Assalammualaikum semua, boleh panggil aku Seroja.
Untuk pengetahuan semua dulu aku pernah post cerita aku di sini 2/3 tahun yang lalu yang bertajuk Cinta Tirai Besi, (https://iiumc.com/cinta-tirai-besi-ii/).
Entah ada yang masih mengingati diriku atau tidak.
Alhamdulillah selepas kejadian perit itu, Allah telah menemukan aku dengan seorang lelaki yang ikhlas dan menerima diri aku yang banyak kekurangan ni yang kini telahpun bergelar suami.
Kami telah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel yang ku beri nama Bulan (samaran).
Semuanya indah indah sahaja sehingga la ketika Bulan habis tempoh berpantang, di usianya tepat 1 bulan, Bulan akan demam panas bermula Maghrib sehingga azan Subuh baru lah Bulan akan kembali seperti sediakala.
Di awalnya, aku sangka kan Bulan dijangkiti virus. Aku terus bawa Bulan ke Hospital, dan Bulan di tahan selama 10 hari.
Pelbagai ujian yang doctor lakukan, hari2 tangan Bulan di cucuk ke sana sini. Air mata aku umpama hujan yang turun tanpa mengira waktu. Akhirnya, setelah dapat result doctor sah kan cuma demam biasa.
Aku keliru, bagaimana boleh demam biasa sehingga setiap hari akan demam panas cuma pada waktu maghrib hingga subuh sahaja? Ah takpelah mungkin kerana anak ku masih baru dan masih kecil. Ku berkata2 sendiri.
Setelah pulang ke rumah, masuk sahaja waktu maghrib, pap! Bulan demam kembali. sama seperti sebelum ini, suhu nya akan naik sehingga ke 40/41 darjah. Aku buntu, aku keliru.
Aku mahu hantar bulan semula ke hospital, tapi dalam masa yang sama aku kesian. Parut biru di tangannya masih belum hilang, takkan aku nak tambah kan nya lagi?
Aku nangis sendirian memikirkan apa yang perlu aku buat. Suami ingin bawa ke hospital tapi aku berbelah bahagi.
Sedang aku duduk sendirian di dalam bilik. Entah dari mana datang fikiranku, aku mengajak suami ke darussyifa. Ini ikhtiar terakhirku, andai masih sama.
Aku akan terus bawa Bulan ke darussyifa tanpa berfikir panjang lagi. Suamiku bersetuju. Kami segera ke darussyifa.
Setelah tiba di sana, pengamal perubatan tersebut memulakan rawatan. Sepanjang rawatan Bulan yang tengah tidur tiba2 menangis dengan kuat. Dan aku pula entah kenapa tiba2 anggota badan ku mengigil dengan kuat sehingga kan ustaz lain datang membantu.
Setelah selesai, aku dan suami bertanyakan apakah yang sebenarnya terjadi. Kata pengamal perubatan itu, anak ku Bulan terkena tempias daripadaku kerana di menyusu badan dengan ku.
Ustaz berkata, dia tidak mahu memberitahu ku siapa yang menghantar tapi menyuruh kami menganggap ini adalah ujian Allah.
Sehingga kini, aku bertanya2 apa kah salah ku? Mengapa orang tersebut buat ini semua? Adakah di sedar apa yang di lakukannya ini syirik dan anak aku menjadi akibat.
Sungguh aku tidak akan membalas, tapi untuk memaafkan mungkin belum sekuat itu. Cukup Allah yang membalas perbuatan mu.
Kini 3 bulan telah berlalu, kini Bulan telah sihat selepas kejadian itu tiada lagi demam dan sebagainya. Alhamdulillah ya Allah. Doakan keluarga ku bahagia.
Buat kau yang berhati kejam, carilah kebahagiamu. Jangan kau ganggu aku dan keluargaku. Semoga Allah mengampunkan mu.
– Seroja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit