Silap Memilih Lelaki

Hi aku Ayu. Lately ni aku ada baca banyak cerita pengalaman seorang anak atau isteri ber ayah atau bersuamikan lelaki tak guna.

Aku ada pengalaman juga, berada di sekitar wanita bersuamikan lelaki tak guna.

By the way, aku ada baca juga comment yang mengecam wanita sebab insist memilih lelaki tak guna untuk dijadikan suami.

Entahlah, takdir ni boleh dipilih atau tidak? Aku pun tak tahu.

Wanita malang pertama yang aku jumpa adalah ibu mertua aku. Isteri ke empat bapa mertua aku.

Suami aku anak ke 14 daripada 16 anak (anak bongsu mak mertua aku).

Bapa tak adalah mampu pun, bawa kereta sapu, heran aku boleh kahwin sampai 4. Tak ada pencen, kwsp atau simpanan.

Dalam 16 anak, mungkin 3-4 sahaja yang betul berjaya (termasuk suami aku).

Suami aku ada 3 beradik, malang semalang malangnya, dua abang nya lari. Bekerja di luar negara, sudah 7 tahun tak balik.

Mak duduk sorang (taknak duduk dengan kami, sebab mak duduk di selangor, sama negeri dengan bapa dan mak 1&3).

Kenapa abang ipar aku lari? Mereka kata semak & sesak dengan keluarga yang besar dan bertiri tiri. Kenapa?

Mak yang settlekan hutang rumah PPR mak 1. Mak juga yang settlekan hutang ah long mak 2. Mak juga yang tolong bagi modal berniaga anak mak 2.

Kenapa? Bapa minta tolong. Tolong anak anak nya yang lain.

Anak mak 3 pakai kereta abang ipar aku beli untuk mak.

Wanita malang kedua adalah kawan aku ketika sekolah rendah. Aku nama kan Nakib.

Aku sekolah di sekolah perempuan. Ketika darjah 4, aku berkawan dengan Nakib, dia darjah 6. Pengkid.

Aku pernah tanya, kenapa jadi tomboy? Dia kata nak protect emak & abang dia. Dari ayahnya yang kaki judi & arak.

Nakib pernah cerita, dia ada kesan jahitan di kepala akibat di pukul botol arak (aku tengok bekas tu). Aku darjah 4 pada tahun 2002.

Tahun ini aku 33 dan Nakib berusia 35. Kami tak berkawan lagi, hanya friend di facebook.

Nakib masih pengkid. Wall facebook hanya penuh gambar emak & abangnya yang dia protect sejak umur 10 tahun.

Cukuplah cerita dua orang wanita malang yang aku sangat simpati.

Semoga kita terpelihara dari menjadi wanita malang & lelaki tak guna.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Memang ada lelaki miskin(diklasifikasikan sbg tak mampu berdasarkan syariat agama) sengaja kawin ramai demi mendapatkan bantuan kewangan.

    Mereka mengharapkan isteri baru (yg lebih cerdik, berduit atau yg ada kemahiran dlm sesuatu bidang cth berniaga) utk tanggung hidup dorang dgn bini 1. Ni perangkap sebenarnya. Target lelaki mcm ni usually perempuan 30an-40an yg msih belum nikah (gaji stabil dan ada kerja atau paling lekeh ada harta sikit pun jadi.)

    Bila selesa, dia jadi makin tamak. Nikah ke 3 hingga ke 4. Ada kes ada bini yg diceraikan kemudian lelaki tersebut nikah baru.

    Banyak kes mcm ni. Buat wanita di luar sana, amalkan doa pendinding dan mohon petunjuk dari Allah. Berhati2lah.

    • Betul, lahai dunia zaman sekarang. Macam mana nak kahwin kalau dah ramai sangat lelaki yang tak guna dan ambil kesempatan? Memang kita taknak pukul rata tapi ramai ye kes rumah tangga sekarang bini yang tanggung. nak dikatakan 80%. Lelaki yang masih bertanggungjawab ada…tapi bertuah betul kalau dapat yang macam tu. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *