Assalamualaikum & salam sejahtera.
Mungkin dengar je tajuk, bosan. Cuma sekadar nak berkongsi apa yg biasa kita lihat dlm norma kehidupan.
Lain orang, lain perangai..variasi ni yg kita kena hormat antara 1 sama lain…
Saya ada kawan, sikapnya org nampak dia jenis dingin, dan suka bertanya kembali jika ada perkara yang berbangkit, dan klu boleh, apa yg dah dijanji, itulah yg dia akan dptkan…senang cerita dia jenis tegas dan berpendirian.,pada saya, kawan saya ni baik, tapi ramai org ckp dia suka bergaduh, walhal apa yg dipertahankan tu untuk kepentingan/hak org lain…
Sorang lagi, jenis lembut skit dan kadang2 cepat berserah, mcm lalang juga, main ikut ja apa yg mudah, dan x berani nak buat keputusan..kdg2, keras kepala juga..selfish pun ada..tapi dia jenis yg ckp lembut…org nampak dia je yg betul..
Contoh situasi :
Kami pergi kedai sewa kereta yang dicadangkan oleh kawan yang lembut ni(sebab dulu kwn yg lembut ni pernah guna service sewa kereta ni), utk book kereta berharga RM 400 bercuti bersama kawan2 dekat langkawi. dipersetujui dan dah bayar deposit RM 200. bila seminggu sebelum nak naik flight, orang kereta sewa call kata ada kesilapan teknikal dan perlu bayar extra RM 250 dan tak seperti dijanjikan. Jadi kawan saya ni start to question up org kereta sewa, kenapa nak kena bayar extra RM 250 sedangkan haritu dah janji RM 400 sahaja total semuanya.
kawan yg lembut, kata” x pelah…kita bayar je…senang cerita…” .
Tapi kawan saya yg tegas ni x nak bayar, sebab berpegang pada janji, dan juga nape pulak nak bayar sedangkan ritu dah sama2 setuju…lagipun, kawan2 dorg ni ada yg mampu, ada yg kurg berkemampuan..kena fikir la hal tu..
Jadi, ada sedikit ketegangan berlaku pd kawan yg tegas dan lembut ni. sebab kawan yg lembut ni minta org ketiga sampaikan pd yg tegas ni. Orang ke tiga ni bukan org yg kenal lama dengan perangai org yg tegas, jadi cara teguran dia dgn kawan yg tegas ni, mencarik skit hati yg tegas ni.
Orang ke-3 ni menasihatkan kawan saya yg tegas tu, “dah la..jgn nak memperpanjangkan isu kecik bodoh dan remeh temehni..buat pe nak gaduh2…lagipun, , x nak la di bawa-bawa sehingga hari nak g travel…korg kan kawan..lagipun, kesilapan kecik dan rm250 ja…dah tu kesannya ko bermasam muka dgn kawan ko yg lembut tu…janganlah nak berkira sangat…bayar je la…”
Saya yg dengar statement org ke3 ni, kecik hati jika saya di tempat kwn yg tegas ni..Sebab, saya kenal kawan saya yg tegas ni..dia bukan berkira bab duit, tapi dia bertegas utk kawan2 dia..dia question back pd kereta sewa utk pegang pd janji dan hak yg patut dia dpt…tapi disangka terlampau berkira dan x nak jaga hubungan pulak dengan kawan dia, pedih betul..lepas tu, org yg ckp bnda2 ni, disampaikan melalui org tengah sbb kwn yg lembut rasa down bila dia rasa mcm dipersalahkan sbb cdgn service ni drpd dia..klu boleh, dia insists nak guna juga kereta sewa ni..
akhirnya, bayar jugak la tambahan charge rm250..cuma kwn yg tegas ni memang terasa betul dgn yg lembut ni…selama proses question back tu, x de pun kawan yg tegas ni sentuh peribadi kwn yg lembut ni…hanya question back pd kereta sewa..tapi yg lembut ni, nampak mcm yg tegas ni berkira, suka cari gaduh dan mcm x bagi kepercayaan pd dia..walhal yg tegas ni sebenarnya drpd dulu asyik beralah dgn yg lembut ni..cuma sbb dia jenis tegas dan berpendirian, org nampak dia bermasaalah…bukan yg lembut ni..
sebenarnya saya mencari solusi terbaik bila berhadapan dengan org yg lembut macam ni…pandangan dan comments postive sangat2 dialukan.
terima kasih.
– Hati yang Memandang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit