Pernah dengar istilah silent treatment itu kejam?
Ya.. Baru kini aku rasakan.
Salahkah aku menghilang?
Kini sudah masuk 2 bulan aku menghilangkan diri.
Bukan salahku.
Dia yang mengkhianati sebuah kepercayaan.
Dan EGO untuk meminta MAAF.
Kenapa mahu tercari-cari lagi?
Masa diriku terkejar-kejar dan mengharap, dia tidak mempedulikan.
Bila aku sudah berhenti berharap dan berpaling, barulah dia tahu erti sebuah penyesalan.
Sudah ku bilang, seumur hidup terlalu lama untuk disesalkan.
Kalau dahulu akulah wanita lembut yang paling memahaminya, kini aku memilih untuk menjadi seorang yang keras hati. Sekeras-kerasnya.
Aku tahu saat ini, dia menderita dengan kehilanganku tanpa khabar.
‘Panggilan’ rindunya ku abaikan.
Aku tahu silent treatment itu kejam.
Tapi, aku mahu dia tahu apa rasanya saat ditinggalkan tanpa penjelasan. Dibiar terkontang-kanting menangis sendiri, mengemis cintanya.
Kerana dia, aku sudah mati rasa untuk berkenalan dengan sesiapa.
Kerana dia, aku hampir hilang diriku sendiri.
Kerana dia, aku hampir hilang kewarasan.
Kerana dia, aku hampir memusnahkan segala cita-cita dan impian.
Kerana dia jua, aku sudah tidak percaya ada apa dengan cinta.
Karakterku sudah terbunuh, dan dialah pembunuhnya.
Kejamkah aku kerana mendera emosinya dengan cara begini?
Aku tahu lelaki bila jatuh cinta, sukar baginya untuk move on. Lebih sukar dari seorang wanita. Mungkin tempohnya lebih lama untuk melupakan.
Tapi bukan salahku,
Dia yang memilih untuk menjadi suami kepada wanita lain.
Dan menjadikanku sebagai ‘option & back up’ jodohnya.
Perkara yang sukar untuk aku terima hingga saat ini.
Aku tidak berdendam.
Tapi sehingga kini aku tidak mengerti bagaimana dalam hati seorang lelaki mempunyai dua wanita yang dicintai dalam masa yang sama?
-Cinta Tiga Segi-
Andai dia terbaca luahanku ini, aku hanya mahu dia tahu bahawa aku sudah mati rasa.
Aku tidak mampu untuk memberinya kata-kata semangat seperti dahulu.
Maaf, aku tidak senaif dahulu untuk memberi kepercayaan walaupun sekadar sahabat.
Aku hanya mengharapkan sebuah kemaafan tanpa keegoan dari seorang lelaki yang pernah memberiku sebuah harapan untuk aku bernafas dalam dunia yang penuh menyesakkan.
Aku yang kau anggap seperti angin lalu yang singgah dalam hidupmu. Aku akan terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
– Fuji (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lelaki yang kurang perhatian biasanya akan lebih bahagia jika dikelilingi ramai wanita. Apa lagi jika wanita yang mengelilinginya itu ada kualiti.
Lelaki tahu wanita, mana wanita yang layak disimpan dan mana yang memang dinikahi. Biasanya lelaki akan mengahwini yang mereka lebih ‘cintai’ mengerti disini. Bermakna kamu bukanlah wanita no.1 yang ada dihatinya untuk dicintai.
No.1 keluarganya,
No. 2 kerjayanya,
No.3 Saudara/Sepupu sepapatnya,
No.4 Teman – temannya.
No. 5 Terakhir sekali barulah yang dia yakin sesuai untuk dijadikan isterinya.
Sekarang kamu nampak tak kamu diletakkan dimana? Kamu selesa duduk dibawah dan menjadi backup option? Apa yang kamu nampak pada lelaki tersebut sehingga kamu sendiri yang merelakan diri kamu diletakkan paling bawah?
Nyata sekali kamu meletakkan lelaki:
No. 1 LELAKI
No. 2 Kahwin
No. 3 Pikir anak berapa orang
FAMILY, Your Future???
Masa depan kamu masih samar lagi, tapi kamu mengutamakan lelaki. Lihat diri kamu baik – baik, kaji hidup kamu, nilai hidup kamu sendiri. Renung dalam – dalam. Bukan sibuk menuding jari sana sini. Mencari siapa yang perlu disalahkan.
Dari cara penulisan nampak bijak cuma masih terlalu hijau untuk merana hanya kerana cinta tak bernilai.