Silaturrahim Breaker

Assalamualaikum saudara/i Admin yang dirahmati Allah selalu. Semoga confession saya disiarkan, kerana saya berasa sedih sekarang, dan terima kasih andai disiarkan. Aku tak pandai menulis, maaf kalau membosankan, atau tajuk yg tidak sesuai.

Sedikit pengenalan, nama aku Peah berumur akhir 20-an menetap di selatan tanah air. Masih single, promot sikit. HAHA. Aku tak tahu kenapa, sejak dari sekolah aku tiada kawan baik. Selalu cemburu tengok orang lain siap ada geng satu kepala. Aku rasa aku yang tak pandai berkawan. Entahlah, punca utama mungkin sikap aku sendiri, yg mengeluarkan aura negatif. Buat orang tak tertarik nak berkawan. :( Aku sekarang sunyi kerna tiada sahabat. Teringat kenangan lalu.

Masa dekat kolej dulu, Allah rezekikan aku seorang housemate yg sangat sangat baik, Gayah namanya. Pakej lengkap laa, baik, caring, pandai, bertolak ansur, dan lain lain kriteria sahabat idaman. Sewaktu zaman kolej, kami mmg sangat rapat, tambahan pula kami satu kelas. Pergi dan balik sama sama. Malah kami dari negeri yang sama, cuma berlainan daerah. Banyak suka duka yg kami kongsi bersama. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki sahabat yang baik.

Semua mula berubah bila kami sudah graduate. Ternyata beliau lebih murah rezeki dalam bidang career berbanding aku. Aku hanya kerja kampung, disamping keadaan kesihatan org tua yg tidak mengizinkan. Aku hanya kerja jaga kedai, aku jaga sorang, Which means, mmg takda kawan. Masa mula mula Gayah start kerja, kami masih berhubung bergosip macam biasa. Bila Gayah balik kampung, kami pasti keluar berjimba. Sembang tak ingat dunia.

Lama kelamaan kami mulai renggang, dengan alasan dia terlalu sibuk. Aku paham dan cuba paham. Aku tak ganggu masa kerja dia, aku hanya akan sms atau call waktu malam dan hujung minggu. Setiap kali berhubung, dia akan tanya “Kau kerja apa sekarang” Soalan ini menjadi titik tolak rasa kecik hati aku pada dia, Dia bukan tak tahu aku kerja apa, Yaa aku tahu, aku hanya kerja kampung dengan kelayakan degree. Aku tahu, dia tak berniat apa apa, tapi aku rasa kerdil dibandingkan dengan dia, Ada kerjaya tetap dengan gaji lumayan. Sedangkan aku. Hmm. Aku tak pinta semua ini, Kerna hanya Allah pemberi rezeki.

Aku rasa mungkin aku yg terlebih sensetif, tapi entahlah. Situasi aku masa tu membuatkan hati aku serapuh semperit keju, Prappp diketap gigi taring. Bukan aku tak dapat tawaran kerja, tapi itu semua ditolak kerana komitmen keluarga. Soalan paling membuat aku terguris “Kau mmg taknak kerja ke?” Hati aku dah jadi scrambled liver, sedap dimakan dengan nasi panas. Aku menangis siang malam, kenangkan impian yang terpaksa dilupakan, tiada siapa tahu.

Situasi kerja dia yg selalu sibuk, membuatkan dia hanya memberi hadiah bluetick pada aku. Aku disini semakin tertekan kerana keinginan bekerja dalam bidang aku membuak buak. I need someone to talk. But I have no one. Rezeki Gayah semakin murah, I’m happy for you. Ditukarkan ke cawangan lain dengan kenaikan pangkat dan gaji. Mula mula masuk kerja di cawangan baru, dia cakap kat aku dia 3minggu pertama bos bagi kelongggaran kerja, Thats mean dia banyak masa free dan agak bosan.

Tapi, jeng jeng jeng. Dia tandabiru kan jugak aku. HAHAHA. lol. Terasa loser beb. Aku saja mesej dia, dah kata bosan. Aku gigit hujung tudung je laa masa dia tandabiru kat aku tu. Seingat aku, beberapa jam selepas tu dia balas, kata tadi sibuk. Dia lupa satu benda, aku ada dalam group whatssapp kolej. And yes ! Dia ada jaa sakan dok gurau senda dalam group tu. -_- Mungkin itu kesibukan yg dimaksudkan, sibuk melayan group, Aku tahu siapa aku, Kawan lain kerja besar macam dia, Thank you for that.

Itu titik tolak aku mula menjauhkan diri dengan dia, membuatkan aku semakin down, rasa lost confidence. Setiap kali dia balik kampung, dia sudah tidak maklumkan pada aku. Oh hati, mohon jangan jadi scrambled lagi. Sobs. Dia selalu cuti tak lama, aku paham dan sgt paham kalau tak sempat jumpa. Family first kan. Tapi,, bila aku tahu dia langsung tak inform akusetiap kali dia balik kampung, but dia boleh keluar dengan kawan lain. Kali ni bukan scramble liver, tapi dah jadi scrambled Peah. Yeah, aku totally kecik hati 100%.

Sekali lagi aku cuba paham, itu kawan dia juga. Aku ni siapalah kan, Tapi 5x dia balik kampumg, 5x aku tak tahu, dan 5x jugak dia spend time ngan kawan lain. Saat itu aku tahu, aku tiada nilai pada dia lagi. Persahabatan kami yg macam laki bini dulu, ibarat macam siang dan malam sekarang, Malam dan siang takkan pernah bertemu. Aku dilupakan 100%.

Aku tahu aku kena move on. Tapi itu semua sangat susah, sebab aku anggap dia kawan dunia akhirat aku, Kami selalu kongsi suka duka. Kawan, aku rindu kau, Tapi sakitnya, sakit bertepuk sebelah tangan. aku rindu momen kita, Aku rindu kelam kabut kau, aku rindu cerita mengarut kau, aku rindu bebelan kau. And i just miss you. Really miss you.

Aku rasa, tiada guna aku terhegeh tersengih pada yang tidak sudi. Aku hanya melukut ditepi gantang, santan tumpah ke lantai, Okay tiada kaitan. Biarlah nampak aku yang salah, biarlah aku yg menjadi silaturrahim breaker. Terlalu banyak aku kecik hati, aku diamkan. Aku tahu aku tak sempurna, dan aku tak salahkan dia. Aku tahu dia lebih perlukan kawan kawan yg membina, Aku bukan kawan sesuai untuk dia, Cuma aku yg terlalu syg kan kau, kawan. aku tidak lagi menghubunginya. Tiada lagi sms bertanya khabar. Dan aku langsung tak tahu sama ada dia ada di kampung atau tidak, Aku tahu aku tak layak.

Dear Gayah, aku tahu kau pengikut setia IIUM Confession. Tapi aku tak pasti kau akan baca atau tidak. Satu yg pasti, jika ada sedkit walau sebesar hama ingatan kau pada aku. Jika masih ada secebis kenangan kita yg kau ingat, Aku yakin kau akan tahu, luahan ini untukmu. :) Aku harap kau akan terus maju dan maju dalam mengejar impian mu. Dan aku, tetap akan menyayangimu sampai bila bila. Walaupun kita sudah tidak berhubung, kau selalu dalam ingatan.

Luahan ini aku sudahi dengan aku si silaturrahim breaker: sahabat mu selamanya. Okay TV3 boleh ciplak tajuk ini nanti. Sekian, Semoga kita dikurniakan rezeki sahabat yang baik. Amin,

– Bekas BFF Kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit