Simple, Tapi Mahasiswa Tak Boleh Fikir

Assalamualaikum.

Pertama sekali, aku pernah jadi student U jugak (obviously hahaha). Tapi habis dah pun degree. Sedikit perkongsian pengalaman aku sepanjang jadi mahasiswa universiti yang kedengaran sangat gahhhh di mata masyarakat tapi perangai mahasiswa yang lack of common sense, sangat tak melambangkan tinggi akal fikiran diorang. Bukan semua students u macamni tau, ni cuma untuk highlight yang aku tak berkenan je.

Tak professional.
Professional di sini bukan sahaja bermaksud bila buat assignment ya kawan kawan. Banyak benda sebenarnya. Kita go through part assignment dululah. Ya, kita memang busy masa dekat u, tapi please, jangan ngelat bila kena buat assignment lagi lagi yang grouping. Alasan busy seriously tak boleh pakai. Siapa je tak busy kan? Assignment tetap tugasan bersama. Lepastu buat kerja cincai, tak macam budak U, copy paste plagiarism sana sini. Bagi part sendiri lambat, sampai menyusahkan groupmates yang lain.

Professional yang kedua berkaitan dengan communication dengan lecturer. Aku dari dulu tak faham, kenapa ada juga jenis yang suka whatsapp lecturer, pukul 11 pm above. Soalan entah apa-apa pula tu, benda yang tak urgent. Guys, please la ada common sense sikit, malam waktu orang rehat, spend time dengan keluarga, kenapa siang siang kau tak whatsapp lecturer dalam group tu? Dah malam buta baru terhegeh nak whatsapp. Lepastu bila whatsapp tu ayat biadap sungguh. Aku tak tahulah jenis macamni nak gelar apa?

Pengotor.
Siapa pernah tinggal hostel atau rumah sewa masa belajar mesti ada kenal kawan dia yang pengotor ya rabbi. Tapi kisah aku ni pasal duduk hostel. Bayangkan satu aras ni ada berapa puluh orang duduk? Share toilet dan bilik mandi yang sama. Tapi bila menggunakan kemudahan tu astaga, serupa bayi yang tak reti basuh najis sendiri. Najis sendiri kot! Kau tak basuh kau harapkan orang lain ke basuuh? Makcik cleaner nak basuhkan? Tak malu ke? Kau budak U, buang air tak bersihkan balik. Lepas mandi, rambut sepah. Sumbat sana sini kat sinki dengan sisa makanan, aku tak faham betul. Kat rumah macam mana agaknya species macamni?

Pergi kelas lawo kemain. Satu aras boleh bau dia punya perfume. Bilik bersepah bau hapak, pakai toilet tak reti nak bersihkan. Naik loya aku.

Meniru.
Hah ni lagi satu, aku nak tanyalah, apa point yang suka meniru ni, bayar yuran memahal, tapi test exam semua bawak toyol. Lepastu nak bangga dengan pointer yang every sem dekan? OMG. Sudahlah meniru, bangga diri pula tu. Sedangkan kejayaan sia sia je yang kau dapat tu. Orang lain sampai menangis nak jawab soalan, yang kaki meniru ni depan2 orang lain meniru, buka nota. Kalau bab mintak tips before test or exam dia lah yang paling gah bertanya, tapi bila test dan exam, meniru jugak. Apakah yang kau cuba lakukan? Lecturer pun mengeluh weh. Rasa terbazir tenaga dia mengajar, ulang alik office-kelas nak mengajar, tapi end up dapat tahu students meniru. Kau tak faham lain kali tanyalah, bukan meniru all the timeee.

Percayalah, kepuasan dia lain kalau kau berjaya dengan usaha sendiri daripada menipu macamtu. Lepastu kau bangga cakap dengan mak ayah kau dapat pointer sekian sekian, tak sedih ke? Kau menipu kot masa test exam. Nak bahagiakan parents dengan cara yang salah.

Pointer tinggi, apa lagi? Enjoy!
Ye korang punya pointer tinggi selepas berusaha meniru bagai nak rak. Dan kau sangat bangga bila apply kerja, berlumba company offer kau. Itu urusan kau lah. Pandai-pandailah hidup, sedangkan lab work pun terkial-kial, technical skills kelaut, software simple pun tak reti nak pakai sebab masa belajar jenis ngelat bila buat kerja, asyik pass kat groupmate je. Lepastu lagi mau tanya kenapa kena marah bila masuk industri? Try to look back and do some self relfection. What happens today, might be due to what you’ve done before.

Minta maaf kalau macam emosi, sis cool je sebenarnya, cuma suka menaip cara macamni. Minta maaf juga kalau ada yang terasa. Tapi please ambil pengajaran. Masa muda la kena belajar terima teguran orang. Okay? Berubahlah sebelum terlambat.

– Student jugak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit