Sikap Kesian Aku Yang Makan Diri

Tak kisah la orang nak kata aku bodoh ka benggap ka. Aku sendiri pun mengaku aku sangat lemah.

Aku mudah sangat kesian kat orang, mudah percaya kat orang terutamanya bab duit ni la.

Aku sendiri stress dengan diri aku. Aku tak tahu macam mana nak kata tidak. Aku tak mampu nak menolak.

Dan sekarang, aku betul2 harapkan nasihat yang bernas tentang satu isu ni.

Orang kata kerana duit keluarga pun putus,apatah lagi kawan. Aku ada satu kawan baik, kira best friend aku la.

Tapi sekarang mesti la dah tak berkawan sebab dah bermasam muka kerana duit.

Ya la, semua orang ada impian nak maju dalam hidup termasuk la kami. Satu hari dia cerita, nak jual sayur dari cameron.

Dia ajak saya share modal. Lepas tu hire abang dia sebagai driver. Abang dia jugak la akan deal apa semua. Kira pergi hantar ke peruncit.

Sebab abang dia ada pengalaman kerja tu dengan orang. Kira tahu selok belok perniagaan tu dan tahu cari customer.

Ok first kebodohan saya, memang tak de apa2 hitam putih. Buat atas dasar percaya dan janji mulut semata2.

Kami perlukan transport untuk urusan ni. So kami beli van. Van second ja.

Modal untuk van tu 100% saya yang keluarkan. Kebodohan kedua, van tak de tukar nama.

Kononnya style orang pantai timur memamg macam tu katanya. Pakai ja van tu. Owner tak akan tuntut apa2. Lagi satu kos tukar nama rumit dan makan modal.

Lagi satu, van tu memang van perniagaan sayur.

Saya tak tahu apa2 pasal kenderaan so memang serah 100% kat diaorang.

Abang dia, memang 1 sen tak keluar modal. Tapi untung dah bincang bahagi 3..

Sebab walaupun tak keluar modal, tapi ibarat macam kami tak buat apa kerja pun. So memang kami setuju macam tu la.

Lagipun kan memang abang dia yang urus semua.. Kami ibarat macam melabur duit dan tunggu hasil tanpa buat apa2.

Walaupun kalau ikut logiknya, saya patut dapat lebih sebab modal saya besar. Tapi saya tak kisah semua tu..

Awal tu niat nak tolong ja sambil2 kita dapat income sikit. Syukur la saya jenis tak tamak.

Bulan pertama, dia cakap sale slow la..Sebab awal2 susah nak pickup line.

Oh ya, kawan saya keluar modal beli sayur. Tapi modal saya la besar sebab van kan berpuluh K.

Tapi saya tak kisah semua tu. Pendekan cerita, abang dia sesekali2 ja bagi untung tu pun tak banyak. Pendek kata sebulan 100 pun tak sampai.

Lepas tu asyik kata van rosak la. Buat hal la. Kos baiki semua mintak kat saya.

Ibarat senang ja dia nak, susah dia tak nak.. Lepas tu macam2 isu la berbangkit. Dia cakap duit yang dapat tu tak cover untuk bagi kat kami.

Kawan saya macam tak kisah sebab modal dia kan tak banyak. 2 ke 3k ja modal dia.. Mungkin dah dapat balik dah.

Saya pendekan cerita ja la. Saya mula mintak balik modal saya. Saya kata korang uruskan sendiri la. Saya tarik diri.

Diaorang kata tak de duit sebanyak tu. Last2 janji nak bayar bulan2 modal saya. Tapi habuk pun tak de. Asyik bagi alasan ja.

Kerana hal ni, kawan saya pun bergaduh dengan family dia jugak. Saya pun dalam stress2 salahkan dia.

Saya cakap kalau dia tak ajak, semua ni tak jadi. Dan macam2 lagi la saya cakap. Akhirnya dia cakap deal sendiri dengan abang dia.

Dia pun tak nak sangkut apa2 dah. Kami pun dah putus hubungan. Dia dah block saya. Dan pergi kerja di singapore.

Kira saya berusan dengan abang dia ja la lepas tu.

Tapi abang dia macam biasa la.. Sekali bagi. 8 bulan tak bagi.

Saya sampai fedup dah dengan semua ni. So last2 saya dapatkan pandangan peguam.

Sebab saya ada bukti transaction kepada pemilik asal walaupun geran asli abang dia pegang.

Lawyer bagi cadangan ambil semula van tu. Sebab secara legal dia boleh buat. Ada la cara2 dia walaupun makan masa sikit.

Saya pun setuju. Lepas tu tup2 abang dia bayar duit sikit. Tiba2 saya jadi kesian tak gamak pulak.

Tiba2 fikir, kalau tak de van tu abang dia mesti tak de kerja.. Anak2 macam mana. Mesti hidup akan susah bla bla bla.

Ya Allah, saya dah buntu la. Nak teruskan cara peguam ke, atau batalkan ja dan tunggu ja bila la dia nak selesaikan hutang saya.

Ni la masalah saya. Asyik fikir susah orang.. Saya tak mampu nak keraskan hati saya.

Macam kata kawan2 saya la. Selama ni pun dia tipu saya. Van tu hak saya. Lepas tu abang dia suka2 bayar, suka2 tak bayar.. Asyik fikir masalah dia ja.

Ya saya faham semua tu.. Tapi tu la. Macam saya cakap. Saya buntu sekarang ni..

Saya takut nanti Allah marah tak eh. Sebab macam tutup periuk nasi orang. Tapi kalau tak guna cara tu, memang saya tak akan tahu bila tahun nak settle.

Saya cuma risau, adakah perbuatan saya dikira menganayai dia.. Sebab nanti dia mesti tak de kerja.

Dari segi agama, saya nak tahu boleh ke tidak perbuataan saya ni. Tolong saya bagi pendapat. Betul2 tersepit.

Oh ya, saya tak boleh nak halalkan, sebab tu modal tu wang simpanan saya berpuluh tahun kerja.

Saya tetap nak duit tu..

– Almari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. 2st dah tipu ko, selamanye dia akan tipu.. just carry on ape yg ko buat pasal peguam tu.. jnagn risau, sebagai lelaki mestinye die akan fikir cara nk cari rezeki sendiri untuk kluarga die, xperlu risaukan org, ko llaki, die pon lelaki,.. just carry on kehidupan ko..

  2. almari kamu laki ke perempuan ? ya allah kenapa baik sangat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *