Mungkin ada dikalangan kita yang beranggapan bahawa perbuatan sihir sepatutnya sudah tidak ada pada zaman serba moden dan canggih ini.
Hakikatnya, amalan sihir makin hebat seiring dengan peredaran zaman disebabkan oleh kehendak nafsu nakkan kekayaan, pangkat, nama dan sebagainya dengan cara yang salah.
Kemuncak kepada perbuatan sihir ialah ketika munculnya Dajjal yang turut dibantu oleh Iblis dan bala tenteranya.
Buktinya dalam hadis sahih Baginda SAW, antara sihir yang mampu dilakukan oleh Dajjal ialah ‘menghidupkan’ orang yang telah mati.
Waktu tersebut kian hampir cuma waktunya dalam rahsia Allah Ta’ala melainkan tanda-tanda bakal kemunculannya ada diterangkan dalam hadis sahih Rasulullah SAW.
Dan tanda-tanda yang dalam proses berlaku tersebut membenarkan lagi hadis Baginda SAW.
Antaranya Tasik Tiberias yang kian surut tahun demi tahun, produktiviti pohon kurma di Baisan yang kian menurun dan sebagainya.
Sihir Dajjal begitu menakutkan sehingga dikhabarkan akan ramai umat Islam yang murtad pada ketika kemunculan Dajjal. Na’uzubillahi minzalik…
Ketika Dajjal keluar, Nabi SAW memerintahkan kaum lelaki yang beriman agar mengikat kaum wanita mereka yakni ibu , isteri, anak perempuan dan saudara perempuan mereka pada tiang-tiang rumah.
Kaum wanita adalah golongan yang paling mudah tunduk pada sihir Dajjal ini sehinggakan Rasulullah SAW mengeluarkan perintah agar menambat kaum keluarga wanita umat Islam pada ketika itu.
Seperti soalan bocor, Nabi SAW sudah memberitahu antara amalan menghadapi zaman kemunculan Dajjal ialah dengan menghafal 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan sering membaca doa perlindungan dari Dajjal pada tahiyat akhir.
Ustaz dari seberang berkata melalui YouTube menekankan akan kepentingan amalan membaca 10 ayat awal Surah Al-Kahfi tersebut.
Beliau berkata, jika Dajjal sudah keluar dan pada ketika itu baru tercari-cari Al-Quran untuk membaca 10 ayat tu sudah pastinya sukar melainkan ayat demikian sudah dihafal dan diamalkan secara konsisten.
Lanjut ustaz tu, orang yang membaca 10 ayat awal Surah Al-Kahfi tu, tentera Dajjal tidak akan mampu mencari rumah pembacanya disebabkan oleh cahaya yang terang-benderang asbab membaca 10 ayat awal tu.
Cuba bayangkan ketika tentera Jepun pada zaman Jepun dulu mencari target mereka di kampung-kampung untuk ditahan bahkan dibunuh. Seram tak?
Baiknya Allah memberi umat Islam ‘latihan’ sebagai persediaan sebelum tibanya zaman yang bakal menggoncang iman seluruh umat Islam kelak.
Latihan atau gambaran kepada zaman tu yakni kemunculan Dajjal ialah ketika seluruh negara bahkan seluruh dunia di ‘lock down’ pada bulan Mac lalu.
Selama tiga bulan PKP dilaksanakan di negara kita sebelum dilonggarkan sedikit selepas itu, pelbagai ikhtibar boleh diambil selama tempoh PKP tersebut terutamanya berkaitan dengan ilmu akhir zaman.
Ketika Dajjal keluar, bekalan makanan amat payah diperolehi bagi mereka yang membuat keputusan untuk kekal beriman dan mengingkari perintah Dajjal.
Penjelasan ustaz dan melalui pembacaan kitab hadis: makanan kaum yang beriman ketika keluarnya Dajjal ialah Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir, dan mereka kenyang dengan empat kalimah tersebut.
Terfikir juga, bagaimana keadaan mereka yang mempunyai anak kecil pada ketika itu. Wallahu’alam.
Walau bagaimanapun, Dajjal si Al-Masih palsu bakal dibunuh oleh Al-Masih yang sebenar iaitu Nabi Isa a.s.
Tetapi sebelum dibunuh, Dajjal dalam tempoh 40 hari akan membuat onar diseluruh muka bumi, dan apa persiapan kita untuk menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan pada zaman tu nanti.
Hadis nabi mengatakan hari pertama Dajjal muncul umpama kiraan masa setahun. Hari berikutnya menjadi ringan kepada kiraan bulan, minggu dan selanjutnya hari biasa sehingga turunnya Nabi Isa a.s.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua termasuklah yang berkongsi ini.
– Tinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit