Cerita ni saya rahsiakan IPT mana yang terlibat, tapi cukuplah saya cerita dari sudut seorang pelajar.
Perasan tak kenapa ada sesetengah produk mahal seperti iPhone dan Samsung ada dijual di pasaran dengan harga murah untuk masih sealed dalam box, lebih murah berbanding dengan stok phone yang ada di kedai Apple dan Samsung?
Sebenarnya ia adalah daripada hasil subahat para pelajar dan kakitangan di syarikat telekomunikasi (Telco).
Saya tak kata pada semua, mungkin pada sebahagian di luar sana. Atau mungkin sebahagian besar di luar sana menggunakan modus operandi ini bagi menipu syarikat Telco
Ceritanya begini. Saya pernah diajak oleh rakan-rakan untuk join buat duit tepi. Caranya mudah sahaja.
Biasanya apabila ada smartphone yang popular ada di pasaran, pihak Telco akan ambil peluang untuk jual smartphone tersebut dengan penawaran pakej telco bulanan secara kontrak selama 2 tahun. Dengan penawaran seperti ini, para pelanggan mendapat kelebihan seperti bayaran upfront yang lebih murah berbanding beli smartphone di kedai luar, atau membayar bulanan yang lebih meringankan poket berbanding membayar smartphone sekaligus secara tunai.
Namun, terdapat penjual yang mengambil peluang membuat untung daripada pakej smartphone ditawarkan oleh Telco ni dengan cara yang illegal a.k.a. haram.
Penjual illegal ini akan membeli smartphone dengan pakej Telco, dengan bayaran upfront beberapa bulan. Kemudian tidak membayar baki tunggakan dan menjualnya kepada kedai2 luar dengan harga yang jauh lebih murah.
Sepatutnya, pelanggan terikat kepada kontrak 2 tahun dan perlu melunaskan kesemua pembayaran smartphone + postpaid Telco sepenuhnya, jika tidak nama akan disenarai hitam dan pasti tidak boleh daftar pakej Telco baru khasnya postpaid la kot melainkan selepas tunggakan lama diselesaikan.
Jadi penjual illegal Telco ini akan cuba mengambil keuntungan dengan cara membeli smartphone dari Telco dengan membayar upfront sahaja dan tidak membayar baki. Tapi masalahnya akan disenarai hitam oleh semua syarikat Telco jika tidak membayar baki.
Bagi mengelakkan masalah ini, penjual Telco akan bersubahat dengan orang dalam syarikat Telco itu sendiri (nama syarikat bermula huruf C) untuk menghapuskan rekod baki pembayaran sekaligus nama tidak disenarai hitam! Maknanya nama akan bersih seperti sedia kala walaupun bayar upfront sahaja.
Malah penjual illegal ini akan membayar kakitangan tersebut ratusan ringgit malah mencecah seribu ringgit bagi setiap pakej Telco yang berjaya ‘dibersihkan’ secara khianat dan pecah amanah. Malah nama pelanggan bukan sahaja tidak disenarai hitam, sebaliknya turut akan mendapat resit atau penyata yanh menyatakan keseluruhan baki berjaya dilangsaikan!
Bagi memudahkan kerja mereka yang licik menipu Telco secara haram ni, penjual illegal ini akan mendapatkan para pelajar seperti saya untuk terlibat.
Caranya mudah saya. Kami sebagai pelajar cuma perlu hadir ke Telco berkenaan dan mendaftarkan diri sebagai pelanggan. Bayaran upfront dan urusan ‘pembersihan’ nama semuanya akan diselesaikan oleh penjual illegal ini.
Saya yang mendaftar sebagai pelanggan (di mana penjual illegal akan gunakan nama saya), akan dibayar dengan ratusan ringgit. Malah kami boleh menawarkan diri setiap beberapa bulan untuk berlakon sebagai pelanggan bagi nama saya digunakan.
Apabila mengetahui modus operandi ini, saya membatalkan niat walaupun kelihatan menguntungkan khas untuk saya yang memerlukan duit sepanjang pengajian di IPT. Sebabnya nampak sangat duit haram. Walaupun kita tak puas hati dengan syarikat telco, bukanlah jadi alasan untuk bersubahat menipu dan membuat kegiatan yang melampau ini.
Masalahnya ramai pelajar IPT yang sudi nama mereka digunakan bagi tujuan di atas.
Selepas selesai ‘pembelian smartphone’ dan ‘pembersihan’ nama pelanggan, penjual illegal akan menjual smartphone tersebut ke kedai2 tertentu. Daripada kedai tersebut, mereka akan jual atau upah kepada reseller pula. Reseller inilah yang akan jual kepada market di facebook atau mana2 platform internet, dengan harga yang lebih murah berbanding yang dijual di kedai Apple dan Samsung. Dengan keadaan smartphone memang baru, masih ‘sealed’ dalam kotak belum dibuka!
Malah, dengan kos2 terbabit, mereka masih mampu menjual harga lebih murah dari harga sebenar.
Yang menjadi isu besarnya adalah pelajar, penjual illegal dan orang dalam syarikat telco adalah pihak yang bersubahat melakukan perkara ini termasuklah kedai2 yang sudi ambil smartphone dengan cara illegal ini.
Mohon para pelajar yang ditawarkan dengan ratusan ringgit dengan cara ini, mohon tarik diri dengan cara baik dan cuba melaporkan kepada pihak berkuasa.
Jika tidakpun, saya pasti termasuk sayasendiri takut sebab geng penjual illegal ini ramai walaupun mereka bekerja secara berasingan. Bimbang kalau mereka akan buat benda tak elok kepada pelapor.
Sekurang-kurangnya harap korang VIRAL kan post ini supaya sampai kepada pihak berkuasa dan Syarikat Telco tersebut dapat buat siasatan lanjut.
Tak sangka manusia sanggup buat apa saja demi wang, walaupun jelas haram. Dan kegiatan ini sangat ____ (anda sambung sendiri)!
– Azrul Muazzran
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit