Aku rasa banyak confession kat sini yang cakap mudahkan perkahwinan. Aku rasa topic ni agak beralas bila tiba bab nak explain sapa yang susahkan sapa sebenarnya. So aku akan list down typical reaction setiap pihak based on keadaan sekeliling kita.
1- Mak Bapak Perempuan
Yang ni memang penghulu segala kesusahan untuk bakal menantu (bukan semua, but majority). Kenapa nak susahkan lelaki yg nak kahwin ngan anak kau, take charge dosa pahala nak pompuan ko. Mintak hantaran based on education level. Ko lupa ke anak ko tu nak kawen tu sekufu ke x in terms of pelajaran. Kalau ikut mathematics equation, bila anak pompuan ko ada degree and bakal menantu ada degree, kira equation tu jadi equal. When equal either ko bg jugak hantaran kat budak laki tu or ko jangan lah letak hantaran tinggi2 biarlah dia bg berapa yg dia mampu. Bila mintak tinggi2, anak pompuan ko gak merana nanti.
2- Perempuan
Ni satu masalah gak, kalau mak bapak ko x demanding, ko plak lebih2 nak demand. Nak kawen pakai 3 pasang baju lah, nak beg tangan branded lah, nak emas serba satu lah. Ko igt kawen ni sehari je ke? Yang ko mintak kat bakal laki ko tu, ko rasa dia tu robot ke xyah makan, xde family dia yg nak support. Ko pon x mampu nak beli sendiri benda2 ni pastu demand macam2 from lelaki. Gender equality lah sangat. Part kerja nak gaji besar2 ko sibuk cakap laki punya gaji lebih byk dari perempuan. Tapi bila bab ni, ko petik ni tangggungjawab seorang lelaki untuk provide the best for the wife. Come on, hidup baru nak start, ko mintak mcm2. So bawak2 lah bersabar, sebab kawen bukan sehari, kawen ni in sha allah berkekalan sehingga hujung nyawa. So slowly lah bg chance kat laki ko upgrade kan barang2 ko seiringan ngan ekonomi keluarga ko nnt.
3- Lelaki
Ni makhluk yg x sedar diri boleh tahan gak. Dah ko tau nak kawen, kumpul lah duit dari awal. Ni x, ko sibuk habiskan duit bawak awek/tunang/bakal bini pg makan tempat mahal2, bg the perception that you can afford this kind of lifestyle after kawen. Padahal bila makan tengah hari kat ofis makan roti everyday je. Kalau nak kawen tu, kumpul lah duit betul2, baru nampak ikhlas nak kawen ngan pompuan tu. Ni ko nak amik jalan mudah amik personal loan. Pastu ko nye otak pk, nnt bila dah kawen bini boleh tolong support sikit2 belanja umah. Idea ko tu je dah memang salah, ko tu suami, tugas ko to provide to your family. Jangan harapkan bini utk share the responsibility unless bini ko tu volunteer nak tolong. So nasihat untuk laki2 kat luar tu, kumpul lah duit. Kalau ko nye awek nampak demanding semacam, cari je yg len. Itu perangai dia, jangan ko fikir ko leh tukarkan perangai dia lepas kawen and dia akan ikut bodoh2 je cakap ko.
4- Mak Bapak Lelaki
Ko dah tau anak laki ko nak kawen, ko senangkan lah untuk dia. Kalau dia mampu nak bg hantaran pelik2 yg bakal bini and bakal mentua tu mintak, lantak dia lah. Either dia sayang gila kat pompuan tu or bodoh sangat ikut kehendak bakal in laws dia. So mak bapak laki ni, permudahkan decision anak2 laki yg nak kawen. Intervene bila ko rasa dia nye decision tu terlalu singkat akal.
5- Saudara Mara (dua2 belah)
Yang nak kawen tu bukan anak korang. Yang sibuk bakar line kat mak bapak budak yg nak kawen tu kenapa. Cakap anak orang ni kawen kat hotel lah, hantaran 15K lah, dulang bagi bag LV lah. Mind your own business, biar lah orang tu nak buat macam mana pon. Bukannya duit ko nak hulur. Yang ko nak hulur just your nonsense talk. So better just support je apa yg family tu nak buat and advise if berlanggar hukum syarak.
6- Kerajaan/Majlis Agama
Proses nak apply untuk kawen tu dah lah panjang berjela, macam2 kena buat. Kalau boleh ko centralize kan lah tempat nak buat sume urusan ni. NI x, nak mintak sign from juru nikah lah, kena mintak approval from masjid qariah lah. X cukup ngan prosess sebelum nikah, lepas nikah pon ko nak menyusahkan orang jugak. Ada negeri tu, sijil bole amik kat majlis agama daerah. Kad akuan kahwin kena buat kat tempat lain. Bila sampai system down lah dik. Ko ingat best ke dah amik cuti pastu system down, or card habis lah dan macam2 lagi.
So conclusion nya ialah, sume orang akan lalui salah satu penyusah dalam list ni. Terpulang pada individu tersebut untuk manage kesusahan ni. Kalau istiqamah nak kawen, benda ni ko leh layan je.
Sekian.
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit