Sihir Perniagaan

Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya cerita aku disiarkan, ingin aku kongsikan pengalaman aku sekeluarga disihir dek kerana perniagaan.

Mukadimah cerita, aku merupakan anak seorang bekas peniaga uiam gombak.

Boleh dikatakan aku membesar bermain-main sekitar kawasan masjid uia sekitar tahun 2004-2016, dari berniaga di bazar kantin hinggalah diberi peluang untuk berniaga di kedai sekitar masjid oleh pihak uia.

Ok cukup untuk pengenalan, aku nak kongsi pengalaman kami disihir, ceritanya bermula pada hari pertama kami mula berniaga di kedai, selesai sahaja renovasi dan buka kedai untuk hari pertama.

Ya, hari pertama kami berniaga sudah ada yang hasad, kami jumpa bunga di penjuru kedai kami, mula-mula kami anggap bunga tu terbang masuk ke kedai, tetapi setelah itu berminggu kami sunyi tanpa pelanggan.

Sehinggalah seorang lecturer yang rapat dengan ibu bertanya, “kenapa tutup kedai? Hari2 saya datang kedai tutup”, berderau darah sedangkan kami berniaga seperti biasa.

Tak cukup dengan itu, kami sentiasa nampak kelibat orang sedangkan dalam kedai tiada orang, pernah juga sekali pekerja kami yang pregnant ternampak tangan berjari dan kuku panjang cuba menggapai beliau dari balik langsir semasa sedang menyapu dikawasan kedai.

Duit selalu hilang, pernah kami cuba pasang kaset ruqyah dan hasilnya radio meletup, keluarga kami porak peranda, sentiasa nak bergaduh, not a good upbringing untuk aku.

Dan tak cukup dengan itu, ibu selalu mengadu seperti kaki ditikam pisau, sakit nak berjalan, dan memandangkan ibu seorang yang cantik, ibu seorang yang berkulit licin.

Sehinggalah satu hari dia bermimpi ade kucing cuba memancut kencing ke muka tapi ibu sempat elak jadi hanya terkena percikkan sipi-sipi.

Setelah mimpi itu muka ibu mula ditumbuhi jerawat, nanah sehingga meninggalkan parut yang teruk. Mestilah pelanggan geli tengok owner kedai buruk macam nenek kebayan.

Bermacam usaha kami sekeluarga buat untuk “betulkan” kedai, sehinggalah satu hari kami berjumpa seorang ustaz syifa.

Beliau bagitahu orang yang menyihir perniagaan kami mahu perniagaan kami tutup dan orang tu juga specifically sihir ibu supaya buruk dan lumpuh sampai tak boleh berjalan.

Malangnya kami tak tahu siapakah gerangannya penghantar sihir, hanya mampu berhentikan gangguan saja. Kiranya dia hantar satu untuk kedai lingkup, satu lagi untuk ibu biar dia merana.

Akan tetapi, sesungguhnya Allah bersama hamba-hambanya, suatu hari ibu terima panggilan telefon dari seorang wanita warga indonesia, katanya beliau bekas pekerja orang yang pernah berniaga dikedai kami.

Kiranya dia tak puas hati tender beliau tak disambung dan ibu diberi peluang meniaga, jadi dia kena keluar dari kedai tersebut.

Wanita tu mengaku dialah yang menabur tanah kubur dan bunga di kedai kami, rupanya dia berpaling tadah kerana tak dibayar gaji tetapi passport dan visa dipegang majikan.

Walaupun tahu angkara siapa, malangnya the damage has been done, muka ibu masih berparut sampai sekarang, keluarga kami pernah porak peranda dan rumah kami masih ada “vibe” pelik walaupun sudah dipagar.

Alhamdulillah, keadaan kembali tenang tapi aku as someone yang pernah hadapi pahit getirnya nak “betulkan” sihir ni.

Harap semua orang melayu kat luar sana berhentilah percaya perkara khurafat dan syirik ni, percaya pada rezeki, dan paling penting berpegang teguh pada tali-tali Allah, murka Allah sebab kau syirik lagi hebat dari tak dapat sambung tender berniaga.

Demi Allah aku cakap, makan tahun beb nak betulkan balik, dah dibuang, dihantar pulak yang baru. Sengsara dia, Allah sahaja maha mengetahui. Aku sebagai anak sedihlah tengok orang buat mak aku.

Tu jela aku nak share, harap jadi pedoman untuk semua, assalamualaikum

– S. I (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *