Assalamualaikum semua. Cerita ni bukan tentang sihir pemisah sangat, tapi aku nak share pengalaman di sukai ‘benda’ tu.. Dia bila dah tersuka kita, dia akan buat rumah tangga tu jadi panas.
Kisah nya bermula macam ni.. Aku baru dalam 5 bulan lebih berumah tangga.. Ni second marriage aku.. Aku memang sejenis yang ‘clingy’..
N kalo korang faham pasal love language, aku punya language adalah touch, n husband act of service.. Kami memang aware pasal benda ni..
Last 2 month, husband ada hire sorang pekerja kat bengkel dia, sorang mualaf, orang dusun.. Aku tak tahu yang dia ni boleh ‘scan’.. Aku namakan dia Joe.
Berbalik kepada topik sebenar.. Aku salu ride (naik motor) pergi kerja.. Ada one day tu aku kuar nak pergi half day training.. End up aku sesat jauh jugak la.. Masuk kawasan sunyi..
Tapi bila sedar sesat tu aku patah la balik.. Habis kursus tu aku terus balik instead of pergi balik opis.. Balik pon tak balik umah… Aku pi melepak kat bengkel husband aku..
Sampai bengkel husband, aku rasa lenguh2 bahu.. Selisih dengan Joe tu, dia macam mengelak n tunduk je lalu depan aku..
Rasanya dekat sebulan jugak aku salu rasa sakit2 kaki.. Macam sakit urat.. Tapi ingatkan sakit urat biasa.. So pergi a ngurut macam biasa..
Malam-malam nak tido, husband tido dah tak nak peluk aku.. Die cakap aku panas.. Hairan jugak la.. Padahal baru lepas mandi.. N bilik ada aircond..
Dalam masa tu, aku pon jadi sejenis yang malas.. Rutin bangun solat malam dah berterabur, ngaji dah jarang-jarang.. Malas serba serbi..
Selalu pagi-pagi aku akan masak kan untuk husband lauk untuk lunch dia.. Tapi banyak kali aku skip.. Dah tak rajin macam dulu.. Tak tahu punca..
Sampailah minggu lepas, aku pergi kursus 2 hari kat KL.. KL je pon.. Tapi check in hotel.. Sebab malas nak hadap jem..
Balik dari kursus tu aku sakit pinggang.. 2 hari mintak husband urut n sapu minyak panas.. Ni sakit pinggang yang tak boleh nak ruku’ or menunduk.. 2 hari bertahan tak surut2..
Lepas tu sambung pi kerja hari isnin..
Tengah buat kerja (duduk je depan pc) rasa sakit berdenyut belakang telinga.. Pelik sakitnya.. Pastu terus tefikir macam, ni bukan sakit biasa ni..
Aku pon whatsapp la sorang imam masjid ni, cikgu ngaji aku dulu.. Dia jugak merupakan pakcik kepada Joe (staff husband aku).. Tanya imam, imam boleh scan tak? Akak sakit pelik ni.. Rasa lain macam..
Dia mintak aku hantar gambar full top to toe yang nampak muka yang paling latest.. Jenuh la aku scroll hp.. Sebab dah lama tak amek gambar sorang2 nampak muka.. (aku da start berniqab dekat 3 tahun)..
Pastu jumpa.. Gambar masa g kursus kat kl tu.. Ada satu member ambik masa aku terima sijil kursus..
Imam cakap ada bende ngikut aku.. Benda tu buat aku jadi malas.. Imam cakap boleh buang.. So aku set appointment dengan imam malam selasa tu..
Malam selasa tu aku dengan husband pi la jumpa imam.. Joe tu pon ade.. Joe panggil benda tu.. Sebab dia boleh cakap dengan benda tu.. Die cerita, makhluk tu ‘ter’suka kat aku..
Aku melintas depan dia masa yang aku sesat nak pi kursus sebulan yang lepas tu.. Asalnya makhluk tu tengah mengikut orang lain, kiranya ada task lain la tuan dia hantar.. Tapi tengah mengikut orang tu aku lalu depan dia.. Terus dia ‘tersuka’ aku, then dia follow aku..
Start dari situ la Joe nampak masa aku pi bengkel husband.. Tapi Joe mengelak dari bagitau aku.. Benda tu mengaku die ‘nak’kan aku.. Tu yang die buat husband tak nak kat aku.. Tolak bila nak bersama..
Die tutup “aura” aku.. Orang nampak muka jadi tua.. Tak de seri.. Aku jadi malas.. Macam lost.. Tak de motivasi.. Sampai la sakit-sakit badan tu.. Die cerita la bila mana dia ‘jumpa’ aku.. Die nak buat ‘pemisah’..
Pastu imam nego dengan die suh dia masuk islam.. Die tak mahu.. Pastu imam suh dia tinggalkan aku sebab jin dan manusia tak boleh berkawan.. Dia kata boleh nak tinggalkan.. Tapi dia nak darah.. Imam tak mau bagi..
So diorang bertarung lah pakai ayat quran je.. N dia mengalah.. Alhamdulillah.. Berjaya la buang.. Lepas dari peristiwa tu, imam bagi ayat2 quran untuk aku amalkan jadi pendinding.
Lepas kejadian tu baru la husband jadi ok semula macam masa kitorang baru kahwin.. Esoknya sakit pinggang tu ok terus.. Tak de sakit2 badan dah..
Saja nak share cerita ni sebab nak bagitahu sihir pemisah tu memang ada..
Kena amalkan ayat kursi masa keluar rumah n mintak perlindungan Allah bukan sahaja keselamatan.. Tapi terhindar dari fitnah makhluk halus ni jugak..
Semoga Perkahwinan Ini Akan DilindungiNya.
– Annies Sakinah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dalam islam takde isitlah scan drpd jauh ni