Sila Pilih Yang Tepat

Assalamualaikum semua aku tak nak mention sesiapa nama atau tempat. Cukup aku kongsi kan situasi dia dari permukaan atas sahaja.

Aku membesar dekat satu kawasan perumahan tak besar mana tapi komuniti kawasan ni boleh di katakan sangat aktif. Setiap kawasan mesti ada wakil dia kan (politik) aku membesar kawasan tu wakil dia seorang bangsa cina yang aku nama kan Mr M.

Senang cerita pada kawasan aku ni kalau ada pemilihan Mr. M ni memang sentiasa menang. Sebab apa? Mr. M ni dan keluarga dia senang cerita memang paling membantu.

Aku ingat lagi waktu SPM dulu kawasan aku ni result banyak teruk apa lagi subject macam matematik dan bahasa inggeris.

Tapi anak Mr. M ni dua orang perempuan yang waktu tu tengah belajar dekat universiti setiap minggu 2 kali waktu malam buat kelas tusyen free dekat rumah diorang.

Kami ni budak sekolah SPM selalunya ada dalam 30-40 orang datang. Selalunya dalam 2 jam dia ajar.

Isteri dia pula kalau macam wanita dekat kawasan aku ada masalah dia yang akan tolong dari segi kewangan kalau macam ibu tunggal, kadang tu yang susah macam untuk susu anak dia carikan alternatif. Kira pada aku dan keluarga aku tak menyesal pilih dia.

Kalau ada masalah kami jumpa dia dan berbincang tak sampai berapa hari dah dapat settle. Bab jalan tu kalau rosak apa tak sampai sebulan dia dah settlekan.

Senang cerita kalau kawasan tu masalah memang dia akan cari cara penyelesaian yang bagus.

Beberapa tahun lepas entah kenapa pula tiba-tiba naik gossip kata nak pilih orang lain. Yang Mr. M dah rehat sebab dia agak kurang sihat jadi anak dia yang waktu banyak selesaikan.

Anak dia ni perempuan, datang pula ramai hasut cakap next pemilihan pilih orang lain. Ramai cakap tak percaya yang anak Mr. M ni boleh sambung tugas ayah dia, lepastu ada yang cakap dia tu perempuan tak bagus jadi pemimpin.

Ramai yang bersuara cakap kami yakin dekat anak Mr. M sebab dia ni dari dulu dah memang rajin dan banyak membantu tapi akhirnya yang macam mungkin turning point diorang nak pilih yang beragama islam.

Padahal selama ni Mr. M tu bahagian muslim dekat kawasan tu dia tak ada sentuh ke apa dia sentiasa tolong kot majority kat situ 85% Melayu.

Akhirnya anak Mr. M kalah dan di ganti dengan seorang yang berugama islam. Waktu tu anak Mr. M ni pun cakap dia terima kekalahan mungkin dia yang tak buat sebaik mungkin.

Kami pun teruskan macam biasa tapi sebenarnya aku dan keluarga pun agak rasa bitter. Sebab punca utama dia yang wakil baru menang ni tak pernah membantu apa. Dia cuma membantu tak sampai setahun.

Mr. M pun dan keluarga dia slow down sedikit sebab dah kalah nak taknak banyak benda dia tak boleh campur.

Kami setiap bulan akan ada macam perbincangan setiap masalah aku waktu tu dengan ayah join meeting sekali banyak lah macam aduan ke minta bantuan dan lain-lain.

Wakil tersebut cuma cakap “nanti kami akan ikhtiarkan” kami pun ingat okay mungkin selesai. Tapi dah berbulan tak ada penyelesaian.

Bila ada yang bangkitkan balik. Dia cakap “itu usul lama” saya nak yang baru. Selepas hampir setahun akhirnya nak taknak diorang pergi ke keluarga Mr. M tak sampai seminggu dah selesai ye. Yang claim credit? Mesti lah wakil baru tu.

Aku dengan keluarga aku dah pindah dari kawasan tu awal tahun sebab rumah baru siap dan agak jauh dari rumah lama.

Selalu kalau aku sembang dengan kawan aku yang masih duduk sana dia cakap nak jumpa wakil tu payah betul, kalau dulu dengan Mr. M datang je rumah dia dengar setiap aduan.

Dalam hati aku padan muka, sebab kawan aku ni salah sorang yang waktu tu paling beria cakap sokong wakil baru biar ada orang islam jadi pemimpin.

Padahal dulu waktu rumah dia terbakar. Mr. M ni dengan keluarga dia yang bantu sampai dia dengan mak dan adik dapat rumah baru.

Ramai menyesal tapi dalam hati aku cuma mampu cakap “padan muka” sebab kita sepatutnya buat pilihan atas macam mana performance orang tu. Bukan pilihan atas satu benda yang racial ni.

Termakan sangat oh pilih yang beragama islam yang paling teruk waktu tu siap ada yang cakap kalau corrupt pun biar orang islam kita jangan orang kafir. Aku dengar pun setakat geleng kepala.

Dari resume Mr. M ni dia dengan keluarga dia memang dari aku sekolah rendah family dia aktif ye tolong. Anak dia tu jangan cakap bermacam tuisyen class dia buat free je untuk anak-anak dekat komuniti dekat kawasan aku.

Jadi secara terang dia dan keluarga dia ni pilihan tepat. Tapi tidak nak pilih orang yang selama ni tak pernah nampak kelibat membantu.

– Umar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *