Sihir cinta ini memang wujud.
Ada sesetengahnya menggunakan sebab keseronokan, ada yang sebab nak duit dari orang yang disihir, ada yang sebab nakkan orang tu, dan ada yang tiada orang khusus untuk dituju, cuma dia mahu orang tunduk dan kasih padanya.
Kisahnya, saya sebelum ini tiada perasaan langsung pada dia. Dia ok, ada rupa, tapi saya suka orang lain.
Entah macam mana, saya tidak tahu sejak bila perubahan saya, cuma kawan rapat saya yang mula rasa lain.
Saya seperti angau dengan si DIA. Siang malam rindu. Mesej kasih, cinta, rindu. Saya jadi bernafsu tak bertempat.
Apa sahaja yang dia cakap suruh, semua saya turutkan. Dia minta duit, saya akan bagi tanpa soal. Saya sendiri tidak ingat jumlah sebenar.
Lebih menyedihkan, kawan saya perasan saya malas solat. Kadang-kadang saya tak solat. Saya sering tidur dan bermimpi “bersama” dengan DIA berkali-kali.
Kadang-kadang saya perasan saya dah lama tak solat, jadi saya gagahkan diri untuk solat, tapi kadang-kadang saya tertidur di pertengahan solat.
Saya seperti tak kenal diri saya. Mesej-mesej saya pada dia, ya Allah, sangat memalukan. Cintalah, rindulah. Tak boleh hidup tanpa dia. Minta dia bawa saya lari.
Akhirnya, kawan saya bawa berubat sebab keadaan saya yang agak dah tak betul, mabuk cinta.
Alhamdulillah, setelah beberapa kali berubat, saya semakin pulih. Tiada pun cinta sayang yang hampir setiap malam saya rindu, tak boleh tidur tu lagi.
Berhati-hatilah, baik lelaki atau perempuan. Jangan benarkan kaum lawan kamu sentuh sebarangan dan makan pun kena hati-hati. Dikhuatiri ada yang mengguna-gunakan kamu.
Apa tujuan si penyihir tidak pasti. Mungkin boleh jadi inginkan kamu, mungkin balas dendam, atau mungkin mahukan duit.
– Najwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit