Simpan Duit vs Kiamat Dah Dekat

Assalamualaikum para pembaca semua. Tujuan aku submit artikel ni sebab aku nak pendapat korang.

Tajuk tu aku kira dah simplify habis soalan yang aku tertanya-tanya sampai sekarang.

Aku cerita dulu background aku eh.

Aku perempuan, umur nak masuk 30 series, masih bujang, tinggal kat KL dengan family, anak sulung and sekarang kerja kontrak dekat sebuah IPTA.

Lately ni, tengah viral kan yang bumi Makkah, Madinah semakin subur dengan tanaman menghijau. Sedangkan by nature, dia kawasan gurun / padang pasir kan.

Plus, kalau korang layan Youtube channel Buletin TV3 pun sekarang ni, dorang ada post video pasal ‘Kiamat Makin Hampir’.

Dengan desas desus kata Kiamat akan terjadi pada tahun 2024.

Allahu, gerun bila baca/dengar pasal Kiamat ni, mintak-mintak kita semua dijauhkan dari jadi golongan hamba Allah yang akan menyaksikan hari Kiamat tu.

So apa yang aku nak tanya korang dekat sini is, masih relevan/perlu ke untuk kita buat simpanan atau invest untuk pembelian jangka panjang?

Contohnya, last year aku dah start bayar pinjaman loan beli rumah, around RM400 bulanan and aku aware yang amount dia akan bertambah dari masa ke masa.

Kena pulak ejen bank loan rumah tu sibuk cucuk aku untuk apply ASBF 200k, gameplan 5 tahun,

Which aku jadi amik & dah start bayar RM800 bulanan (dan akan cecah 1k nanti gara-gara OPR naik lately ni).

Gaji kontrak aku memang la cukup-cukup untuk cover financial committment setakat ni tapi aku rasa ya Allah, sempitnya, sebab tak ada banyak extra fund untuk aku pamper diri sendiri or nak belanja family ke.

Jadi bila fikir-fikir balik, dengan cerita pasal Kiamat makin dekat ni, aku rasa rugi weh.

Sebab apa, sebab aku macam question balik ‘sempat ke aku hidup lama? sempat ke aku merasa hasil investment aku nanti?’. Dia jadi macam rasa membazirnya aku gi beli rumah, gi apply asbf.

Sedangkan duit-duit tu aku boleh belanja diri sendiri atau belanja ibu ayah aku, adik-adik aku sementara dorang still financially-dependent sebab still study & belum kerja kan.

Ni tak, dengan aku-aku sendiri kena ikat perut sebab kena utamakan dulu bayar semua hutang.

Sempit gila rasa padahal duit tu ada, tapi sebab dah diniatkan untuk invest, so sendiri tahan la.

Apa pendapat korang? Aku open je untuk terima any advise sebab sekarang aku 50-50 pasal ASBF. Sebab yang ni la paling banyak makan duit aku and kena tunggu lama pulak tu nak merasa hasil dia.

So sila kan komen gais, aku tunggu.

Terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi membaca and terima kasih admin andai kata posting aku ni published kat page ni.

Assalamualaikum dan selamat beramal!

– Manusia biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *