Simpanan Tak Menjadi

Hi, aku sebenarnya nak tanya pendapat pembaca IIUM Confession berkenaan masalah aku yang tak boleh hentikan tabiat menghabiskan simpanan.

Tak, aku bukan beli barang merepek; kopi mahal tak pernah teguk, mekap tak pakai, baju cuma beli baru time hari raya,

Baju casual ganti bila dah ada yang lusuh, jam aku masih pakai yang sama separuh hidup aku (tapi takde la pernah buat orang menunggu walaupun jam buruk, aku yang selalu sampai dulu).

Barangan buah epal tak pernah sentuh. Aku akan beli yang paling murah mengikut spec yang dikehendaki. Aku bukan baik pun cuma takde nafsu nak keep up with the trend.

Tapi bila aku mula menyimpan, duit tu semua confirm takkan lekat juga. Pasti ada yang membuat jari-jemari aku laju buka banking app tekan2 done transfer!

Habit aku ni bermula bila zaman student aku dilanda kemurungan. Tiba2 saja suatu hari di semester pertama tahun kedua mula rasa gelisah tapi tak tahu kenapa.

Fast forward, benda ni berlarutan sampai 6 tahun. Lepas tu dah mula beransur okay lepas pelbagai attemps untuk kembali ke kehidupan yang tenang.

Antaranya ubah diet dan pasang zikir terapi diri Hafiz Hamidun tu masa tidur. Memang sangat membantu (terpaksa self treat dengan bantuan Dr Google sebab mulut aku terkunci tak mampu luah depan orang langsung, asal nak buka mulut saja air mata dah beratur nak keluar).

Tapi for the last 4 years anxiety attack datang juga kadang2. Ada satu time tu tengah termenung aku terfikir untuk hidup saja la dengan keadaan aku macam tu, aku cuba tanam dalam kepala aku kalau aku tak boleh happy mungkin aku berguna jadi source of other’s happiness.

Tapi sekarang benda tu la yang macam gone wrong. Aku jadi obses dengan “If it makes others happy, i’ll be happy”. Yang tu side A, Tapi ada lagi satu side B dalam diri aku suruh jadi realistik simpan la duit, nanti kalau kau merempat belum tentu orang bantu.

Barang yang kau nak beli pun banyak tersadai dalam cart sebab kau rasa mahal dan takut membazir kan? Last2 kau bagi orang pastu kena tipu pula. Bodoh.

Memang aku pernah tertipu dengan kisah sendu air mata rupanya yang minta tu orang kantoikan kaki judi ciss.

Ada juga lepas bagi baru sempat stalk lifestyle hmm takde nampak struggle tahap dah bergadai seluruh harta pun yihh. Emas pun ada membalut lengan. Aku sendiri tak beli atau pakai emas.

Tapi ramai saja yang genuine susah. Jumlah aku bagi bergantung kesedihan cerita, kalau sedih gila banyak la dapat.

Priority untuk pembelian one off contoh beli rice cooker bukan beras yang kena minta setiap bulan. Atau aku orderkan terus kalau aku rasa anggaran dari penerima tu mahal macam letak harga nak berniaga pula.

Aku cuba untuk berpada2 tapi side A selalu guilt trip aku setiap kali aku nak simpan lebih, “yang hari tu orang lain, ni orang lain”, “kalau kau tak bagi kau mungkin jadi pembunuh”, “kau simpan tu yakin ke sempat guna nanti”,

“kau suka berangan bulan jatuh ke riba, apa kata kau dulu yang jadi bulan tu”, “belum tentu rezeki kau tu, silap2 kena curi dulu”, “duniawi saja duit ni”, “nanti hidup susah ingat la duit yang kau sorok dulu”.

Side B kadang2 saja muncul, “jangan sampai kau pula berhutang dengan orang nanti”, “duit tu penat tau kerja baru dapat, senang saja kau bagi dekat pemalas”.

Betul kadang2 lepas terbagi baru aku teringat majoriti benda yang aku berangan nak beli tu boleh saja beli awal2, tapi aku acah menahan nafsu.

Pastu mula terfikir senang pula kaki meminta, gaya hidup sendiri tak sanggup downgrade, tapi minta orang lain tanggung. Aku tak tahu apa yang patut aku buat, aku tak rasa side A salah tapi side B pun betul.

Tapi dua2 tu agak extreme masing2 nak menang sampai aku rasa penat macam bergaduh dengan manusia pula. Aku cuba ambil jalan tengah yang lebih moderate, tapi side A mesti datang balik “kedekutnya”. Sebelum pembaca bagi pendapat;

Daripada Sidna Abu Hurairah,

“Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?”

Rasulullah s.a.w. bersabda “jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sehat, dan sebenarnya engkau merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, karena takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya.

Tetapi janganlah engkau menunda-nunda, sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: “Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan.”

– Sahih al-Bukhari

Mampu tak nak justify side B? (Jangan tanya balik soalan kat aku. Aku malas nak tulis confession lain untuk jawab hehe)

– Perosh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *