Assalamualaikum admin. Terima kasih siarkan cerita saya.
Saya baru lagi berkahwin hampir nak masuk 1 tahun. Kahwin sebab saya tiada reason untuk menolak dia dan satu2 nya lelaki yang ajak saya berkahwin.
Pengalaman lepas betul2 meninggalkan kesan kepada saya untuk bercinta dengan mana2 lelaki tanpa ikatan.
Saya tekad untuk teruskan dengan yang betul2 ada matlamat untuk berumahtangga. Saya setuju. Saya yakin lepas berkahwin tuhan akan buka hati saya untuk cintakan suami susuk tubuh yang halal untuk saya.
Saya bekerja. Suami bekerja. Tapi waktu untuk kami bersama semenjak berkahwin selalu curi2 memandangkan kami berdua bekerja dalam waktu yang berbeza dan masing2 jauh dari rumah. Kami bukan PJJ.
Dia suami yang baik tetapi semenjak berkahwin sering terkantoi dengan saya yang dia selalu balas chat wanita lain di sosmed (memuji cantik).
List friend dia juga ramai perempuan2 yang sejenis makeup dan seksi berbeza dengan friendlist saya yang terpelajar semuanya rakan dari sekolah sampai uni.
Kalau orang lelaki jenis family man saya pula versi perempuan yang family woman. Dari saya belajar sampai bekerja keluarga dan mak ayah orang pertama yang saya dahulukan.
Saya sanggup takda apa2 janji keluarga dan adik2 saya hidup senang. Saya tak nak dorang susah macam saya waktu kecik. Manis juga bukan nak memuji atau membangga diri tapi sepanjang bekerja orang akan fikir saya masih single dan ada yang cuba2 untuk kenal.
Maksud saya kat sini bukan sebab rupa kalau suami mencari yang cantik. Dia dah dapat semua. Bidang saya bekerja juga dipandang tinggi.
Tapi saya pilih suami sebab dia terima keluarga saya seadanya. Dia baik. Tak pernah berkira urusan rumah, bertanggungjawab dan penyayang. Alhamdulillah makin hari saya makin sayang pada suami.
Tapi lepas beberapa kali perkara yang sama jadi, saya risau hati saya boleh tawar macam mana yang saya rasa sebelum ni. Saya cuba solat untuk redha dengan perangai suami dan saya percaya ini ujian untuk saya. Syurga tu mahal kan?
Tapi saya mohon pendapat dengan kakak2 atau abang2 yang dah lama berumah tangga adakah ini perkara biasa dalam rumahtangga? Apa yang perlu saya buat? Sebab saya sejenis yang tak boleh bertoleransi dengan curang. Bagi saya benda ni adalah bunga2 curang.
Saya juga serik dengan terluka. Saya takut. Dari awal berkahwin isu kejujuran dari dia dah takde. Saya percaya chat2 semua tu dia akan delete. Yang terlepas sahaja yang kantoi dengan saya.
Saya bekerja dalam bidang professional and I’ ve been so strict dengan perkara2 macam ni. Tapi saya turun ego saya and masih maafkan dia and let go macam tiada apa2 yang jadi.
Tapi kesan dia kakak2 abang yang membaca, saya jadi cepat melenting apa2 yang dia buat silap sekecil kecil perkara. Kadang saya rasa saya dah tahap berdosa bila saya tertinggi suara pada suami. Saya akan minta maaf balik.
Tapi benda tak pernah habis. Perkara sama akan jadi semula. Saya akan cepat marah kalau apa2 yang tak kena kat hati saya yang dia buat.
Sekarang saya cuba bertenang dan redha. Bagi saya ni ujian saya. Mungkin ni balasan dosa2 saya yang tuhan tutup aib saya. Kalau ini lah jalan ke syurga doakan rumahtangga kami dilimpahi rahmat dan dipelihara Allah.
Doakan saya sentiasa jadi isteri yang tenang dan menghormati suami.
– Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kumpulan Mega ek…sekuntum bunga sakura di gurun sahara ? :D
face to face ngan suami, bincang dari hati ke hati. Nasihat/marah jangan ulangi lagi perkara yang buat hubungan jadi bergolak. Dah kahwin ni nak brmaksiat dengan bukan mahram, duk hai2 orang pun tak elok. untuk apa kan? bagitau macam tu!
Kalau buat lagi.. sy rasa awak perlu sayang diri sendiri lebih lagi daripada suami. Stop salahkan diri sendiri. awak tak salah kalau dia yang curang(mungkin ada kurang kat kita) cuba tanya suami nak kita macam mana ok.
Assalammualaikum. Adalah normal seorang isteri rasa seperti itu apabila suaminya memuji wanita lain berlebihan. Memang tidak dibenarkan dlm Islam berhubung dgn jantina lain yang bukan mahram kecuali urusan kerja atau kecemasan atau urusan kebajikan umat Islam. Awak isteri yg baik, ada rupa , kerjaya , Alhamdulillah. Awak ada nilai , maruah. Awak ada password hp suami awak? cuba sekat je perempuan-perempuan itu perlahan-lahan. Sekat jalan untuk bunga-bunga curang daripada berlaku.Mohon
doa kpd Allah. Baca ayat Quran dlm surah Thoha::Waalqoitu … (cari ).bila lihat dia bc, bc. Moga Allah mudahkan awak. Aamiin.
Normal la tu. lelaki kan boleh kawin 4. awak kena belajar menerima dan redho dgn ketentuan..
yuyu, ko ni kalau confession hal2 curang ni cepat eh comment, mesti pembaca tegar iium confession, tapi elakkanlah tulis comment yg menaiiikkaaan darah macam ni, saya syak awak ni lelaki..umur budak2 lepas gred diploma/uni/lelaki umur 30+ yg belum berpunya,..tapi nak pesan satu ja, kitorang yg prmpuan ni, kalau ad depan mata yg cakap macam ko ni..nahaslah ko kena, nak taip tu pikir dulu yea encik yuyu
saya bukan lelaki la. sy wanita la. muda lagi baru 18 tahun..still single. apa yg xkena dgn statement sy? itu fakta kan laki boleh kawin 4. itula awak. mak suruh g kelas agama awak ponteng. dah besar jadi bebal. ops!