Sikap Tuah

Assalamualaikum semua.. Saya cuma nak minta nasihat bagaimana nak didik anak saya ni.

Saya dah puas nasihat cara baik. Cara kejam asian parent pon pernah. Tapi , makin lama. Saya perasan makin melampau sikap anak saya ni.

Anak saya ni lelaki, saya namakan Tuah (bukan nama sebenar).

Anak ke 3 dari 5 adik beradik. Berumur 7 tahun.

Anak-anak saya 2 perempuan 3 lelaki. Yang sulung dan no-4 perempuan. Saya namakan yang sulung saya Wangi (bukan nama sebenar). Umur 11 tahun.

Iman (lelaki) yang nombor 2,

Manja (perempuan) yang nombor 4,

Baby (lelaki) yang nombor 5 .

Sikap Tuah dengan iman, manja & baby takde masalah.

Sikap yang bertentangan dan suka bergaduh, iri hati, dan segala benda yang negatif sering terjadi antara Wangi & Tuah ni.

Wangi, dengan sikap sedikit bossy dan suka merajuk. Tapi rajin bantu jaga adik-adik dan kerja rumah.

Saya memang sering beri arahan pada wangi untuk sentiasa tegur adik-adiknya kalau ada buat salah. Tujuan saya, supaya wangi ada sikap bertanggungjawab pada adik-adiknya.

Tuah, suka memberontak. Sikit-sikit tantrum, nangis mengamuk-amuk tapi tak sampai mencederakan diri dan orang sekeliling.

Cuma mengamuk dia tu, macam menangis teruk-teruk time bangun tidur tak kisahlah pagi ke, petang ke. Asal time bangun tu. Orang yang kejut. Bukan bangun sendiri.

Lepas tu, apa yang dia nak contoh nak makan roti. Tapi bukan roti yang dia nak. Beli roti lain. Dia tak menjerit-jerit.

Cuma macam mana nak cakap ya..dia nangis bsiing-bising ngong ngeng ngong ngeng macam tu…haaa… punya lah tak reti nak describe.. hahahahaha

Okey, berbalik pada kisah antara Tuah dan Wangi ni. Kalau wangi tegur suruh solat ke, kemas tempat tidur ke, kutip mainan bersepah ke.. apa-apa je lah. Mesti dia merentan.

Dia akan melawan, cakap tak nak.. tak nak.. lepas tu, kalau wangi mengadu cakap kat saya. Dia akan jerit. Mana ada… mana ada.. ha.. macam tu.

Apa sahaja yang wangi cakap, semua dia tak boleh terima.

Bab kedekut pon ya, dengan adik beradik lain tak apa. Tapi dengan wangi. Kedekut Nauzubillah.

Contohnya pagi dia bagi hadiah pemadam kat wangi. Dia cakap. Ambiklah. Tuah bagi. Petang atau malam tu, dia akan mintak balik. Dia tak mengaku dah bagi kat wangi.

Spesis si wangi ni pulak. Bila dah bagi, dia tak suka orang ambik balik. Sebab dia anggap. Tu dia punya dah la.

Wangi pon jenis susah nak beralah. Sebab dia memang manja sikit. Kerap kali saya tegur dia. Kalau barang tuah. Jangan ambik. Nanti dia tuntut balik dan tak mengaku dah pernah bagi. End up, wangi yang sakit hati sendiri kang. Berjurailah air mata.

Tapi tuah ni. Jenis dia, kalau dengan adik beradik lain. Dia tak macam ni sangat. Dengan wangi je.

Kalau dengan saya lagi lah, terlalu baik. Pijak semut tak mati. Jaga baby sungguh-sungguh. Pandai basuh botol susu baby. Teman saya kat rumah dikala anak-anak lain sering bermalam kat rumah saudara.

Saya suruh ambilkan apa-apa. Laju je jadi nombor 1. Sering cium pipi saya ucapkan sayang. Pendek kata. Apa yang saya cakap. Semua dia turutkan. Semua dia dengar.

Tapi kalau dengan ayahnya. Susah dia nak dengar cakap. Asyik dengan perangai amukan dia tu.

Kadangkala tu, terkantoi juga perangai tak elok. Belakang saya, ada masa dia pura-pura solat. Menipu pon ada. Dikantoikan oleh wangi. Lepas tu, mula drama mengamuk-amuk dia tak mengaku tu.

Hadoi…pening saya. Uruskan emosi iman & manja tak sesusah Tuah. Iman sangat mendengar kata walaupon anak ke-2.

Saya risaukan masa depan Tuah membesar jadi seorang narsistik. Anger management fail.

Dia pernah ugut nak baling batu pada wangi.

Mengamuk-amuk tendang-tendang perabot rumah mak sedaranya sebab suruh mandi je pon. Main telefon, kalah game ke apa, baling telefon.

(Masa ni main telefon cuti sabtu ahad dari jam 9pagi – 3petang je, hari lain saya tak izinkan main telefon) Wangi cerita, tapi macam biasa. Tak mengaku.

Mana ada.

Mana ada.

Mana tuah buat macam tu.

Menipu je wangi tu.

Berterusan begitulah karakternya.

Saya nak minta nasihat rakan-rakan. Ada ke cara lain saya boleh ubah sikap si Tuah ni. Especially sikap dia terhadap kakak dia sorang ni.

Adakah dia rasa saya pilih kasih sebab saya pernah pesan pada anak-anak lelaki saya. Saya tak izinkan sesiapa pukul kakak dan adik perempuan mereka selain saya seorang sahaja. Saya pesan, jadi lelaki tak boleh pukul perempuan. Saya pukul tujuan mendidik.

Dan boleh dikatakan Tuah kerap juga kena pukul di bahagian betis & tapak kaki (biasa saya ambil hanger/rotan) sebab dia suka mengamuk tak tentu pasal. Hilang kewarasan saya.

Sampai kadangkala menangis-nangis menjerit-jerit saya macam orang gila penat nak handle si Tuah.

FYI, suami saya ada. Bukan tak ada. Dia tak pernah pukul anak-anak. Dia cuma suka membebel je.

Kadangkala suami saya pon lost juga kalau bab si Tuah. Tapi endingnya dia akan pukul benda lain. Dia tak pernah pukul Tuah. Sebab tu, Tuah suka melawan dia. Tak dengar cakap dia.

Salah ke cara kami mendidik Tuah?

Tuah baru 7 tahun. Jauh lagi perjalanan dia nak tempuhi hidup. Saya tak nak Tuah jadi orang yang dibenci adik beradik, dibenci masyarakat. Dan saya paling takut saya sebagai ibunya membenci Tuah sendiri kerana sikapnya.

Bantulah saya. Saya sayang sepenuh jiwa raga pada si Tuah yang Bertuah.

– Ibu Tuah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Puan, doakan Tuah setiap kali selepas solat. Mohon pada Allah agar dilembutkan hati Si Tuah itu. Sebut secara spesifik apa puan nak, sebutkan nama Tuah dalam doa Puan. Ulang-ulang kali doa setiap kali solat. Usah berputus asa, hati manusia ni Allah yang bisa mengaturkannya. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *