Silap Kereta

Aku rasa tak boleh move on la dengan satu kejadian yang berlaku baru2 ni. Bagi aku sangat kelakar, tak tahu la untuk pembaca macam mana. 

Setiap masa aku asyik tergelak ja. Actually suami aku ni jenis funny. 

Dia bukan kelakar, tapi gelagat dia sentiasa buat aku tak kering gusi. Tapi orangnya serius ja. 

Al kisahnya 2 hari lepas kami pergi Mydin. Laki aku ni ada satu habit, bila jalan mata dia suka melilau. 

Pandang sana sini. Lepas tu mula la kalut itu ini. 

So macam tu lepas beli barang tu. Dia ni jenis jalan laju kedepan. 

So kami anak beranak ni jauh tertinggal kat belakang dia. Kebetulan anak sulung mintak nak beli air so berhenti la sekejap. 

Masa tu anak laki aku tiba2 cakap, mama2 ada orang culik abah. 

Aku pun macam panik la sekejap, aku cakap apa. Anak laki aku cakap Aril ternampak abah termasuk kedalam kereta tu.. 

Anak aku ni 5 tahun, so gaya cerita dia memang sentiasa dramatic sikit. Tapi aku tak nampak dekat mana laki aku tu. 

Masa tu rasa cuak jugak. Aku cakap mana abah kau ni. Sebab aku memang tak nampak dia. 

Masa tu anak dara aku pun, tu abah kan dalam kereta. Abah tengah tunggu kita. Cepat la mama. 

Dia tunjuk kereta myvi kuning. Tapi masa tu laki aku tengah keluar dari passenger seat tau. 

Yang sebelah driver tu. Pastu si Aril ni pun, tapi tu bukan kereta abah. Tu kereta orang lain. Dah gaduh dua beradik ni pulak. 

Aku pun perhati kereta myvi tu, memang plat berbeza. Memang kereta lain tapi sebijik macam kereta laki aku. 

Aku ambik masa dekat 5 minit jugak nak brain apa yang berlaku. 

Yang si Aril ni tak habis2 orang tarik abah termasuk kat sebelah tu. Ye ye je budak ni. 

Masa tu nampak suami aku kalut2 pergi cari troli. Buka bonet kereta keluarkan barang2 kami yang banyak gila tu. 

Kami pun sampai dah.. Aku tanya what happen. Dia dengan muka seriusnya, silap kereta. 

Aku serius tak mampu control, kat situ jugak aku terbahak2. Yang si Aril ni pun, abah tak kena culik ke. 

Abah dia dengan gaya serius. Tak. 

Aril baru ingat nak telefon bomba. Lepas tu laki aku cakap dah cepat2 ambik barang semua. 

Kami ambik sambil gelak2. Aril ni tak habis2 ulang nasib baik kita tak terikut cakap kakak masuk kedalam kereta tu. Kalau tak dah kena terculik. Pastu sapa nak telefon bomba. 

Dalam kereta tu driver cina. Dia diam ja. Muka tak puas hati. Lepas tu suami aku cakap sorry again. Dia cakap kalau ada barang tertingal saya halal la. 

Sebenarnya kereta kami depan tu ja. Suami tak perasan agaknya. Si aril pun hah ni baru kereta abah. Nampak ni dia pun baca no plat. Abah kena tengok no dulu sebelum masuk dalam kereta. 

Abah dia diam dengan muka ketat ja. Dalam kereta aku tanya, awak tahu kan dalam tu ada orang. 

Ada driver, belakang pun ada orang, kenapa awak masuk.. Tak kan tak perasan tu bukan kereta kita. 

Dia kata entah la.. Lepas simpan barang buka dah pintu driver, sebab tengok ada orang di seat driver, saya tutup pintu pergi sebelah passenger. Dah situ ja kosong. Entah otak saya fikir apa. 

Belum aku tanya, si aril lagi laju.. Lepas tu orang tu buat apa. 

Abah dia jawab tak buat apa.. Semua pandang abah ja.. Abah pun diam fikir sapa orang2 ni. Apa diaorg buat kat kereta aku. 

Lepas tu orang2 tu cakap cina abah tak faham diaorg cakap apa. Lama jugak la. Driver tu cakap, bos apa lu mau. Apasal sini duduk. 

Abah pun cakap ni bukan saya punya kereta ka. Orang tu cakap ni wa punya kereta ma. Terus abah perhati sekeliling, masa tu baru nampak kereta kita kat depan. 

Si Aril ni banyak cakap. Terus dia kata tu la abah ni malas makan kismis. Sebab tu tersilap. Lain kali jangan masuk kereta orang.. Kalau ada orang jahat macam mana. 

Nanti Aril kena report bomba masuk surat khabar tiktok sebab abah aril kena culik. Ada la ayat2 mengarut dia tu. 

Suami aku diam ja. Mujur si kakak kuat backup abah dia dan tak ngam dengan Aril. Dia cakap diam la. Bising ja kau ni. 

Tapi aku serius tak dapat tahan ketawa. Aku cuba nak lupakan, tapi setiap kali abah dia nak keluar, si Aril akan pesan abah jangan silap kereta tau. Tengok no dulu. 

Terus aku terbayang insiden tu.. Sebab muka suami aku memang nampak malu gila. Lepas tu muka cina2 tu pun blur semacam. 

Entah apa la yang cina tu fikir. Tapi suami aku cakap patut dia pelik, kenapa tak de besen dalam bonet. 

Biasa kami beli barang basah letak dalam besen. Suami kata rasa bersalah dah kotor kereta orang. Harap cina tu faham la laki aku tersilap kereta. 

– T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Aku dari td nak tny, dah kenapa kalau kena culik pi panggil bomba??!
    Awat hang tak betulkan anak hang panggil poliss?

  2. Kelakar sangat.. aku x boleh sambung baca… hahahahahahaha… sakit perut lah.. yr husband mmg funny and your anak too… i wish i can meet you baby boy.. I think u also a funny lady.. seriously i have to stop reading .. byk kali.. boleh x bernafas gelak…

  3. takboleh brain dengan mistake ni hahahahah Ya Allah.. dia punya salah tu bukan setakat buat satu benda (buka bonet / buka pintu kereta) siap masukkan barang dalam bonet, buka pintu driver, duduk seat passenger, complete!. hahahahah aduhai Ya Allah… sakit perut!

  4. ermm mcm mana nak ckp ye , kelakar bab dia salah masuk kereta org lain tapi bila dia sendiri cakap ”entah otak saya fikir apa”.terus rasa kesian , takut suami ada memendam rasa atau ada benda buat dia rasa terbeban , bahaya tau buatnya nanti suami tgh drive jd apa2 mcm mana ? atau tertinggal anak dalam kereta ke ? atau tgh masak lupa tutup api ke ? tolong bawak suami jumpa doctor , risau benda tak diingini terjadi..apa2 pun minta dijauhkan la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *