Sikap Melepak Suami Yang Memudarkan Kemanisan Rumahtangga

Assalammualaikum semua. Aku Nur. Baru berusia 29 tahun dan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan sendiri.

Kami telah berkenalan sejak zaman sekolah. Hubungan kami suami isteri baik saja tetapi sesuatu yang membuat kami sering berselisih faham kerana sikap suami yang suka melepak.

Sebagai seorang isteri, aku faham dan sedia maklum lelaki memerlukan masa dan ruang untuk bersosial dengan rakan. Itu bukanlah sesuatu yang berat bagiku untuk bertolak ansur.

Akan tetapi sikap yang suka melepak dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami itu yang membuatkan aku berasa marah dan berduka.

Boleh dikatakan suamiku hampir setiap hari akan melepak dengan kawan kawan sehingga 3 pagi. Keadaan ini jadi lebih rumit apabila aku perlu jalani operation czer untuk melahirkan anak sulung kami yang dinanti selama 2 tahun.

Selepas bersalin, aku merasakan 1 perubahan yang sangat drastik yang memerlukan sokongan orang sekeliling. Diujikan dengan rasa sakit dan anakku yang suka menangis.

Ya. Ibuku menjagaku dalam pantang tapi disebabkan dah tua dan terpaksa menjaga seorang lagi cucunya berusia 3 tahun, aku tak sampai hati untuk meminta ibuku menjagaku ketika malam. Aku yakin ibuku mesti penat setelah seharian menjaga cucu dan rumah

Jadi, sepanjang tempoh berpantang, berharap suamiku menjaga aku dan anak yang akan terjaga 2 3 pagi dan menangis. Tapi hampa yang aku terima. Ya memang ada dia datang menjenguk seketika.

Bagaimanapun, dia akan keluar melepak dan memberi alasan untuk pulang ke rumah mentuaku yang tidak jauh dari rumah ibuku. Aku hampir mengalami baby blues kerana stress anak menangis dan gangguan waktu tidur. Aku jadi bengis, mudah marah dan dingin terutama terhadap suamiku.

Keadaan ini menjadi lebih teruk lepas aku pulang ke rumah setelah berpantang kerana aku dapati suamiku melayari video lucah di telefon bimbit selepas pulang dari melepak dan semasa aku berperang dengan emosi dan keadaan yang lemah.

Aku rasa geram, benci, dan marah. Aku bersemuka dengan suamiku dan dia hanya berkata hanya untuk melayan kepuasan diri sahaja. Aku bertambah benci walaupun berjanji akan berubah.

Hari berganti hari, anak aku semakin besar tetapi anak masih ada perangai yang suka menangis. Hal ini membuatkan aku rasa geram dan marah kerana aku masih lemah dan memerlukan waktu untuk sembuh.

Suami masih suka melepak hingga ke hari ini. Die pentingkan diri. Walaupun sudah 8 bulan melahirkan anak, keadaan masih rasa sama. Sikap suami yang suka melepak menjadikan kami dingin.

Sekiranya ada yang sudi memberi pendapat yang membina, saya sentiasa terbuka menerima.

Yang benar,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *