Assalamualaikum. Aku dulu seorang pelajar cemerlang, dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Sentiasa perform, straight A tu selalu.
Dah masuk universiti pun aku banyak ditawarkan untuk sambung degree ke luar negara tapi memandangkan parents aku tak bagi so aku sambung study local je. Sayang juga terpaksa tolak offer beberapa scholarship tapi dah takdir aku untuk sambung dalam negara je
Walaupun aku budak perform, sentiasa dekan, first class degree holder lagi., tapi aku terpaksa akui sijil degree aku tak laku. Kenapa tak laku?
Dah lebih 6 tahun aku grad tapi aku tak pernah dapat kerja dalam bidang aku. Apa bidang aku tu? Aku adalah graduan bidang sains tenenenekkk (rahsia) tapi bidang aku ni kalau sebut orang selalu ingat kami ni doktor.
Dah kahwin dah beranak pinak pun aku masih belum berjaya dapat kerja dalam bidang. Kalau ada vacancy pun, mesti nak yang ada pengalaman more than 3 years. Aku memang takde pengalaman sebab tak pernah diberi peluang.
Kadangkala aku sedih dengan diri aku dan pernah juga aku salahkan universiti kerana menawarkan jurusan yang tak laku. Kenapa offer jurusan yang memang takde / sedikit demand dalam industry?
Then apa tujuan belajar kalau bukan untuk bekerja dalam bidang itu? Kalau aku belajar sains penat kerah otak untuk bekerja bahagian admin, lebih baik aku ambil degree admin dari dulu. Betul tak?
Pesanan aku buat adik-adik, sambunglah belajar dalam bidang yang ada demand tinggi. Tak perlu lah bangga kalau kau budak straight A spm tapi last2 kau kerja pun tak dapat dalam bidang. Tak perlu bangga kau budak sains dik. Budak bukan sains lagi banyak peluang kerja berbanding kau.
Dan satu lagi, tolong belajar mandarin dari kecil ya adik-adik semua. Mak ayah semua tolong kasi anak belajar mandarin sebab company kat malaysia ramai demand nak mandarin speakers. Entahlah dik, akak pun confuse akak duduk negara Malaysia ke negara Cina dik.
Jadi pesanan akak untuk adik-adik semua, budak sains tak payah bangga sangat jadi budak sains. Kalau nak ambik sains pastikan bidang kau ada demand yang tinggi dik. kalau tak lupakan jelah hasrat kau untuk sambung bidang sains, kalau tak kau jadi macam akak dik.
By the way bukan akak sorang je yang takdir hidup macam ni. Ada ramai lagi klon manusia yang takdir sebijik macam akak, cuma nama kami je lain. Kalau adik nak senang cari kerja, lupakan bidang sains memandangkan job demand sekarang banyak ke arah bidang tertentu (yang penting bukan bidang sains)
Bukan nak downgrade kan bidang sains, tapi kau tanyalah syed saddiq kenapa belia sains ramai menganggur? huhu.
– Cik Rara
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Biarlah orang nak belajar apa pon. Kau takde hak nak paksa2 orang masuk nidang yang diorang tak suka
Dalam dunia fiksyen aku, semua course di dunia ada terlalu banyak peluang pekerjaan di seluruh dunia. So, isu ni tak pernah berlaku