Simpanan Kecemasan

Assalamualaikum semua. Mula-mula aku nak perkenalkan diri aku dahulu. Aku seorang wanita umur 30-an dan masih bujang.

Hari ni aku nak kupas sikit berkenaan simpanan kecemasan dan tips yang aku gunakan untuk wujudkan simpanan kecemasan untuk diri sendiri.

Sehingga hari ini syukur Allah murahkan rezeki aku, bermula dari simpanan kecemasan yang aku wujudkan setelah aku mula bekerja pada umur 24 tahun, dan sekarang aku sudah memiliki sebanyak 3 hartanah.

Aku sedar aku bukan berasal dari keluarga yang senang, jadi bagi aku simpanan kecemasan ni sangat penting untuk backup diri aku jika hal kecemasan berlaku. Antara tips tersebut ialah:

1. Mula seawal mungkin

Aku sendiri bermula seawal umur aku dalam 25 tahun. Grad 24 tahun dan setahun selepas itu aku dah start structure kewangan aku. Jika kita bermula awal, banyak benefit yang kita boleh grab.

Contohnya untuk pinjaman loan hartanah, loan mudah lepas untuk golongan bawah 30 tahun. Semakin cepat kita wujudkan simpanan, semakin cepat kita boleh plan apa yang perlu dibuat dengan simpanan tersebut.

Tapi jangan usik simpanan kecemasan sebab ia digunakan untuk waktu kecemasan. Asingkan untuk kecemasan dan untuk pelaburan. Pernah dengar “don’t put all your eggs in one basket”.

2. Beza kehendak dan keperluan

Ni kau kena lah bijak untuk bezakan apa keperluan hidup kau dan apa kehendak kau. Contoh keperluan kau adalah kereta untuk pergi kerja, tapi bila dah beli kereta yang diluar kemampuan kau tu dah jadi kehendak lah.

3. Wujudkan excel pembahagian gaji

Ni kau kena cuba buat lah.. Sebelum buat excel ni aku selalu tanya eh duit aku pergi mana ni. Tapi lepas buat excel yang listkan semua in flow and out flow duit kau, kau boleh nampak apa cost yang boleh kau cutkan.

Dari situ kau boleh nampak apa yang perlu kau save untuk buat simpanan, samada simpanan kecemasan atau simpanan untuk pelaburan.

4. Reward diri sendiri

Bila kau menyimpan bukan bermakna kau tak boleh enjoy.Aku pun setahun sekali pergi holiday. Menyimpan tak semestinya kau mesti hidup dalam kesempitan. Cara kau bahagikan gaji kau tu dan cara hidup kau sebenarnya.

Pernah dengar orang gaji RM10000 pun belum tentu ada simpanan kalau cara dia structure kewangan dia tak betul.

Bagi aku penting ilmu kewangan ni. Mana nak cari ilmu ni? Kat media social ramai influencer dalam bidang kewangan. Follow diorang. Tinggal korang jelah rajin membaca atau tak.

5. Simpanan sebagai tabiat

Jadikan sebagai satu tabiat. Setiap kali dapat gaji simpan dahulu baru berbelanja. Wujudkan excel gaji then kau boleh tahu berapa amount yang korang boleh simpan.

Tak kisah simpan RM50 ke RM100 ke untuk permulaan. Bila dah biasa, dia akan jadi tabiat untuk kau menyimpan setiap bulan. Pernah dengan sikit-sikit lama lama jadi bukit?

6. Sedekah

Benda paling utama ni. Kau buat bagus macam mana pun structure kewangan kau, bila takde keberkatan dalam gaji korang pun still tak guna.

Sedekah paling hebat bagi aku, bagi duit dekat mak ayah korang. Gaji aku pun tak lah besar sangat, tapi sebab keberkatan gaji alhamdulilah aku dapat beli 3 hartanah.

Akhir sekali, just untuk pesanan. Simpanan ni penting sangat bagi aku sebab aku pun bukan jenis suka susahkan orang.

Pernah dengar tak kalau kita gagal merancang, kita adalah merancang untuk gagal. Takde masalah gaji kecil, yang penting guna kan cara bijak untuk wujudkan simpanan anda. Kalau bukan sekarang bila lagi kan?

– Cik Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *