Assalamualaikum semua. Sekiranya admin sudi publish cerita ini, terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih.
Kisahnya, aku cuma nak meluah dan memohon sedikit pendapat dan pandangan dari abang, kakak, makcik dan pakcik pembaca sekalian. Atas sebab-sebab tertentu, aku tak boleh cerita secara terperinci. Yang pasti, aku seorang budak yang masih setahun jagung dalam kehidupan dan seorang pelajar.
Keluarga aku complicated sikit. Ayah tak bekerja sekarang disebabkan faktor-faktor tertentu yang membataskan dia untuk terus bekerja. Mak pulak memang seorang suri rumah. Dengan keadaan keluarga aku sekarang, lagilah membataskan dia untuk bekerja.
Jadi, aku dengan adik-beradik makan apa je kalau pendapatan tak ada?
Mak ayah aku ada simpanan sikit. Aku rasa mungkin cukup untuk tempoh masa 3 ke 5 tahun akan datang. Mungkinlah, haha. Aku ada abang, ada kakak dan ada adik. Kira ramai lah jugak adik beradik aku ni. Adik-beradik aku yang dah bekeluarga semuanya tinggal jauh dari rumah yang aku duduk. Kat rumah sekarang ni, ada seorang sahaja lagi abang yang masih belum kahwin, aku, mak, ayah dan adik-adik.
Aku bukan anak sulung, nak kata dah kerja untuk ringankan beban family, belum lagi, tapi entah kenapa aku kena fikir banyak benda melebihi diorang yang dah tua bangka. Jujurnya, yang lain langsung tak membantu, malah menambah kesusahan.
Disebabkan kedudukan aku yang tengah-tengah, aku jadi kurang rapat dengan yang lain untuk membolehkan aku share apa yang aku rasa dan apa yang aku nak. Hatta dengan kawan-kawan sekalipun, aku tak kongsi pasal masalah keluarga aku padahal kawan yang rapat, yang dah kenal 5 ke 6 tahun.
Jadi, aku jadi cepat rasa marah sampai selalu gaduh dengan mak. Aku tahu aku kurang ajar, tapi aku tak mampu kawal perasaan marah dan sedih aku. Dari sudut lain, aku jugak faham yang mak stress. Ye lah, bukan senang nak hidup ni kan? Dalam rumah aku ni, setiap minggu wajib ada yang gaduh dengan mak. Kebanyakannya aku dan sorang adik ni.
Kadang-kadang, mak akan gaduh dengan abang. Puncanya, sebab saling tak memahami. Mula-mula mesti okay je duduk bincang, berbual. Lepas tu mulalah ada yang tak puas hati, tak sependapat dan sebagainya. Benda yang digaduhkan pun, dari sekecik-kecik perkara hingga sebesar perkara.
Oleh kerana masalah kewangan keluarga aku, aku pernah suarakan niat nak kerja dan berhenti belajar. Tapi sekali lagi, gaduh dengan mak. Mak aku cakap, aku tak perlu risau pasal duit, sebab katanya aku hanya perlu belajar je dulu. Macam mana aku tak nak fikir kalau aku tahu keadaan sebenar kami, kalau aku yang lalui susah semua tu ? Tak dinafikan, ada lagi orang lain yang lagi susah, lagi banyak masalah. Tapi semua orang ada susah masing-masing kan ?
Sebab benda ni, aku yang zahirnya keras dan tak ada perasaan jadi cepat dan selalu emosi dalam keadaan tertentu. Keadaan ni dah berlarutan beberapa tahun. Gaduh dengan mak je nak nangis. Dulu, masa tingkatan 4, 5, aku selalu jugak nangis. Asalnya, sebab tak reti nak buat Addmaths je pun, dia melalut sampai berkait habis segala benda. Basah lagi mata. Nasib baik sekarang dah okay. Haha, mungkin aku dah putus asa.
Kalau nak ikut cakap mak aku, aku ada banyak tahun lagi sebelum kerja. Tu pun kalau dapat kerja lah. Dengan konflik dalaman keluarga lagi, belajar lagi.
Satu benda yang aku yakin, aku tak rasa aku ni depress ke apa. Selama aku hidup ni, sesusah macam mana pun aku tak pernah rasa nak mati. (Cuma pernah sekali aku bayangkan apa akan jadi kalau aku accident pastu koma. Tapi tak adalah sampai nak lari duduk tengah jalan. Takut weh. Silap-silap mati. Dah lah dosa banyak lagi ni yang nak kena cover dengan pahala. So sekali tu je lah.) Iman lemah sangat masa tu.
Akhir kata, terima kasih pada yang sudi baca sampai habis walaupun tak ada pengajaran dan point apa pun cerita aku ni. Harapnya, makcik, pakcik,
P/s : Aku pernah buat dropship masa sekolah menengah. Tapi selama hampir tiga bulan, aku tak dapat seorang pun pembeli walaupun aktif dok update. Mungkin sebab mak tak restu, ataupun memang aku yang tak reti nak promosi sampai tak laku-laku hahaha. Lepas tiga bulan, aku menyerah kalah. So, kalau ada akak-akak yang nak bagi tips pasal dropship ni pun aku terima dengan hati yang terbuka. Mana tahu aku boleh start balik selepas bertahun berhenti.
– Mawar Merah Jambu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit