Sindiket Nikah Siam

Assalammualaikum semua…

Dah banyak kali share confession kat sini, tapi semua atas nama berlainan atas sebab privasi, so hari ni nak story siket pasal sindiket nikah siam nih.

Aku Z dan nikah siam adalah second marriage aku. First marriage aku diceraikan pakai sms. Bekas suami ajak rujuk balik tapi aku tak nak sebab dia banyak songlap duit aku dari bank.

Dengan suami first, ada anak girl sorang form 1 dah. Alhamdulillah. Sekolah SABK duduk asrama. Maknya je la mendung setiap kali melawat anak. Sejuk perut mama dapat anak yang baik macam kakak. Tapi dia tak nangis pun.. Hihi.

Sambung cerita. Kenapa nikah siam? Sebab nikah siam dianggap settlekan masalah sebab jarak negeri jauh dari wali mujbir (wali asal).

Yang nikah siam ni biasanya atas cinta terhalang yang parent tak suka, atau nak poligami atau atas sebab-sebab lain lah, so ramai ambil jalan mudah nak nikah siam.

So, meh aku cerita pengalaman aku nikah siam jadi bini no 2 kepada orang tua yang dah nak sebaya ayah aku. Sekarang dalam proses cerai fasakh sebab aku sekadar jadi insurans untuk jaga dia masa tua rupanya.

Doakan kes fasakh aku berjalan lancar dan berjayalah perkahwinan aku difasakhkan sebab aku dah tak sanggup jadi bank, lap kaki, punch bag dan dianiaya suami sendiri. Padan muka aku! Jadikan kisah aku pengajaran dan fikirlah panjang ye sebelum buat…

Jangan fikir nak sedap main lato-lato, cinta mati bagai. Lelaki ni kalau dah dapat, ingat senang dia nak lepas? Dibiarnya kita bergantung tak bertali, nak cerai dalam malaysia tak boleh selagi belum daftar, so padan muka! Nasib aku dah daftar, alhamdulillah.

Okeh, kita cerita tentang kos dulu, kos anggaran dalam 3-5k, sebab nak bayar urusan ejen, kos logistik ke siam lagi, pastu kena bayar wali dan saksi-saksi kat sana lagi.

Sindiket ni memang famous dan memang dah jadi ibarat duit poket dia lah. So ni kos duluuu tahun 2016 ya, sekarang lepas pkp ni semua dok naik harga so lagi mahal lah.

So, lepas settle semua nikah, dah boleh la macam suami isteri tapiii ingat ya, belum daftar di malaysia. So, kalau apa-apa hal contoh nak daftar anak dsb, jadi susah, urusan nasab jadi payah.

So, lepas jer balik nikah siam, pergilah daftar di mahkamah tinggi syariah negeri masing-masing.

Ya! Mahkamah tinggi, bukan mahkamah rendah. Paling senang, pasanglah lawyer yang kosnya dalam 6-8k. Jadi sekarang dah lebih kurang 10k jugak lah kan kosnya. Kalau rasa hebat nak berhujah sendiri dan buat dokumentasi sendiri, dipersilakan.

Tapi sebaiknya, guna lawyer. Ada negeri yang ada bantuan dari pihak jabatan agama untuk atur urusan tu, so jangan tangguh daftar di malaysia untuk hak anda sebagai isteri. Ini boleh mengambil masa 6 bulan – setahun.

So pandai-pandailah main lato-lato jangan bagi lekat dalam masa tu, kalau lekat macam aku dulu, tengah pantang 2 minggu kene naik mahkamah.

Dahlah lepas czer.. Duit czer pun aku tanggung, bersalin swasta (both anak aku bersalin swasta. Sebab aku mampu.) sanggup? So, hadaplah.

Settle urusan pengesahan nikah di mahkamah tinggi, barulah urusan pendaftaran nikah di mahkamah rendah syariah di daerah masing-masing.

Ni biasanya tak lama, dalam 3-6 bulan juga. So anggaran, 1-2 tahun lah untuk uruskan semua. Kos? Di mahkamah rendah tak perlu guna lawyer tapi perlu bayar denda 1k.

So anggaran semua kahwin nikah siam siap pakej daftar nikah malaysia dalam 10-12k. Kos daftar malaysia ni dekat 10k aku tanggung sendiri yeeee… orang tua tu bayar kos nikah siam je, dah dapat… dia tak nak urus pun daftar malaysia. Aku lah yang sibuk urus semua…

Tapi takper, yang penting dah daftar dan anak aku ada sijil lahir yang sah di malaysia. Alhamdulillah! Senang urusan nak sekolah. Aku pun dah pindah balik duduk dengan mak ayah aku sebab orang tua tu tak mampu pun nak jaga aku dengan anak aku dah.

Takut dengan bini tua sebab bini tua garang. Lato-lato dia kecut teruk depan bini tua. Tapi berani ajak aku pergi siam. Argh! Bodoh betul aku time tu. Semata sebab masa aku sakit dia tolong aku, aku jadi cair.

Tapi lepas kahwin, operate czer kan kena jaga, mana ada batang hidung diaaaa… sekali je dia bermalam dengan aku sepanjang pantang. Selebihnya aku terpaksa upah confinement lady untuk bantu aku urus aku dengan baby kecik masa tu.

Itulah kelebihan wanita ada kemampuan kewangan. Tapi tak bermaksud takde cabaran hidup. Cuma at least, taklah anak-anak terabai.

Sekarang aku dalam proses fasakh, dan orang tua tu pulak ugut aku suruh tarik fasakh dengan failkan hadhanah. Dia cakap, kalau aku nak anak tu untuk hadhanah, tarik balik fasakh? Dia ingat aku bodoh lagi ke? Dulu yerlah aku bodoh.

Dah setahun lebih dia guna teknik najib iaitu teknik tangguh selagi boleh, kes fasakh aku dah 18 bulan tak settle lagi.

In the mean time, kes hadhanah dah setahun dan masih berjalan. Aku? Fight jugaklah. Pasang lawyer ni nak bajet dalam 10-12k lagi untuk fight hak aku dan hidup aku serta anak aku.

Aku untung sebab aku ada duit (sebab tu la aku cakap, dia nak jadikan aku ni insurans je masa pencen dia sebab banding harta dan duit aku dengan dia.. Aku lagi banyak. Dia dah nak pencen, nanti gaji aku lagi besar dari pencen dia).

Pastu, dia takut aku mintak duit pencen dia sebab ada anak kecik lagi umur 5 tahun. Dia dah buat aku macam ni, rugi lah kalau aku tak fight sampai habis kan? Biar pencen dia kena potong bulan-bulan untuk nafkah anak. Biar setiap sen hak anak aku dapat.

Ingat aku tak berani ke? Aku malas je sebab dah malas dah hadap muka kerepot dia. Dulu hensem jugaklah, sekarang nampak sangat dah tua dia. Mungkin stress sebab dia nak fight aku guna lawyer semua. Dia ingat aku apa? Pasang la lawyer juga. Talk To My Lawyer je senang.

Pengajaran cerita ini ialah, janganlah percaya bila ada lelaki tabur janji-janji manis nak jaga engkau, nak berkorban untuk engkau dan mampu berlaku adil. Nak kahwin kena tanya keluarga dia, kemampuan kewangan dia, simpanan dia, aset dia…

Aku bodoh tak tanya dulu sebab bagi aku, aku nak orang lelaki yang sanggup jaga aku je. Dahlah aku anak perempuan tunggal, harta aku 2-3 keturunan pun boleh hidup lagi tapiiiii aku just nak suami yang boleh jaga aku je.

Harta aku tak bawak mati pun, tapi dah dua laki aku, dua-dua gunakan aku untuk duit.

Ehhh, setiap sen tu aku tak halal aku tuntut kat akhirat ganti dengan pahala kau. Macam-macam dulu, janji nak adil la, ape lah.. Aku yang bodoh dulu so jangan jadi bodoh macam aku tu. Sekarang aku dah bijak dan kuat plus kaya.

Dia ingat aku tak berani nak lawan dia balik agaknya sebab dia dok ugut-ugut nak ambik anak kecik umur 4 tahun dari aku. Even sekarang pun dia tengah ambik anak untuk sebulan je katanya. Haha, aku cuti sebulan dari jaga anak-anak.

Dia kena hantar balik juga nanti sebab sekolah anak, pastu medical card anak semua nama aku and aku bayar.

So kalau anak sakit ke, memang kena ada aku sebab aku pemegang polisi. Biar mama berjimba sebulan dengan kawan-kawan perempuan aku yang sentiasa ada masa susah senang aku.

So, apa pun. Jadikan kisah aku pengajaran. Aku syukur at least aku dah ada anak untuk warnai hidup aku. Kalau tanya aku, nak kahwin lagi ke lepas ni? Mungkin tidak.

Aku dah tutup pintu hati aku sebab aku tak nak anak-anak aku terluka lagi semata sebab aku nak berlaki dengan harapan laki dapat jaga aku so biarlah aku besarkan anak-anak aku macam rita rudaini.

Ingat takde ke yang nak kat aku? Siap ada datang rumah minta izin parent aku nak kenal aku.

Ehhhh, aku reject awal. Setakat offer air liur masin dengan lato-lato engkau, kat tepi jalan pun ada. Biar nanti anak-anak aku yang jaga aku masa tua nanti. Kalau anak-anak aku tak kahwin pun tak apa (sebab both anak aku girl).

Rumah dan aset semua dah cukup untuk anak-anak aku so aku tak nak diaorang jadi macam aku. Biar aku yang bagi kasih sayang yang cukup untuk anak-anak. Keluar dating dengan anak-anak..

Buang tebiat pergi karaoke ke, pergi enjoy holiday dengan anak-anak. Aku takkan kahwin lagi sebab aku tak nak kena macam 2nd marriage ni, anak sulung aku jadi mangsa hinaan ayah tiri dia.

Cukuplah anak sulung aku membesar tanpa ayah (bapak dia ni pun sejenis lato-lato kecut jugak. Dengan bini baru takut yakmat, sampai nak chat anak sendiri pun kecut, tapi berani chat dengan aku.

Aku layankan je. Haha, siap puji aku pandai jaga body. Ehhh, bini engkau tu ada, jagalah body diaaaa.. Haha.)

Jadi untuk yang tengah bercinta dengan laki orang tu, fikir panjanglah ye. Nanti dah kahwin menyesal, nak putar balik masa tak boleh dah. Paling mudah, simpan duit dan jaga diri sendiri dulu.

Macam lagu miley cyrus tu, “I can love me better than you can” gitew.. Belajar cinta dan sayang diri sendiri dulu. Tak nak bagi diri terluka lagi. So fikir ye, jangan jadi bodoh. Okeh, bye…

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *