Kami berkenalan waktu tahun pertama pengajian. Aku selesa berkawan dengannya. Dan dia juga nampak begitu selesa. Semakin lama aku semakin mempunyai perasaan ingin tahu tentang sikapnya. Jika dengan berkawan sudah selesa begini.. pastinya jika bercinta , dia dapat membahagiakan aku.
Aku rasa dia begitu sesuai denganku melihat kepada perwatakannya yang tidak terlalu ramah, namun bijak mengutarakan pendapat…dan dia nampak begitu bertanggungjwab dan matang. Aku memang menyukai lelaki yang mempunyai ciri-ciri itu…
Jadi, aku mula menyimpan perasaan ingin tahu untuk mengenali dia dengan lebih lanjut.. aku sentiasa whatsapp dia apabila ingin meminta pertolongan kerana aku ingin melihat sikap tanggungjawabnya dalam membantu . Dan dia sungguh baik kerana mampu membantu apa sahaja yang aku minta.
Setelah itu, perkara yang aku mahukan telah menjadi kenyataan. Dia mengajak aku bertemu dan menyatakan bahawa dia menyukaiku. Aku teruja kerana aku tidak menyangka seawal ini kerana kami baru di tahun pertama. Ternyata dia juga sudah menyukaiku sejak awal perkenalan kami.
Jadi aku memberitahunya bahawa aku sudi untuk berkawan dengannya, tapi aku tidak memberitahu bahawa aku benar-benar menerimanya sebagai kekasih. Aku hanya memberi ruang kepadanya untuk kami mengenal hati budi masing-masing.
Dan benar jangkaanku, dia berubah menjadi lelaki yang lebih sweet, romantis, dan menjadi lelaki yang lain dari sebelumnya. Aku juga bahagia dan sentiasa menunggu WhatsApp darinya saban hari.
Tapi entah mengapa… Dia kurang sesuatu yang menyebabkan perasaanku menjadi sedikit kosong apabila berbual dengannya. Dia tidak bertanya apa-apa tentang diriku, seolah-olah dia tidak caring. Dan jika aku bertanya, dia menjawab dengan penuh gembira, tapi aku di sini berasa sedih kerana aku mengharapkan juga pertanyaan sebegitu darinya.
Pernah sekali aku keluar bersama kawan-kawan, dan kebetulan dia bertanya aktivitiku pada hari itu. Apabila aku memberitahu perkara sebenar, dia hanya menjawab ouh…dan tiada inisiatif untuk betanya selanjutnya. Aku semakin berjauh hati. Dia sebenarnya berpura-pura menyukaiku atau apa?
Suatu hari, aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku terhadap sikapnya, dan dia benar-benar rasa bersalah dan meminta maaf. Namun, bagi aku sia-sia sahaja jika dia berbuat demikian setelah diberitahu. Dia cakap dia tidak pernah bercinta dan aku orang pertama. Aku tahu itu namun mengapa dia terlalu berhati-hati?
Sejak itu aku mula terasa kosong. Dan perkara itu menjadi lebih teruk apabila kami sentiasa berselisih pendapat. Setiap kata-kataku dia anggap seperti angin lalu jika pendapatnya dirasakan lebih bernas. Dan nahh… Aku seorang anak ke 6 dri 7 orang adik beradik. Dia pula anak sulung.
Apabila dia asyik menegakkan pendapatnya, hatiku memberontak. Aku sudah punya 5 orang abang dan kakak yang lebih berpengalaman untuk mengajarku tentang dunia ini dan aku benci apabila orang tidak menerima pendapatku. Memang dia beralah akhirnya, tapi dia beralah dengan separuh hati. Aku tahu semua itu.
Dan dia sentiasa meminta maaf slps itu dan menyatakan yang dia terlalu sayangkan aku. Semestinya aku memafkannya. Lagi dan lagi. Aku rasa bersalah kerana aku juga yang mmberi harapan kepadanya suatu ketika dahulu.
Seperkara lagi yang membuatkan aku kecewa adalah apabila dia terlalu lembut apabila WhatsApp denganku. Memang selayaknya perempuan harus bersyukur mempunyai lelaki yang begitu lembut tutur bicaranya.
Namun, apabila terlalu lembut, aku terasa seperti berhubung dengan rakan perempuanku atau adikku. Aku rasa semakin kosong. Meskipun dia sentiasa sweet denganku, aku sukar untuk menjadi ikhlas. Aku berasa simpati terhadapnya namun aku tidak tahu untuk bereaksi bagaimana.
Dulu memang aku terlalu ingin tahu akan sikapnya. Namun, setelah aku mengetahuinya, aku rasa kecewa. Aku rasa tidak sesuai. Dan aku rasa segala-galanya. Perasaanku bercampur-baur. Sekejap aku berasa simpati, sekejap aku berasa kosong namun aku tahu aku masih sayang. Tapi aku tidak tahu apa yang patut aku buat.
Jika aku meninggalkannya, aku pasti menyesal kerana dia terlalu baik jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki yang pernah berhubungan denganku. Namun, bagaimana untuk mengikhlaskan hati aku jika aku tak mampu menerimanya lagi?
Dia sentiasa meminta maaf apabila berbuat salah dan dia sentiasa menyatakan sayang rindu cinta. Namun aku pula, tidak sampai hati untuk berkata tidak. Jika aku meninggalkannya, pasti memberi kesan mendalam terhadapnya kerana aku ialah cinta pertamanya. Aku takut jika aku membuatnya kecewa.
Dia juga seperti mengetahui permasalahan aku. Dan dia asyik mendesakku tentang perasaanku. Mungkin aku masih sayangkannya. Mungkin. Sungguh aku buntu. Aku benar- benar tersepit antara simpati dan sayang. Mungkin sayang meskipun sekelumit sahaja. Apa yang patut aku buat?
– Zara(bukan nama sebenar) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit