Sihir Pemisah

Saya terasa nak share tentang sihir pemisah yang memang dah banyak sangat berlaku dalam rumahtangga akhir zaman ni.

Kawan saya tiba² wasap tanya pasal sihir pemisah. Sebab mungkin sebelum ini dia ada baca pasal sihir yang saya ada post baru² ini.

Saya tanya dia, ada mimpi pelik² ke?

Dia kata, ada. Banyak sangat mimpi pelik. Antaranya,

1. Mimpi jatuh tempat tinggi.

2. Mimpi minum air pelik dari seorang lelaki yang bercakap bahasa Thailand. Siap sangkut kat tekak lagi air tu, bila korek keluar daun kering.

3. Mimpi masuk tokong cina.

Dan setelah mimpi yang sama berulang kali, kawan saya kata dia juga sering diganggu dengan kelibat. Dia rasa seolah² ada something yang follow dia dari belakang.

Saya tanya lagi, solat korang suami isteri macam mana? Lagi² solat subuh.

Dia kata sejak akhir² ni solat subuh kantoi lah, lagi² suami dia. Memang subuh gajah. Kadang tu dah bangun pun boleh scroll handphone lagi tak rasa bersalah pun subuh lambat.

Saya pun tanya lagi. Kau ada minta cerai tak kat suami?

Dia kata takyah tanya la. Bila gaduh je laju ke mulut aku suruh ceraikan aku. Aku suruh dia lepaskan aku. Sebab kitorang panas dah. Gaduh je…

.
.

Kawan saya ni dah kawen lama. Sejak tahun 2011 lagi. Sekarang anak dah 4 orang kalau tak silap saya. Dan suami dia ni dulu memang jenis romantik sikit. Kat Facebook pun selalu bersayang sayang dengan wife dia. Saya kenal dua² pasangan ni. Suami dia pun dah jadi kawan saya juga actually.

Saya kata pada kawan saya, pergi lah berubat, saya sarankan pergi darusyifa. Saya suggest juga supaya diorang duduk asing buat sementara supaya nak tengok diorang akan rindu tak each other.

Sebab antara simptom orang terkena sihir pemisah ni, bila dekat gaduh, bila jauh tak sampai seminit dah rindu sangat² dah. Siapa ada pengalaman akan faham apa yang saya cite ni.

Dan kawan saya terus kata ya memang dia rasa rindu bila suami dia buat grab car. Saya kata dalam hati, sama dengan aku juga sewaktu ketika dahulu.
.
.

Allah dah kata dalam surah al Baqarah ayat 102 mafhumnya,

“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.”

.

Sebenarnya ramai je yang terkena sihir pemisah. Cuma ada yang Allah izinkan ia terus kekal sampai mati, ada juga Allah izinkan mereka ini berpisah (jodoh tak lama).

Bagi yang Allah takdirkan jodoh tak lama, usah sedih. Kerana Allah ada rancangan-Nya yang tersendiri. Biarkan orang yang sihir itu kerana tahu lah dia balasan di akhirat nanti bagaimana.

Cuma saya sarankan kepada semua agar terus kuat, istiqamah amal. Sebab salah satu cara jin kafir dan iblis laknatullah ini nak hancurkan rumahtangga kita adalah dengan buatkan solat kita terabai.

Dari suka ke masjid, suka solat di rumah je, dari suka solat di awal waktu, jadi dia solat paling hujung waktu, dari dia jaga solat on time, dia jadi solat subuh gajah!

Maka mudahlah sihir itu menyerap masuk ke dalam badan dan rumahtangga kita.

Banyakkan membaca, mudah²an Allah tunjukkan jalan.

Sekadar perkongsian pengalaman yang tak seberapa. Untuk manfaat dan awareness buat orang lain. InshaAllah.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *