Silibus Sekolah Rendah Bagai Nak Muntah Bagi Orang Dewasa

Assalamualaikum Warga IIUM Confession.

Saya baru tengok video viral seorang pelajar tahun 1 yang menangis sebab tak dapat membaca. Perasaan sedih dan cuak saya dapat rasa kerana saya sendiri mula lepas membaca ketika di tahun 3.

Betapa takut dan malu dengan kawan kawan apabila kita di herdik, dikata bodoh (ya lah masa tu zaman 80an, belum ada peneguran kepada warga didik pendekatan mengajar berbanding sekarang).

Apabila mempunyai anak berberapa orang, saya mempunyai pemikiran belajar secara bermain mengikuti teori perkembangan kanak kanak.

Untuk makluman saya ada merupakan post grad dalam bidang Pendidikan awal kanak kanak (ECE) dan menguruskan perniagaan taska, tadika, tuisyen, pusat latihan korporat kerana saya juga seorang jurulatih HRDF untuk Syarikat korporat hampir 20 tahun, sudah ribuan pelajar telah saya kendalikan.

Saya juga sering di jemput memberi seminar di sekolah sekolah. Bermakna skil saya diiktiraf oleh pihak sekolah. Saya mempunyai latar belakang semua ayah, adik beradik adalah guru KPM.

Cuma saya tidak boleh menjadi guru kerana saya merupakan pelajar tajaan biasiswa swasta dan terikat dengan bon untuk berkerja dengan syarikat tajaan saya sehingga tamat bon, saya merupakan antara bekas pelajar terbaik Malaysia tempoh itu.

Saya membuat keputusan meletakkan jawatan kerana ingin menumpukan kepada anak dan minat saya untuk mengekplorasi bidang kanak kanak sangat tinggi mungkin faktor anak sedang membesar waktu itu hingga membuat keputusan membuka taska/tadika dengan membangunkan modul sendiri mengambil kira teori, praktikal perkembangan kanak kanak (ece).

Saya membaca sejumlah besar jurnal – jurnal ECE dalam proses ini. Membuat tinjauan ke atas sistem pendidikan ece luar negara untuk di asimilasikan dengan modul KPM yang ada.

Namun terus terang saya katakan, amat sukar mengaplikasi apabila dalam senarai KPI tadika yang diselia oleh pegawai PPD mereka tetap meletakkan pembelajaran di peringkat tadika lebih kurang macam di sekolah, ada semua subjek – subjek teras.

Saya cuba mempersoalkan tetapi sebab mereka PPD mereka pegawai tauliah KPM maka jangan cakap banyak, sila ikut saja. Maka tiada guna lagi kita menyuarakan.

Saya terfikir umur pra sekolah perlu belajar subjek teras alangkah beratnya apa yang perlu di lalui oleh pelajar tadika, jadi apa yang saya buat, saya meneliti dan menyemak beberapa ketika topik – topik tahun 1 sehingga saya dan team saya dapat membangunkan lengkap modul pembelajaran secara bermain menepati topik tahun 1 buku teks KPM.

Saya juga membuat tinjauan modul – modul dari tadika yang ternama untuk melihat apa yang di aplikasi. Melihat pro and kons kesesuaian dari segi budaya dan agama.

Ketika umur anak di usia tadika, saya lebih mengutamakan pendekatan belajar secara hands on, experiment dan semua modul/bahan pengajaran pelajar tadika/taska saya, saya improvise dari silabus tahun 1 menjadi bentuk pembelajaran secara bermain. Membolehkan semua pelajar saya waktu itu mencapai 100% lepas membaca pada usia 5 – 6 tahun.

Dan dari pelaporan ibubapa, pelajar saya berjaya menduduki top 10 di sekolah rendah kerana mereka sudah awal didedahkan topik di tadika secara bermain.

Sehingga kini, saya masih mengikuti perkembangan mereka dan saya bersyukur ramai bekas pelajar tadika saya berjaya memasuki SBP, MRSM dan mereka menunjukkan prestasi perkembangan baik waktu di tadika lagi.

Salah seorang anak saya mempunyai mild deleksia dan kesukaran membaca sehingga ke tahun 1. Waktu ini saya masih ingat seorang guru BM menulis nota mempersendakan saya meminta saya memberi tumpuan membaca anak di rumah seolah olah saya seorang ibu yang tidak mengambil berat hal sekolah anak.

Anak saya mula menjadi aim apabila saya bertanyakan proses dan instrumen pernilaian kemahiran membaca kepada dia melihat dia asyik push meminta saya mengajar anak membaca di rumah mungkin hendak lepaskan KPI dia.

Sejak hari itu saya tidak percaya sepenuhnya sistem di sekolah. Saya tidak terikut dengan pandangan sinis seorang guru BM yang tipikal. Memandangkan saya juga pengamal Pendidikan sekian lama sudah ramai pelajar telah saya groom 100% lepas membaca di umur tadika lagi walaupun saya bukan Guru KPM.

Kini anak saya yang dikatakan pelajar corot oleh beliau, di siniskan dan diabaikan, lepas membaca pun ketika umur 9 tahun merupakan pelajar cemerlang 10 A sains tulin dan sedang melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang kejuruteraan.

Saya melihat potensi dia dari awal cenderung pada nombor tetapi tidak pada linguistik, maka saya banyak groom dia mendedahkan dia dari awal berkenaan koding, robotik dan apa saja berkisar dengan sains dan nombor.

Anak anak saya yang lain juga menunjukkan patern yang sama apabila mereka menguasai Sains, Matematik & Bahasa Inggeris dengan baik. Apa boleh saya simpulkan fasa umur taska/tadika merupakan fasa yang sangat crucial ibarat span.

Kanak kanak akan menyerap sebanyaknya waktu ini dan tidak perlu kita mengggunakan kaedah tradisional memadai memberi pendedahan secara konsisten tentang apa yang mereka perlu belajar sesuai dengan umurnya.

Yang penting rangsang minat mereka dulu kepada, minat untuk belajar dan minat untuk mengetahui sesuatu dengan kaedah bercerita, eksperimen dan penerangan.

Hari ini saya memilih kehidupan santai usia emas dan hanya memantau pendidikan & kerjaya anak anak sendiri sahaja. Tapi saya masih meneliti silabus sekolah rendah, tahun 1 amat mengejutkan dengan sudah ada elemen membuat hipotesis dalam subjek Sains. Sedangkan zaman kita, hipotesis ini belajarnya di U.

Saya mengikuti isu isu panas Pendidikan dari kisah Cikgu Fadli Salleh yang akhirnya undur, kisah – kisah beberapa guru yang voice out di kenakan tindakan, Prof Anuar & OT yang kerap menulis tentang kepincangan sistem Pendidikan sekolah rendah, dan beberapa tokoh lain, namun suara mereka hanya sekadar angin.

KPM perlu memperhalusi dan mengkaji semula tahap satu rendah (penekanan 3M) tolak tepi dulu kemahiran menaakul.

Happykan anak anak kecil dengan dunia belajar yang pelbagai dan menyeronokkan, seperti dulu kami pelajar sekolah rendah tahun 80an sangat enjoy dengan subjek Alam & Manusia dan ia adalah subjek mencetus minat kepada sains, geografi di peringkat awal sekolah rendah seterusnya menengah.

Jika di tahap 1 rendah pelajar ini telah diberi susah, down, mereka akan tidak minat ke sekolah, kerana sekolah di anggap menakutkan dan beban minda. Akhirnya semua subjek jadi tak minat.

Apabila beberapa tahun ini sekolah rendah mengalami banyak pindaan dan perubahan. Batch PKP juga bermasalah hingga ke hari ini, dengan ledakan gaming menyebabkan pelajar hilang hala tuju. Lagi mereka diberatkan dengan pindaan silabus gila oleh pakar pakar.

Jujur saya katakan saya telah hilang kepercayaan pada sistem sekolah hari ini. Anak hanya hadir ke sekolah ambil syarat, selebihnya usaha sendiri mak ayah untuk kemenjadian anak. Malah saya juga tidak lagi berminat menyumbang idea pada KSIB, jika banyak sangat idea bertentangan silap haribulan anak anak pula menjadi ‘aim’ di sekolah.

Ibubapa hari ini teruskan usaha di rumah, jika ada kemampuan ajar, ajarlah anak, jika tak mampu carilah guru tuisyen.

Jangan pandang rendah pada guru tuisyen kerana ada sebilangan mereka merupakan pelajar cemerlang di sekolah malah lebih dalam kemahirannya berbanding guru sekolah yang mengajar bukan option bidang mengajar. Ini kita faham sebab kekurangan guru terlatih dalam subjek tertentu.

Para guru juga jangan menjadikan guru tuisyen sebagai lawan, mereka membantu anda memudahkan urusan mengajar di sekolah, tak perlu rasa tercabar kerana mereka tidak mengambil portion gaji anda setiap bulan pun, sebaliknya harus menggalakkan usaha mak ayah membantu anak di rumah dengan kaedah apa sekali pun.

Saya pernah mendapat f/back parents yang pihak sekolah mempersendakan usaha guru guru tuisyen. Saya mengatakan nasib baik ada guru tuisyen membantu dia memudahkan dia mengajar pelajar yang lemah di sekolah, senang dia capai KPInya sepatutnya dia gembira kerana kerjanya jadi mudah.

Bagi mak ayah yang ada anak anak usia tadika, tukarkan topik sekolah rendah kepada dunia bermain anak. Buat aktiviti bersama anak, anak pasti enjoy. Jangan abaikan skil membaca, nak tak nak anak masih perlu, cuma latih anak membaca secara bermain di usia tadika.

Keperluan sekolah rendah Malaysia, anak perlu lepas membaca sebelum masuk tahun 1. Jika tidak anda perlu bersedia menyediakan guru mahir mengajar membaca di tahap seterusnya. Sudah tentu kosnya sangat tinggi.

Usahakan anak anak lepas membaca sebelum masuk tahun 1, sehinggalah KPM sanggup meminda 3M tumpuan utama semula di tahap 1. Tapi kita nak tunggu bila agaknya? Ntah ntah apa di pinda lagi.

Saya hanya bercakap atas kapasiti orang berpengalaman bukan ‘zero knowledge’ menguruskan pelajar tadika, pelajar sekolah dan selaku ibu yang melalui pengalaman sekolah anak dan birokrasi sekolah.

Saya tidak bercakap atas kapasiti orang melawan guru tapi saya kurang bersetuju dengan silabus yang sedang anak anak kita pelajar tahap 1 sekolah rendah/menengah sedang tempuh hari ini. PT3 sepatutnya tidak di hapuskan. Kerana ia adalah penolak kepada persediaan awal ke aliran yang akan pelajar ikut sehingga di IPT melihat silabus SPM juga sudah dipadatkan.

Bila PT3 di mansuhkan seperti membiarkan pelajar usia 13 – 15 tahun (jika merujuk pada perkembangan usia ini, pelajar dalam mencari identiti, rebel dan sukar di kawal).

Anda telah mencicirkan focus mereka terlalu relaks, slow down dan terjebak banyak masa dengan gajet dan apa kita expect mereka di Tingkatan 4?. 10 ribu pelajar SPM 2023 tidak hadir adalah batch mangsa PKP dan mangsa kemansuhan PT3.

Jangan lupa untuk mengkaji impak batch PKP dan apa pelan intervensi yang dah dibuat untuk batch ini. Saya amat berharap YB yang memansuhkan PT3 dan UPSR ada usaha sendiri up kan semula anak anak yang jauh ketinggalan hari ini.

Sebelum ini UPSR di mansuhkan kerana percaya dengan ideologi belajar enjoy seperti di Finland, teori memang cantik tapi fasiliti, gaji guru dan guru pembantu, bebanan tugas hakiki sekolah tak di ambil kira. Akhirnya lepas mansuh semua jadi stucked!. Kaji kaji lagi, balik pada asal, jangan terlalu idealistic.

Kita suka sangat cedok2 cara negara orang tapi kita lupa ukur badan sendiri. Silabus rendah bertukar tukar, di padatkan ada hati nak buat cara Finland. Silabus sekolah jangan banyak diubah, tapi di kemaskini bukan diubah terus. Tak menjadikan batch dulu dulu belajar hingga tak boleh tadbir negara kah. Hingga habis silabus sekolah di pinda sebegitu rupa.

Yang patut di sekolah rendah takat mana takat tu jerlah, jangan lebih lebih di susahkan. Macam tu juga di menengah, yang tinggi2 depa belajarlah nanti di U.

Calon SPM 2024 lagi amat kesian, tempoh belajar mereka di pendek kan. Disember ini sudah SPM sebenar.

Adakah mereka batch yang perlu dikorbankan untuk menstruktur semula kalendar sekolah kepada asal tanpa apa apa intervensi dan jaminan selepas results SPM keluar nanti. Ada atau Tiada? SPM terbaik dalam sejarah? Jangan lupa graf grading adalah secara manual ya boleh naik boleh turun. Ramai calon fail, rendahlah graf.

Saya pasti akan ada suara suara yang sentap, kita tengok di bahagian komen nanti ya. Saya ingin membaca semua komen ibubapa yang concern hal sekolah anak. Salam berjuang semua ibubapa untuk anak.

Ingat tau jangan 100% lepaskan anak pada sekolah, kena usaha dirumah lebih awal. Kita jaga anak kita. Salam Merdeka!

– Mariam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Satu je sy nak ckp. Silibus sekolah rendah skg sangat memenatkan budak2. Dgn mata pelajaran sampai 10..digabung dgn sekolah agama belah ptg subjek jugak 10..tepat lepas isyak, anak sy dah tidur. Ulangkaji zero sb melayan badan dan otak anak yg sudah kepenatan dr pagi hingga ke ptg. Ntah fasa ketika ni baik ke tidak kpd budak umo 7-12 tahun utk tumbesaran dia. Yang berada, bole lah sediakan makanan berkahsiat. Yg kaais pagi dan ptg tu bole tak coupe segala kepenatan minda dan tumbesaran anak dgn segala benda. Sy tgk anak pun kesian tapi hidup tetap diteruskan dgn cara macam tu sebab kalau tak mmg ketinggalan utk mencapai kpi yg dikehendaki sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *