Salam semua..
Terima kasih admin kerana siarkan story aku..Setelah aku terbaca entry pasal sihir tadi. Aku terkesan.Aku juga mengalami pengalaman yang sama. Aku baru masuk posting gomen di kawasan pantai timur dalam hampir 2 tahun. Dalam nak dekat 2 tahun ni macam-macam aku alami.
Sebelum aku masuk ke gomen aku kerja di swasta. And cara kerja aku memang style swasta even aku da masuk gomen. Tengah aku buat keje mesti ada yang tak senang duduk especially yang suka mengulor. Satu hari, opis aku ada buat potluck satu opis..Memang opis aku suka buat potluck..Semua orang bawalah makanan.Aku pun makan la. Dalam 2 hari lepas makan potluck tersebut, tiba-tiba leher ak keluar bengkak yg besar mcm telur dibelah sebelah. Mak aku pon pelik. Aku bukan nak tuduh orang tapi masa awal2 aku posting sini pon ad org suruh aku hati2 sebab ad org kt sini suka bomohkan orang sampai x datang kerja.
And ambil pen orang celup dalam air jampi bagi orang tu x boleh buat kerja..Sumpah pelik. hari selepas kejadian potluck tu, aku nk bercakap tak boleh. Suara aku x keluar. Tiba2 saluran tengkuk trasa cm ad menda yang mencekik..And sampai sekarang doktor x boleh sahkan penyakit aku ni. Aku ada berubat di pusat perubatan islam juga..Sebelum aku berubat di Pusat Perubatan Islam, masa on da way nak ke pusat tersebut, aku rasa mual2 and macam nak muntah..Badan aku sakit2..Sesampainya aku di pusat perubatan tersebut, badan aku jadi miang..Masa aku berjumpa dengan ustaz, ustaz bacalan ayat2 ruqyah sambil pegang kepala aku, badan aku menggigil,then ak x rasa sedih or apa tibe2 ak menangis..ak x rasa pn nk nangis..
Tapi sebelum aku terkena sihir tu aku ad mimpi yg sgt menakutkan dan menyedihkan sampai aku menangis sama seperti masa menangis depan ustaz tu. Sumpah sebelum ni aku tak percaya langsung sihir ni..Tapi bila da kena dekat diri aku sendiri baru aku tahu. Ustaz cakap gangguan sebab taknak la bagi aku pikir macam2 t..And paling aku kagum..Dengan kuasa Allah s.w.t dengan ayat ruqyah itu, bengak di leher aku mengecil..And aku x rasa tengkuk aku dicekik cam yang hari tu..Aku da boleh mengajar ngan elok..Alhamdulillah..Aku buat seiring dengan perubatan moden juga.
Aku da pergi jumpa pakar bedah and doktor suspek aku thyroid..Tapi doktor pelik ak xde keturunan thyroid n aku kena thyroid..Result test darah n kahak aku negative..Aku x tahu la..insyaAllah bulan depan aku nak pergi amik darah lg n ultrasound..Doakan baik2 untuk aku supaya aku sembuh and dapat mencari rezeki demi sesuap nasi.Aku nak pesan kepada semua especially kita yang berurusan dengan manusia ni, sometimes kita x kaco orang, tapi orang x senang dengan kita sebab menggugat kerja dia or dia x boleh nak berehat2 di opis sbb ada org yg wt kerja di opis..Oleh itu, mestilah ada amalan pendinding diri menggunakan ayat ruqyah Alquran supaya pergi di mana2 sahaja dilindungi Allah..
Aku nak sangat tanya orang yg hantar tu apa yang dia x puas hati ngan aku..cakap la depan2 aku..dari hantar senyap2 kt ak..aku muda lagi..masih jauh perjalanan aku..aku mohon sangat2 tarik balik sihir yang dihantar kepada aku..aku minta maaf la kalau ak ad terkasar dengan ko..minta2 bertaubatlah sebelum tuhan menjemput ko..apa yang ko buat tu syirik..syirik tu satu dosa yang x diampukan Allah..ko tahu x..And ko x perlu nak minta maaf dekat aku n aku da serah segalanya kepada Allah..Semoga kau dirahmati tuhan saudaraku..
– Cik Segar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit