Terima kasih iiumc seandainya confession aku disiarkan. Aku sekadar nak share hikmah yg aku nampak dalam hidup aku.
Aku bukan siapa². Sekadar hamba Allah di bumi indah ni. Dan aku langsung tak boleh nak tolak and nafikan setiap apa yang ditentukan olehNya. Aku anak ke-2 dari 3 adik-beradik. Lepas je aku dilahirkan, mak aku ditakdirkan sakit teruk di mana sakit yg tak dapat ditentukan sakit apa. Sampaikan dia sendiri langsung tak dapat nak bercakap, tak kenal diri sendiri apatah lagi org sekeliling. Aku tak pernah rasa kasih syg mak aku sendiri. Yang paling sedih, adik aku. Dia langsung tak kenal ibu dia and mak aku sendiri tak kenal anak dia. Mmg dari kecil, kami hanya mampu meluahkan kasih syg terhadap mak dgn jaga mkn minum dia. Bagi dia ubat bila sampai masanya.. pimpin dia ke katil seandainya sampai waktu dia tidur.. mandi pakai dia semua ayah yg jaga sbb kami tak pandai. Perkataan yg keluar dari mulut mak hanyalah ‘ahh’, ‘ehh’.. aku langsung tak pernah dgr mak panggil nama aku, abg and adik.
Tapi aku sgt² bersyukur sbb dikurniakan anugerah yg sgt tak ternilai. Ayah. Ayah la bapa kami, ayahlah ibu kami. Ayah jalankan tanggungjawab dia dgn sgt sempurna. Dia tersangat pandai dlm mendidik anak². Dulu, waktu kami kecil², dia sangat tegas.. normallah bg kami kalau lambat pick up apa yg dia ajar dlm matematik, kami kena cubit di telinga dan paha. Kalau kami tersalah baca tajwid al-Quran, biasalah tu kalau kami kena denda. Sehinggakan setiap salah laku kami akan dihukum. Timbullah satu perasaan bencikan ayah sbb ayah terlalu garang. Tapi, ayah sgt pandai ambik hati kami yg merajuk ini. Hehe. Setiap hujung minggu, dia akan bawa kami pergi jalan². Itulah yg menampakkan dia sbg seorang ayah yg sgt sempurna. Dia sgt pandai masak sbb belajar dgn mak sebelum mak sakit. Dialah tukang masak kami. Setiap kali aku sakit, masakan dia lah yg hanya aku mampu makan.
Mak meninggalkan kami sewaktu usia kami masih terlalu muda. Waktu tu, kami adik-beradik masih sekolah rendah. Hanya tangisan dari budak2 hingusan ini yg mengiringi pemergian mak. Sedangkan sewaktu itu, aku sgt² mendoakan supaya mak sedar dan sihat semula. Biarlah terjadi keajaiban supaya dpt bersama² kami. Tp Allah lebih menyayangi arwah. Aku belajar utk reda. Bermula dari situlah, kehidupan kami semakin mencabar. Ayah semakin bertungkus-lumus menyara kami sekeluarga yg semakin membesar dan masih bersekolah. Ayah bukanlah bekerja makan gaji sbb dia tak dpt nak habiskan pengajiaannya. Ayah taknak susahkan nenek dgn perbelajaan pengajiannya. So, dia quit belajar. Semakin banyak dugaan yg kami kena hadap.
Alhamdulillah, dlm ayah sibuk mencari rezeki, ayah makin berusaha mendekatkan diri dgn Allah.. dia semakin kerap ke masjid menyebabkan kami semakin menyanjungnya. Ayah la idola kami. Dlm setiap dugaan, kami diterapkan bahawa “there’s a silver lining behind all this”. Berkat usaha ayah dlm mendidik kami bersendirian, kami bertekad utk bahagiakan ayah. Dgn itu, kami belajar bersungguh-sungguh hingga dpt result yg cemerlang dlm setiap peperiksaan. Kami ingin lihat ayah tersenyum dgn kejayaan kami ni meskipun dia penat bekerja. Adik-beradik aku juga tak pernah membelakangkan ayah kalau nak buat apa² keputusan. Memang pendapat ayah lah yg kami dgr terlebih dulu. Ayah selalu pesan, “kalau nak pergi mana2, bagitau ayah supaya ayah boleh doakan keselamatan anak2 ayah walau kat mana korang ada”. Dan sampai sekaranglah, aku nak pergi mana2 pon, aku akan bagitahu ayah.
Macam aku cakap, aku nak ceritakan hikmah disebalik apa yg berlaku. Even aku and adik-beradik aku tak pernah rasa kasih syg mak kami. Tapi kami ada seorang ayah yg sgt sempurna di mata kami. Kalau aku cerita panjang2 pon, still takkan mampu nak describe betapa hebatnya ayah aku di mata seorang anak. Berkat usahanya lah, kami kini berada di universiti utk balas jasa ayah yg tak pernah jemu didik kami. Adik aku pula, sentiasa ada di top 3 kat sekolah sekarang. Tahun dpn, dia dah nak SPM. Aku harap sgt readers boleh ambik pengajaran drpd apa yg aku tulis ni. Hargailah ibu bapa masing-masing sbb kita langsung tak tahu apa yg mereka lalui dlm nak membesarkan kita. And, doakanlah kami dpt balas jasa ayah kami yaa! -kami masih lagi berusaha melalui liku2 hidup yg penuh dugaan dan cabaran. –
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku yg berterabur ni :)
– ANONYMOUS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit