Sijil Kemahiran vs Degree

“Ada Degree Belum Tentu Ada Sk1lls, Baik Belajar Kemahiran Saja. ”

“Tidak perlu belajar tinggi-tinggi, nanti graduate dapat sehelai kertas sijil je. Baik belajar kemahiran, nanti boleh survive dalam hidup.

Paling tidak pun cuba buat bisnes terus, dari belajar tinggi-tinggi nanti bazir masa je. ”

Salah sebenarnya pemikiran sebegini. Bahaya untuk didengar terutamanya untuk pelajar sekolah.

Nanti jadi toksik, habis nanti mindset budak lepasan SPM anggap universiti sebagai tempat buang masa.

Sudahnya semua budak sibuk kejar duit selepas SPM tanpa ilmu yang cukup di dada akibat pengaruh-pengaruh yang datang seperti kata-kata berikut.

Sepatutnya,

“Adik-adik Jangan pernah berhenti belajar. Jika kita tidak mahir di dalam bidang sains, boleh beralih ke bidang sastera.

Jika dua-dua kita masih lemah, boleh cuba belajar ilmu kemahiran. Selagi mana ada peluang untuk improve diri, teruskan lah.

Jangan pernah mengalah, peluang kedua sentiasa ada.

Belajar lah bidang apa pun, baik sehelai degree ataupun sijil kemahiran. Kedua-duanya adalah penting.

Jangan pernah compare sehingga merendah-rendahkan orang lain. Semua bidang ada susahnya. Ada pengkhususannya. Critical thinking? Decision making?

Akhirnya, semua dinilai pada attitude dan sikap ingin belajar. Tidak kisah lah anda ada degree atau sijil kemahiran,

selagi mana anda ada passion untuk belajar benda baru di dalam hidup, selagi itu anda ada peluang untuk survive dan maju ke depan.

Kita perlu faham bahawa orang akademik perlukan orang kemahiran untuk mudahkan urusan mereka.

Contoh seperti baiki kereta, motor, peti ais. Ini adalah kelebihan orang sijil kemahiran kerana mereka ada sk1lls di sini.

Orang kemahiran pula perlukan orang akademik untuk keseimbangan hidup.

Contoh seperti isu covid 19, frontliner semuanya orang yang ada sijil pendidikan. Khidmat dan teori di otak mereka diperlukan bagi mengawal penularan virus.

Jika tiada teori, habislah kesihatan orang Malaysia jadi huru-hara. Silap-silap kadar kem4tian di hospital terus meningkat kerana tiada orang yang pakar.

Bahasa mudahnya, orang sijil kemahiran dan orang ada sijil pendidikan teori semua saling bergantung.

Seperti hidup di dalam satu sistem, jika salah satunya lumpuh. Maka kehidupan seharian kita tidak akan lengkap.

Tepuk kepala dan betulkan otak.

Begitulah untuk anda mudah faham.

Ini hanya sekadar pendapat saya sahaja, kita betulkan semula apa yang patut diperbetulkan.

– Aidil Nor Adha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *