Sihir Pengasih

Assalamualaikum. Saya Madam F. Tajuk Kali ini Sihir Pengasih. Ia berdasarkan kisah benar yang diolah. Semoga ia memberi iktibar kepada kita semua terutama yang beragama Islam.

Kisahnya bermula, Cikgu Nancy bukan nama sebenar yang fresh graduate dari sebuah universiti terkemuka. Wajah cikgu Nancy yang cantik dan gebu gebas menjadi pujaan jejaka-jejaka di taman perumahan aku.

Ibu bapanya, Pak Sebastian dan Mak Nicole sangat bangga dengan anak keduanya.

Cikgu Nancy tinggal di rumah ibu bapanya kerana dapat mengajar di sekolah berdekatan dengan pekan dengan pekan kami. Daerah yang sama. Masa tu, aku masih bersekolah rendah.

Aku masih ingat jika cikgu Nancy berjalan ke kedai runcit di lorong depan kami. Semua mata terpaku melihatnya.

Dari budak kecil hingga ke orang tua. Ramai orang-orang tua yang merisik Cikgu Nancy tapi ibu bapa Cikgu Nancy menyuruh Cikgu Nancy mencari jodoh sendiri.

Senang cerita, sebenarnya dia telah bercinta dengan rakan sekelasnya, Alex semasa di universiti.

Zavier bukan nama sebenar, adalah bekas senior cikgu Nancy di sekolah rendah. Selepas Cikgu Nancy menyambung pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh, mereka tidak pernah berjumpa walau tinggal di daerah kami.

Zavier tinggal di kampung berdekatan dengan taman kami. Dia bekerja sebagai driver kepada syarikat pengawal keselamatan.

Menurut ibu saudaraku yang bersekolah bersama mereka, Zavier memang menaruh hati pada Nancy sejak dari sekolah rendah.

Sejak Cikgu Nancy kembali ke rumah ibu bapanya, Zavier dan Nancy kerap terserempak. Hati Zavier berbunga-bunga kembali. Dia mahu menyunting Cikgu Nancy sebagai isterinya tapi Cikgu Nancy telah mempunyai kekasih iaitu Alex.

Kunjungan Alex ke rumah Pak Sebastian sampai ke pengetahuan Zavier. Zavier kecewa apabila mengetahui Cikgu Nancy mempunyai kekasih.

Dengan hasutan Syaitan,,

“Kak Long, kau kena tolong aku jumpa bomoh Yon.”

Kak Long Zavier, Zara terkejut dengan permintaan adik lelaki bongsunya.

“Kenapa dengan kau ni Zavier? Dah buang tabiat.”

Mak Zavier, Mak Samantha menjerit.

“Zavier… Mengucap… Ingat Allah. “

“Mak, Nancy tu dah nak tunang bulan depan. Zavier tak sanggup nak tengok Nancy kahwin dengan orang lain, mak.”

“Esok mak pergi rumah Pak Sebastian untuk kamu.”

Zavier gembira apabila mak Samantha mahu merisik Cikgu Nancy.

Keesokan hari, mak Samantha pergi ke rumah Pak Sebastian dengan kakak iparnya, Mak Laura. Risau betul dia dengan Zavier. Risau lagi nak berhadapan dengan Pak Sebastian, polis pencen tu.

“Maafkan aku, Samantha. Bulan lepas, ada cikgu merisik anak aku. Aku dah terima. Bulan depan, Nancy nak bertunang dengannya.” Lembut tutur kata Pak Sebastian. Mak Nicole pula terdiam.

“Jemput minum, Kak Laura dan Samantha.”

Mak Laura dan mak Samantha minum dan meminta diri.

Setelah Mak Samantha memberitahu Zavier tentang Cikgu Nancy.

“Kalau aku dapat cara baik, aku akan dapatkan Nancy secara halus.” Bentak Zavier.

Dalam diam, Zavier menemui bomoh Yon dengan Kak Zara. Zara terpaksa mengikut Zavier kerana risau akan adik bongsunya.

Dalam masa seminggu, Cikgu Nancy berubah amat drastik, daripada tidak suka kepada Zavier tiba-tiba menjadi suka. Dia benci pada Alex.

Dengan tiba-tiba Cikgu Nancy berubah sikap. Setiap petang, Cikgu Nancy akan tunggu Zavier lalu di hadapan rumahnya. Kemudian, dia akan berbual-bual dengan Zavier tanpa menghiraukan orang lain.

Pak Sebastian juga hairan dengan perubahan anak gadisnya. Dia telah berjumpa Ustaz Mid di masjid.

Kata Ustaz Mid, Nancy terkena Sihir Pengasih. Pak Sebastian cuba mengubati Nancy tapi gagal.

Kata Ustaz Mid, Sihir Pengasih kuat dan bomohnya berketurunan Siam. Atas nasihat Ustaz Mid, Pak Sebastian menikahkan Cikgu Nancy dengan Zavier pada hari yang sepatutnya menjadi hari pertunangan Nancy dan Alex.

Mak Nicole menangis mengiringi pernikahan anak gadisnya. Majlis diadakan pun dibuat secara kecil-kecilan.

Tiada senyuman di wajah ahli keluarga Cikgu Nancy. Tanpa restu, senang cerita.

Pada majlis kenduri di rumah mak Zavier, kak Zara menceritakan kisah sihir Pengasih Zavier kepada sepupunya, Indah. Tanpa disedari didengari beberapa jiran-jiran.

Kemudian menjadi buah mulut di tempat kami. Ramai jugak yang tahu.

Zavier membawa cikgu Nancy tinggal berdekatan dengan rumah ibunya. Hubungan Zavier dengan keluarga Cikgu Nancy dingin setelah berita itu sampai ke telinga Pak Sebastian.

Setelah beberapa tahun berlalu semasa aku berada di tingkatan 6, aku sering melihat Cikgu Nancy membawa anak-anaknya makan di restoran tanpa kehadiran suaminya, Pak Cik Zavier (panggilan aku kepada suaminya).

Kasihan aku melihat Cikgu Nancy murung.

Kedengaran gosip yang mengatakan Pak Cik Zavier mempunyai skandal, kemungkinan sudah berkahwin. Kasihan aku melihat Cikgu Nancy dan anak-anak mereka menjadi mangsa…

Menurut ibu saudaraku, sihir pengasih mempunyai tempoh expired dan perlu renew setiap 3 atau 4 bulan. Ia memerlukan duit pengeras yang banyak.

Jika tidak renew, sihir tu beransur- ansur tak menjadi. Dia tahu dari kata-kata orang-orang tua di kampung.

Sihir Pengasih merosakkan akidah umat Islam sehingga membawa kepada syirik dan murtad.

– Madam F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *