Hi, aku Bawang Putih.. Sebab aku letak nama aku bawang putih coz orang selalu kata muka aku iras-iras pelakon bawang putih sinentron tu (konon nyerr ler).. Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun, belum dikurniakan anak dan bekerja sebagai penjawat awam…
Luahan aku sedikit panjang ye, aku berkahwin dengan suami aku atas dasar suka sama suka.. Tapi makin lama berkahwin makin challenging rumahtangga kami.
Orang cakap 5 tahun pertama memang macamtu, so aku try to stay positive n get thru ujian dalam rumahtangga kami. Tapi now aku da tak rasa dalam rumahtangga aku ni. Terlalu banyak red flags dalam diri suami aku yang Allah bagi tunjuk satu persatu..
1st, suami aku ni playboy pantang perempuan tengok n usha dia start da naik gatal, try market.. Da berapa kali kantoi dengan aku, kadang skandal2 dia ni ada yang dm aku kat ig, fb sbab search nama suami aku profile pic gambar kami dua..
Ada yang terkejut tak sangka bercinta dengan suami orang, ada yang say sorry sebab tak tahu, ada yang maki juga sebab kononnya aku tak pandai jaga laki aku.. Kuajaq sungguh.. Aku da 2x miscarriage sebab terlalu stress dengan perangai suami aku last2 baby tak survive. Al-fatihah anak syurgaku..
2nd, selain playboy suami aku ni pernah langgan p*lac** ye, syukur aku tak kena hiv.. Kalau tengok chat suami aku tu naik geli n jijik aku. Da ada yang halal yang haram juga yang kau cari, alasan benda tu terpengaruh dengan kawan2..
So kalau dia tak sentuh n tuntut nafkah batin dari aku lega sangat sebab aku betul2 jijik dengan suami aku.. Mungkin sebab ni Allah tak bagi rezeki anak.. Kalau orang lain fire aku bab anak, aku da tak kisah sebab kalau boleh aku tak nak ada zuriat dengan suami aku..
3rd, suami aku ni addicted to drug korang tau.. Da pernah sekali kena tangkap norkotik, masuk penjara, kena reman, bicara naik mahkamah. Aku juga yang bayar ikat jamin n denda sebab fikirkan masa depan dia tapi dia tak pernah fikir masa depan dia..
Sekarang pun dia tak berhenti lagi ambik benda tu da kantoi banyak kali dengan aku pun tak insaf juga. Family dia da cuci telinga dia bersih2, bercakap dari hati ke hati pun tak jalan juga..
Aku ni da penat da menangis, melutut merayu dia tinggalkan benda tu tapi tu ler sekejap je lepastu ambik balik alasan dia sebab dia stress dengan aku bila dia ada problem dengan aku ambik.. Gaduh.. Ambik..
Aku nak tanya dengan korang penagih memang macam tu ke? Saiko lebih, menipu 24 jam, agresif.. Pernah sekali tu suami aku tengah high dia nak pukul aku guna laptop nasib time tu aku mengelak.. N dia cepat sedar bila aku panggil nama dia.
Aku sedih ada suami yang memang aku tak dapat harap jaga n protect aku.. Sebab nak jaga aib dia, aku tak pernah cerita dengan family aku pasal suami aku. Sakit yer bila buat2 bahagia n happy depan orang.. Not worth it.
Aku nak tuntut cerai, nak lapor aadk sebab aku rasa suami aku tak akan pernah berubah n tinggalkan benda tu. Bila fikir sampai bila aku kena stay dalam toxic marriage ni pun hati aku da sedih..
4rd, suami aku ni ntahlah langsung takda effort nak bagi nafkah tempat tinggal. Ni pun duk tumpang rumah mak aku, dengan 4 orang adik perempuan aku.. Sekali gaji je habis duit.. Aku kesian dengan aurat adik2 aku..
Kadang aku takut bila laki aku tengah gian nak benda tu n buat macam2 kat rumah aku.. Kadang aku overthinking rumah mak aku kena serbu dengan aadk or polis narkotik sebab suami aku ambik d*d*h.. Aku takut mak aku malu, n sakit bila fikirkan aku anak dia tersalah pilih suami..
5th, suami aku ni narcist ok.. Play victim, mati2 tak mengaku salah even bukti depan mata. Dia tak dera aku secara fizikal tapi mental.. Contoh kalau bercakap sangat kasar ok alasan dia sebab memang dari kecil dia dibesarkan dengan environment bercakap kasar.
Arwah bapa dia ajar dorang macamtu, supaya tak senang dibuli n so on.. End up sampai kebesar dia pun terikut2 juga cakap kasar.
Aku tak boleh share cerita or perasaan aku kat suami aku sebab dia sangatlah judgemental, so aku prefer diam n simpan sendiri kadang aku jelous dengan kawan2 aku..
Tempat dorang meluah, share cerita, minta pendapat is husband dorang tapi n aku tak, sobss setahu aku suami ni tempat kita berlindung, yang akan jaga kita n share everything tapi suami aku hmmm..
Korang tahu tak yang buat aku paling sedih actually bila husband aku tak dapat jaga maruah n backup aku bila makcik2 bawang cakap aku tak subur, mandul.. Suami aku just sengih2 macam kerang busuk seolah2 mengiyakan cakap makcik2 bawang tu.
Sedih doh hati bila orang yang kita sangka dapat protect kita no action ni.. Bila aku mengadu husband aku cakap da namanya sembang memangler bergurau.. Eh hello da kau ada kat sana sekali, dengar dari awal boleh pula kata gurauan. Hahaha so funny..
So gais, aku nak tanya korang aku memang da fikir panjang, da minta dengan allah buka jalan, da solat istikarah.. Aku da nekad nak cerai n fight kat mahkamah syariah untuk tuntutan cerai, tuntutan nafkah tertunggak, hutang dalam perkahwinan. Apa lagi ek?
Aku nak counter suami aku habis2 sampai dia tahu tinggi ke rendah langit tu lepas bagi rosak mental aku 5 tahun ni.
Lastly gais, pilihlah pasangan yang baik2, kalau time bercinta da nnpak red flags cepat2 la angkat kaki, jangan risau kahwin lambat dari silap pilih pasangan n masa depan macam aku ni. Aku rasa da terbuang 5 tahun hadap pasangan yang salah.. Sengsara hidup gue..
Bagi yang di luar sana yang berada sama dalam situasi dan masalah macam aku belum terlambat untuk kita pilih n sayang diri kita dulu..
Masa depan kita masih panjang untuk hadap toxic marriage.. Kita pun layak untuk happy dan bahagia doakan urusan perceraian aku dipermudahkan ya. Thank you semua..
– Bawang Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
boleh report, mohon fasakh
Jalan hidup mu terang berjelas dik
Kau mahu lagi menggenggam kaca berduri
Sudah kau tahu tapi tidak hayatmu
Sampai bila adik
Tuhan menunggu
Elok la sedar. P mintak fasakh dulu nun. Kerja penjawat awam elok dah. Tapi akai tak tau buang mana. Please la perempuan2.. hang dah tau laki hang tu tak guna sesen pun.. Buang tepi jalan pun org lain tak nak kutip.. Pemalas + dadah + langgan pelacur lagi.. sah2 menyusahkan…Dok tanggung mkn minum lg tu dah kenapa? 5 tahun pulak tu? Dah la duk sekali dgn adik perempuan2 hang. Nak tunggu adik2 tu kena rogol ker time gila dia mai?? Maaf la tak boleh nak taip baik2 sbb bersepah perempuan dungu mcm ni. YOU WANT TO CHANGE YOUR LIFE, TAKE THE FIRST STEP. Then baru sembang panjang sini.
Pernah dengar hadis ni?
“Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya – [HR Muslim:2999]
Ujian pon ada fasa-fasanya. Selagi kita tak dunia ni, takkan pernah berhenti kita diuji.
Hurmmm.. Alhamdulillah kau rasa nak bercerai dengan suami kau tapi biasanya orang penagih ni kan kalau dah bercerai dia tetap akan kacau hidup bekas isteri.. Silap-silap boleh buat kecoh dekat office kau. Hati-hati. Jaga diri.