Silent Siksa

Hi semua. Aku Kiah, profesional job sama macam kawan aku, Milah (bukan nama sebenar).

Yang aku nak cerita ni pasal si Milah. Aku kesian sebenarnya tengok Milah tambah pulak dia selalu menangis je kalau dia sedih kat tempat keje.

Dia takde nak cite apa kalau dia sedih wei, cume bile aku tengok bende ni drag lama sangat sampai dah beranak, aku rasa nak tahu apa sebenarnya al kisah dia ni.

Ok back to Milah. Dia sangat periang, suke melawak, aku suka tengok pencapaian dia. Senang cite, kitorang kawan2 ni kagum sebab dia serba boleh, Milah kenal potensi diri dia, dia bawak diri sana sini untuk cari makan, belajar jadi mother yang baik dll. Kagum!

Tapi ade hidden behind the scene yang selalu aku termenung sampai sekarang.

Hmmmm ape lagi kalau bukan hal laki dia la. Aku terkedu bila dia kata, rupenye laki dia pernah check in dengan ex-gf laki dia zaman uni, benda yang paling dia susah nak terima sebab dia kene korek sendiri untuk tanye husb die,

Husb of course la nafikan, tapi hmmm inilah orang perempuan, Allah bagi dia instinct sampai ex-gf tu cerita semua A to Z pasal kisah check in hotel. Sian aku tengok bila dia sedih cemni.

Parents laki tu pulak, wah orang hebat. Tapi selalu claimed anak laki dia bagus, baik, alim, level malaikat la kalau bercerita. Bapak dia lecturer uni awam.. Ni pun satu hal, mentang2 kawan aku ni menantu first, semua bende hal kawan aku tu dia nak komplen je kejeeee…

Ade sekali tu kawan aku baru balik oncall, mind you oncall berbelas jam wei, boleh pulak bapak mentua dia letak dalam group family komplen pasal menantu dia bagi comot lapik kaki kat kereta.

Allahu, bukannye bersagat berlumpur, setakat lapik kaki tu terlari sikit je pun. Sian aku tengok kawan aku punye takut nak balik rumah masa tu sebab masih duduk dengan mentua, sampai dia nekad rasa nak duduk rumah parents dia lagi tenang dia kata.

Bile Milah luah kat laki dia, laki Milah sentiasa la back up family laki dia sendiri. Kdg aku sian, bini mata kuyu je penat dengan hidup.

Bapak mentua Milah ni pun, agak2 la layan anak orang, dah la kawan aku ni manja riang2 tapi sopan la orangnya, pi mana pun ade je orang tanye dah kahwin ke, nampak cute comel je. Tuhan duga kahwin dengan orang macam ni, keluarga mentua gitu pulak.

Bapak mentua Milah ni… saja aku skodeng. Aku tengok macam banyak ragam. Oh ini orangnye rupanya, lecturer kat sekian sekian, aku saja tekan nak friend sikit wei, oh approved. Adoi wall dia penuh komplen pasal bini dia sendiri, pasal mentua dia canang itu ini.

Aku pun tanye kawan aku yang same uni dengan lecturer tu, jengg jenis lecturer suke ajak student pompuan keluar jalan… siap ada skandal sesama lecturer lain bercinta. Berhuhu la kita..

Wife lecturer ni aku tak tahu keje ape, gaya nampak biasa je dalam socmed lecturer tu.

Cume ade 1 bende bile aku tanya Milah ni pasal mak mentua dia.

Adoi kesian …

Masa Milah mengandung, mentua dia plus ipar asyik cari gaduh je dengan kawan aku ni. Ade je la bende dorang nak pengaruhkan husband kawan aku ni supaya side kat dorang.

Milah terkontang kanting menangisss je keje. Tapi bile settle meraung tu, dia cuba act normal macam takde ape berlaku. Pergh aku takleh la wehhh… sian.

Lepas dah beranak, lagi la macam2 Milah hadap. Ade sekali tu Milah n husband dia gaduh, mak mentua dia datang nak ambil anak laki dia. Aku tergamam jap drama ni. Milah tengah menetek susukan anak masa tu, mak mentua dia pumpanggg punye back up anak dia. Wei sadis!

Dah la kalau apa2 sikit ade je mak mentua Milah tu dok luah perasaan text anak laki dia untuk cerita pasal perangai laki sendiri yang banyak skandal kat tempat keje, eee tua bangka ape style gini…

Sudahnya bile mak mentua dok ngadu domba psl perangai laki sendiri n update pulak tu kalau gaduh dengan laki sendiri, anak laki dia akan dtg rumah untuk sesi pujuk memujuk mak dia tu. Kadang tu dengan Milah2 ni diheret sekali kene pujuk mak mentua dia. Eh la aku kang haaa…

Baru2 ni husband Milah tukar ke swasta. Bende yang tak boleh parents laki ni terima hakikat. Start tu, dorang pinggirkan anak laki dorang cemtu je.

Jenuh Milah dok pujuk laki dia yang kene sabar.

Yang hot nyeeer, bile laki dia tunjuk slip gaji swasta kat parents dia, parents dia auto terima laki ni seolah2 terlupa haritu bantai gile2 masa laki ni tengah bagitahu dia nak ke swasta.

Ape lagi, aku dapat tahu, mak mentua Milah ni happy la dapat duit bulan2 daripada anak dia. Part yang lagi 1 pasal bapak mentua Milah ni yang aku rasa jenggg lagi sekali.

Husband Milah nak bukak branch bisnes baru, so gaya macam nak share la dengan bapak dia yang title lecturer ni.

Bapak mentu Milah pun setuju la nak join kan alang2 anak sendiri nak berbisnes. Plot twist, duit bapak mentua dia tu sekadar untuk balas dendam anak laki dia je sebenarnya.

Husb Milah sekadar nak ambik duit tu untuk mewahkan hidup diri sendiri, hakikatnye, duit tu dia cover je kononnye untuk bisnes. Aku rasa macam semua bende ni jadi sebab tuhan tu sentiasa pelihara orang teraniaya. Insaf aku lepas tahu twist itu ini.

Untuk kawan aku tu, aku sentiasa support dia kalau dia perlukan aku untuk apa2 perkara pun, kuat wanita itu.

Untuk family laki tu, ketahuilah, kita ni tak kenal mana pun anak kita sendiri, yang tidur sebantal tu dengan menantu kita tuuuuu.

Sudah2 la berdrama dah tua2 ni, jangan amek kesempatan sangat dengan kebaikan orang, tuhan dah tunjuk macam2 dah tu.

Ni aku rasa banyak je lagi yang kawan aku belom cerita, tapi aku nak Milah ni tahu, aku sayang dia! Sebak aku nak tulis ni…

– Kiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *