Beberapa tahun yang lalu selepas i berhenti kerja dari sebuah hospital yang terkenal di KL,
I pernah bekerja beberapa bulan dengan sebuah NGO sebagai PA kepada datuk seri presiden sebelum mengambil keputusan resign selepas melahirkan sepasang kembar untuk buka bisnes sendiri sampai sekarang.
NGO tersebut adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib peniaga yang teraniaya & juga pelanggan2 perniagaan yang terainaya (jadi tempat rujukan, aduan, pembelaan nasib).
Salah 1 pengalaman yang tak dapat i lupakan berkaitan seorang pengasas kosmetik iaitu F Cosmestic yang terkenal dengan produk losyen untuk pecah lemak datang ke syarikat NGO kami untuk membuat aduan beliau diainaya oleh BEKAS rakan niaganya sendiri.
Beliau memaklumkan bahawa rakan niaganya telah melakukan PLAGIARISM (sailang & khianat) hasil idea2 produk beliau dengan cara menjadi pengasas produk yang sama sebijik, packaging pun sebijik2, nama pun hampir sama iaitu F cosmetic, design & botol pun sama hampir 100%.
Kami sangat bersimpati dengan apa yang menimpa beliau dan kami cuba bantu memberikan khidmat nasihat untuk beliau mengambil tindakan tertentu termasuklah tindakan undang2
Kisah di atas mengingatkan i pada apa yang terjadi pada diri i sendiri sekarang. Pada tahun lepas (2020) i bantu seseorang yang i rasa simpati sangat2 dengan nasibnya yang diberhentikan kerja oleh sebuah syarikat penerbangan.
Sudahlah diberhentikan kerja dengan hanya beberapa bulan pampasan, dicelah2 itu juga dia diserang penyakit gout yang menyukarkan pergerakan,
Dan dalam masa yang sama juga menghadapi masalah rumahtangga akibat daru krisis kewangan kerana tidak bekerja sudah beberapa bulan.
Keadaannya selalu dalam keadaan tidak sihat & usianya pertengahan 30an agak menyukarkan dia untuk mencari kerja lain ketika PKP. Dek simpati i ini lah 3 hari 3 malam i fikir bisnes apa yang i boleh buat untuk bantu dia BANGKIT semula.
I punya tahap kesian tu sampai i masak pun i hantar dekat rumah dia risau dia tak makan dan susah bergerak.
Hb i pun selalu juga pesan dekat i supaya i sentiasa bertanya khabar bimbang apa2 terjadi memandangkan dia tinggal sorang2 di rumah (isterinya lari ke rumah keluarga & meminta dilepaskan).
Sehinggalah i dapat idea untuk memulakan bisnes servis cleaning, dalam masa yang sama matlamat i nak bantu orang lain yang jobless juga. I sengaja offer dia sebagai RAKAN NIAGA atau lebih dikenali sebagai bussiness partner.
I keluarkan modal i sendiri untuk beli segala peralatan & bahan chemical walopon masa tu bisnes2 i yang lain dah mula DOWN akibat PKP. I jugalah yang create promosi pengenalan, strategi pemasaran, tenaga pekerja, poster iklan, contract syarikat, resit/invoice bagai.
Pendek kata A sampai Z i sediakan dia cuma CUCI KAKI saja terus jadi partner i. Ikutkan, sepatutnya jadikan dia STAF saja sebab dia tak menyumbang apa2 modal pun as partner. Dekat situ i berlebih kurang dengan dia sebab i faham keadaan dia.
I sengaja “angkat” dia sebagai rakan niaga supaya dia kembali bersemangat untuk meneruskan hidup seperti orang lain.
Permulaan bisnes kami, i sendiri turun padang ajar dia dan staf cara mencuci yang betul, ajar dia handle page bisnes kami, ajar cara komunikasi yang profesional dengan pelanggan dan cara menjimatkan masa customer dan pelbagai lg yang i ajar.
Segalanya berjalan lancar. Adatlah sekali dua i buat silap kerana terlalu sibuk uruskan anak2, rumahtangga dan bisnes2 lain. I pun tak la perfect 100% nak handle semua sekaligus.
Sepanjang bisnes kami semakin firm kami bercadang untuk register bisnes kami properly dengan CIDB dan ada black & white sebagai rakan niaga setelah tamat PKP, PKPB, PKPD, PKPP nih.
Faham2la dengan PKP bagai nih pergerakan kami agak terhad nak berurusan apa2 pun jadi spoil si kami bercadang untuk hold dulu segala urusan hinggalah keadaan kembali normal (dah tak de sekatan).
Buat masa tersebut, kami menjalanakan perniagaan atas dasar kepercayaan. I percayakan dia memandangkan dia pernah menjadi jiran, lgpun orangnya nampak baik pada pandangan mata i, tak tinggal solat dan alim2 gitu
Sehinggalah beberapa hari yang lalu i mula perasan macam ada yang tak kena. Tiba2 “regular customer” pun dah tak contact i untuk booking dah hampir 2 minggu, i bertanyalah kepada beberapa pelanggan.
Rupa2nya DIAM2 dia buka company sendiri, diam2 buat iklan sendiri tapi format iklan TIRU SEBIJIK2 iklan i, diam2 buat page sendiri siap letak gambar2 testimoni2 i (sedangkan sebelum ni i lah yang ajar dia handle page fb),
Diam2 deal dengan customer2 untuk buat servis cleaning dengannya tanpa pengetahuan i dengan menggunakan peralatan2 yang i sediakan, resit pun dah pandai buat sendiri dah tapi ofcozlah tiru format i jugak.
Korang tak rasa macam bab* ker perangai dia???
I mula perasan dia dah up dekat fb logo baru, up dekat fb register company dengan ssm tanpa sebarang perbincangan dengan i, up iklan baru atas nama company baru dia tapi format iklan dia masih sama dengan iklan yang i create sebelum ni.
2 hari berturut2 i pm dia tanya apakah yang dah berlaku. tapi dia hanya abaikan pm i. Seen & blue double tick. Mungkin dia tengah cari sebab/alasan since dia sedar dia dah kantoi dengan i.
Tapi nampak sangatlah dia macam nak lari2 dari i. Dalam masa yang sama i tertanya2 “whats going on?” kalau ada booking masuk pun i still forward dekat dia. Walaupun hati i dah mula rasa tak sedap.
I just tunggu penjelasan dia dan cuba pujuk hati untuk elak buat andaian yang bukan2. Sampailah harini i dah mula marah dia dekat whatsapp sebab booking customer pagini dia tak muncul then customer complaint bad service.
Iyelah kan, ingat dengan mendiamkan diri layan emo sorang2 tu boleh selesai ker masalah atau apa yang dia pendam tuh?
I minta dia PROFESSIONAL lah sikit dengan pelanggan, kalau tak dapat datang tu infomlah bukan biar pelanggan tertunggu2 macam tunggul dekat rumah.
I macam terpinga2 “apa eh masalah dia?” & “aku ada ada buat salah ker dengan dia?” haaa macam orang bodoh i dibuatnya okehhhh
Akhrnya tadi baru dia reply. Dia alasan alasan i pernah buat silap dengan dia. I pun cakap la dengan dia, silap i tu kita dah bincang & solved dan dia sendiri kata OK TAKDE HAL.
Pastu dia ungkit pulak kata dulu gaji dia gaji harian sekarang by week then i sangkal “bukan ker masa i cadangkan gaji ubah bayar per week, u setuju ker” siap cakap bila kumpul & bayar setiap seminggu nampak lah banyak sikit income tu.
Then dia sendiri setuju. Tiba2 dia nak jadikan ianya sebagai alasan? Haha nonsense… FYI bahagian kerja dia just marketing thru group2 fb, hantar & ambil staf ke lokasi pelanggan, dia sendiri pun bekerja.
So dia dapat gaji + untung + kos petrol. kadang2 i alasan extra sebab nak alasan dia rasa hepi. Selebihnya kerja2 i yang manage. Selama ni pun i cuma dapat untung yang mana setelah ditolak gaji pekerja, kos chemical, kos petrol, kos makan minum,
Yang lebih tu baru bahagi 2 bahagian sebagai profit (bahagian i tak sampai 10% pun dari jumlah keseluruhan) tapi disebabkan NAWAITU i buat bisnes ni lebih kepada nak bantu jobless so i ok je.
Segala urusan sementara ni kami guna ssm, dokumen2 syarikat i yang sedia ada. Lgpun i sendiri tak cukup masa. Mana anak2 PDPR 2 sesi, bila masuk musim sekolah i terkejar2 dengan urusan, ambil, hantar anak2 ke sekolah seramai 4 ketul nih.
Dia tak pela tak de anak lagi banyak masa terluang, apelah yang dia tahu kesibukan i sebagai seorang mama kepada 4 anak yang bersekolah nih, menguruskan rumahtangga, menguruskan bisnes2 lain dalam masa yang sama?
Dan dia expect i ni PERFECT lah kot tak pernah buat silap gituh. Sebab tu silap i yang tak patut dia ungkit dia sengaja ungkit supaya nampak BESAR perkara tu sedangkan masa perbincangan dia sendiri yang kata “OK saja M, tak DE HAL LAH”.
Sedangkan 10000000 kebaikan i pada dia selama ni dia tak pernah nampak, tiba silap yang sekecil tu dia BESARKAN sangat2. Pada i tu semua hanyalah ALASAN SEMATA2
Harini dia buat pengakuan sebenarnya dia nak “jalan sendiri” means nak run bisnes yang sama guna company dia sendiri sebab nak makan sorang2 lah kot Dia lupa kot, bisnes yang dia nak run tu idea siapa.
Dia dah tak ingat kot masa dia tinggal sorang2 tak de sapepun kawan yang nak tolong dia, i saja yang terhegeh2 tolong dia dari mula sampai sekarang.
I ok saja kalau dia telus jujur cakap terus terang dengan i NAK RUN BISNES SENDIRI dengan cara yang BETUL bukan cara sailang macam nih.
Lagipun berapa sangatlah profit i melalui bisnes tu. Adelaaaa puluh2 hengget kadang2 belas2 hengget saja pun untuk setiap job. I terkilan & kecewa bukan pasal duit/untung yang dia sorok tapi i kecewa sebab kepercayaan i dikhianati.
Last semalam dia bawak pekerja i cuci rumah regular customer i dekat taman perrumahan i sendiri TANPA PENGETAHUAN I langsung.
Dengan i mudah je, orang baik dengan i, 10000000 kali i balas dengan kebaikan tapi kalau orang BUAT TAIK dengan i, jangan peliklah kalau tengok i lebih syaitan dari bapak syaitan! Haaaa marah nihhhh.
Guys! Walauapapon anda amiklah iktibar dari kisah nih. jangan jadi macam i. Kesian orang tak bertempat, itulah kelemahan i.
Moral of story : Jangan ingat orang nampak alim & baik tak kan khianati kita & jangan kesian dekat orang sampai lupa nak kesian dekat diri sendiri.
– Bidadari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit