Susah juga kalau banyak makan hati. Kita hormat, sebab parents. Tapi kadang tu aku rasa amat tidak adil bagi seorang anak yang ditindas oleh orang tuanya, lalu diberikan alasan.
“kami ini orang tuamu.”
Sebenarnya, tanak makan hati sangat pun, since orang tua aku. So, aku jadi macam,
“sokaylah, mengalah lah.”
Tapi, bila obvious sangat layanan terhadap aku tu, sumpah lah aku terasa. Pernah sehari tu, aku tak tahan sangat , waktu balik kerja, aku nangis atas motor. Nak bagi hati aku reda sikit, aku pusing pusing taman perumahan aku.
Aku sejenis yang tak cerita dekat orang. Sebab bila aku cerita, aku tak pernah rasa puas. Aku gemar menulis. Aku cerita tika aku menulis.
Sementara ni, aku dengan adik aku je tinggal kat rumah. Aku memang selalu nyakat dia. Then, kalau dia rasa aku annoying, aku selalu cakap,
“tak pelah, nanti abang dah takde, takde la siapa nak kacau adik dah”
Aku belajar jauh, masuk lepas raya, lepastu mak aku dengar, cakap camni,
“ada pun macam takde, macam takde”
Tersentak aku, time berbuka pulak tu. Dalam hati nak menangis, tapi aku terus bisik, sabar sabar. Biarlah.
Jujur kata, aku ni dalam rumah seorang yang nampak introvert la. Tak banyak cakap sangat. Tapi bila kena kutuk dengan family sendiri, siapa je tak sedih. Dikatanya, konon aku tak mampu, konon aku lah yang paling teruk. Bila dengan mak cik makcik pun aku diam. Tak banyak bersembang. Entah kenapa. Mungkin sebab makcik makcik aku sendiri ramai yang tergolong dalam kalangan bawangians.
Dulu waktu kerja, konon nak kumpul duit. Lepastu, tiber ibu mintak pinjam kan 150, aku pun bagi la. Lepastu , aku takde duit, aku ingatkan duit yang ibu kata nak ganti tu.
“ibu, ingat eh duit yang ibu kata nak ganti tu,”
“nah! ambillah duit kamu ni.”
Hm, aku jadi tegas sikit dengan parents aku, bila aku dilayan macam tak de maruah. Macam aku paling jahat dalam keluarga.
Waktu result spm, Mak aku merungut sebab aku tak capai target spm dia. Which is 5A’s. Aku dapat kurang dari tu. Mak aku asyik pertikai kenapa, kenapa dan kenapa.
Well, aku pun sedikit kecewa dengan result aku, tapi aku yakin, rezeki aku mungkin bukan di sini. Banyak kali jugak aku nangis. Tapi macam biasa, tangisan aku ni tak ada yang dengar.
Duit gaji aku tu, memang aku tak bagi dekat mak ayah aku bulat bulat. Tapi aku twistkan dengan, belanja satu family. Mekdi, pizza, kfc. Tak de la selalu, tapi aku rasa makan sama sama lah , lagi okay. Semua dapat rasa duit tu.
Guess what?! Mak aku dengan ringan mulutnya berkata.
“kamu gaji kamu, mana ada bagi ibu pun, sikit pun tak bagi. Tak pelah, kalau kerja sementara ni pun kamu tak bagi duit kat ayah dengan ibu, nanti kamu kerja tetap nanti, lagila kamu tak bagi langsung”
Sedih aku, yang aku belanja semua makan tu apa? Yang aku belikan adik beradik aku barang yang depa nak tu apa? Mana aku dapat duit tu?
Aku duduk rumah, tolong mak aku pun, mak aku tak Nampak apa yang aku tolong. Lagi dibezakan aku dengan adik beradik yang lain .
Aku sedar lah aku siapa, dibezakan, direndah rendahkan, tidak dihargai. Aku tak tahan, tu sebab aku terpaksa bertegas. Aku juga ada rasa, hati dan perasaan. Menangis aku, tiada yang dengar. Aku tak ada best friend, nak diluahkan. Perasaan aku, dari dulu memang aku pendam sorang.
Kakak aku diberi kereta baru, tunai. Atas nama dia. Aku tak kisah. Tapi sampai mak aku kata,
“angah nanti tak payah beli”
Sedihnya hati, sebelum ni pun, aku beli barang yang aku nak, sendiri. Fully duit aku. Kalau adik beradik aku, nak jam or something, mesti tak ada untuk aku. Sedihnya hati punah perasaan aku.
Bila aku kata, “kecik hati”
Orang selalu cakap, “mak lagi banyak makan hati”
Memang mak banyak makan hati, tapi aku juga ada hati, punya perasaan. Berhak untuk merasai kekecewaan. Kadang tu kita tak mintak pun nak kecewa.
Keadaan selalu memaksa kita. Perkataan maaf tu berat bagi aku, when it comes to parents. Sebab tahu, banyak salah. Walaupun raya, aku tak cakap. Melainkan ‘maaf’ dalam perkataan maaf zahir batin. Itu je.
Aku masih remaja, tapi masalah keluarga tidak datang ikut umur. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Terima kasih sudi baca, banyak lagi tak terluah sebenarnya. Tapi aku ringkaskan disini.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit