Silent Treatment Itu Sakit

Assalamualaikum semua. Perkahwinanku sudah lapan tahun dikurniakan tiga orang cahayamata, sekarang dalam tempoh berpantang anak ketiga.

Sepanjang lapan tahun bergelar isteri, banyak duka yang ku pendam sendiri,

Kalau cerita pada orang pon pasti orang akan anggap masalah yang aku hadapi remeh berbanding orang lain, tetapi aku yang menanggung terasa sangat sakitnya.

Selama lapan tahun hidup sebagai suami isteri, suami ku kerap silent treatment kan aku.

Sepanjang silent treatment, dia tidak akan bercakap dengan aku, buat hal sendiri seolah olah aku tidak wujud,

Kadang aku masak tak dijamahnya, dia keluar tanpa beritahu kemana dia pergi dan kebiasaanya berlanjutan selama 3 4 hari adakalanya seminggu dua.

Awal perkahwinan aku cuba bertahan, memujuk, cuba bercakap dengannya tapi seiring dengan pergerakan masa aku jadi rebel dan tak lagi berniat untuk memujuknya.

Bila dia diam tak nak bercakap, aku juga akan diam dan buat hal sendiri walaupun pada masa yang sama hatiku memberontak.

Aku akan menangis sendirian berdoa pada Allah diberikan petunjuk untuk hidup yang lebih bahagia.

Kadang kadang aku rasa suamiku macam split personality, dalam dia dok bergelak ketawa dengan aku tiba tiba dia akan diam dan diam dia tu membawa ke beberapa hari.

Apabila dia rasa dia dah ok dia akan datang berbual macam biasa dengan ku seolah takda apa yang berlaku.

Pernah aku confront dengan dia kenapa dia taknak cakap dengan aku, kenapa dia layan aku dingin, jawapan dia hanyalah ‘takda apa-apa’ tapi layanan dingin dia tu akan berlanjutan berhari hari.

Paling menyakitkan bila baru je berbaik dan bercakap macam biasa, tak lama lepas tu dia akan silent treatment kan aku semula.

Begitulah ulang ulang kehidupan aku selama lapan tahun bergelar isteri dia termasuk la time aku mengandung dan berpantang.

Awal awal dulu setiap kali dia layan aku gitu mesti aku akan rewind balik apa yang aku buat salah sehingga dia jadi moody tiba-tiba,

Tapi lama kelamaan bila dah kerap sangat dia dok silent treatment aku walaupun memang aku yakin aku tak buat salah.

Aku jadi lost, sampai aku anxiety, aku jadi terlalu berhati-hati untuk buat apa-apa..

Walaupun aku perempuan aku dah lupa bila kali terakhir aku merajuk dengan dia sebab tak sempat aku nak merajuk bila terasa hati dengan dia, dia yang akan silent treatment kan aku.

Bila aku tengok dia diam, aku akan jadi anxiety, aku sentiasa rasa takut berdebar-debar risau dia silent treatment kan aku dan masa tu la aku akan jadi tak tentu arah marahkan anak anak aku.

Kesian anak anak aku selalu kena marah bila aku dalam keadaan sebegitu.

Sekarang aku dalam fasa berfikir perlu ke aku keluar dari perkahwinan ni sebab aku rasa perkahwinan ni sangat toksid untuk aku dan anak anak aku,

Tapi aku risau aku tersalah pilihan sebab suamiku takda masalah lain kecuali suka silent treatment.

Aku selalu menangis macam orang gila bila dilayan sebegitu, bagi aku emosi aku didera dan ianya sangat sakit sehinggakan aku rasa sesak nafas dada berdebar-debar.

Sekarang aku hanya ingin hidup bahagia, sekiranya bahagia aku bukan lagi dengan suamiku aku harap Allah tunjukkan jalan keluar padaku..

Namun sekiranya bahagia aku masih bersama suamiku, aku harap Allah akan jentik hati suamiku untuk tak melayan aku sebegitu rupa lagi.

– Ibu Aaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *