Aku perempuan bujang berumur 26 tahun.
Baiklah, aku mulakan dengan mimpi. Tak tahu semenjak bila aku mula dapat mimpi buruk yang menakutkan. Rasanya semenjak sekolah rendah lagi tapi tak ingat darjah berapa. Bermula dengan mimpi harimau putih. Semenjak tu aku mula dapat mimpi yang pelik, menakutkan dan kejam dengan kerap. Ada lagi, aku pernah mimpi satu tempat asing yang aku tak kenal dan berulang-ulang. Tempat tu tepi pantai tapi di tengah laut ada pulau. Walaupun cerita mimpi tu berlainan tapi ia berlaku di tempat yang sama berulang kali.
Cukup tujuh kali aku mimpi tempat tu, aku ceritakan pada emak dan emak bawa aku pergi berubat dengan seorang ustaz. Ustaz ni pun buat ‘scanning’ dan dia tanya, “Awak pernah jatuh motor kat mana?” Aku macam whattt dia tahu aku pernah jatuh motor. Tapi jatuh sikit je kat kawasan kelapa sawit. Tapi masa jatuh tu aku tingkatan dua. Aku mula dapat mimpi masa aku sekolah rendah. Then ustaz tu kata, ada sesuatu yang ikut aku semenjak aku jatuh motor tu dan kemungkinan sesuatu tersebut berasal dari tempat yang selalu muncul dalam mimpi aku. So ustaz tu bagi limau. Dia suruh aku perah limau dalam baldi berisi air dan mandi guna air tersebut kemudian buang kulit limau tu ke dalam sungai. Aku buat dan berkesan, aku dah tak mimpi tempat tu lagi. Selesai.
Tapi mimpi-mimpi yang menakutkan dan kejam tu hilang sekejap je then datang semula. Nak tahu aku mimpi macam mana? Banyak sangat tapi antara yang aku ingat, aku bunuh orang dan kisar daging orang tu guna blender dapur pastu buang daging orang yang aku blender tadi kat tempat pembuangan sampah. Mimpi orang disembelih sampai putus leher – beberapa kali juga lah sampai aku dah lali dengan mimpi macam tu.
Mimpi binatang (monyet, ular, harimau, serigala). Mimpi baby pun ada. Semuanya pelik dan buat aku terjaga dengan berdebar-debar. Pastu aku tidur lah semula peduli apa aku mengantuk kot, kacau je orang nak tidur. Aku kerap beritahu emak pasal mimpi ni pastu mak bawa aku pergi berubat dengan seorang so called ustaz. Aku tak percaya dengan yang kedua ni sebab karut gila cara dia ubat orang. First pasal dia picit jari kaki yang mana kalau aku buat sendiri pun aku rasa sakit yang sama lol. Second, pasal dia bercerita sambil judge orang lain siap kata orang tu masuk neraka! (ataupun aku yang salah faham?). Third, pasal sambil dia menerakakan orang tu, dia hisap rokok asap dok kepul-kepul fuh fuh kat aku. Aku tutup hidung pun dia buat muka selamba platipus.
Then mak bawak aku jumpa lagi seorang ustaz. Kali ni aku agak percaya lah sebab memang jelas dengar dia baca ayat-ayat ruqyah tapi aku rasa macam tak berkesan. Cumanya bila aku mention aku pernah belajar silat, dia tanya, Äda kena tidur atas kain putih selama tiga malam dan diberi potongan ayat untuk dibaca sebelum tidur?” Betul, ada. Katanya potongan ayat tu lah yang menyeru benda-benda macam tu berdamping dengan aku. Selepas rawatan, aku masih didatangi mimpi tapi dah tak sekerap dulu.
Sebenarnya, ada lagi satu tempat yang kerap aku mimpi. Tapi aku rasa ni macam permainan otak aku je. Sebabnya, tempat tu macam berkembang dari mimpi ke mimpi. Bermula dengan sebuah sekolah pastu ke kanan sikit ada highway, ke bawah sikit ada jalan besar yang ada traffic light. Aku rasa macam dalam pengembaraan. Dalam setiap mimpi aku akan meneroka tempat baru yang berhubung dengan tempat yang aku pernah mimpi. So tempat tu jadi macam sebuah bandar/daerah. Rasanya yang ni takde apa kot kan? Ada ahli psikologi yang boleh explain benda ni?
Sebenarnya tak faham apa yang aku lalui ni. Mimpi yang seram dan menakutkan dah jarang terjadi tapi masih terjadi. Aku tak tahu patut ke aku teruskan berubat dengan ustaz-ustaz? Ataupun biar je mimpi-mimpi ni datang mengganggu tidur aku? FYI aku tidur basuh kaki, ada wuduk, baca ayat kursi, ayat serbu dinar dan al-mulk siap. Tak cukup ke?
Tolong.
– Cik Kesum
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit