dah sekutukan ALLAH. Andai kata kau belum bertaubat, taubat la. Mati bila-bila je wei.
The moral of the story, aku nak pesan kalau rasa dengki dengan orang lain, padamkanlah rasa dengki tu dengan istighfar. Ingat tuhan. Fikir la nasib family orang tu especially kalau orang tu ada anak kecik lagi. Tolong la, benda tu benda syirik kot. Then banyak la beribadat dekatkan diri dengan tuhan supaya diri kita ni terhindar daripada segala jenis tipu daya syaitan dan segala sihir manusia. Ayah aku pesan, amalkan la ayat kursi banyak-banyak sebab ayat kursi tu la pendinding untuk kita. Niat dalam hati semoga ALLAH lindung diri kita daripada segala perkara yang boleh bahayakan kita. Then amalkan ma’thurat. Kawan aku yang kena rasuk atau yang ada something dalam badan dia, tak boleh dekat dengan aku sebab dia rasa panas bila aku datang kat dia. Maybe fadhilat ma’thurat yang aku amalkan tu kot. Last but not least, aku harap mana-mana family yang ada kena mcm kes family aku, bersabar banyak-banyak dengan dugaan ni. Banyakkan berdoa, yakinlah yang ALLAH Maha Mendengar. Sekian, terima kasih sudi membaca.
– Wawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit