Saya seorang guru di kawasan semenanjung Malaysia,
Saya mengalami masalah sakit tulang belakang dari tahun 2014 selepas jatuh teruk terhentak seluruh badan akibat lantai yang licin.
Saya juga baru setahun melahirkan anak secara caesarean pada 2013.
Bermula simptom sakit pada kaki sebelah kiri…
Saya mendapat rawatan di hospital swasta Dr Ali Noor Ghani pakar orthopedik spine.
Beliau melihat x-ray dan memberitahu bahawa saya ada masalah tulang besar yang rapat dan menindih saraf…
Saya diberi ubat dan rawatan terapi haba dan tens… Tetapi masih tidak sembuh..
Pada tahun 2016 saya mengambil cuti tanpa gaji kerana sering sakit yang tidak dapat difahami oleh sesiapa atau diri saya sendiri…
Pada suatu tarikh pada 2016 saya tidak dapat bangun untuk duduk serta berdiri, sakit yang teruk suami terpaksa memapah dan membawa saya ke hospital yang sama…
Saya menerima rawatan nerve root injection kali pertama pada mac 2016.
Selepas rawatan injection di bahagian akar saraf saya berulang pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan elektro terapi secara kerap,
Kebetulan saya mengambil cuti tanpa gaji.. Jadi tidak timbul masalah tekanan dari tempat kerja..
Saya masuk kerja kembali pada hujung tahun 2016 hingga 2017. Pada masa ini sakit saya berkurang serta saya kerap buat fisio dihospital.
Pada tahun 2019, saya sakit kembali selepas melahirkan anak secara caesarean kali kedua, saya menerima rawatan di hospital kerajaan juga..
Disana pun sama saya diberi ubat dan tarikh untuk temujanji orthopedik serta fisio..
Saya tidak pernah dengar perkataan sindrom bertolotti hinggalah saya buat rawatan tulang belakang RFA kali ke 2 tulang L3, L4, L5-S1 di hospital usains Malaysia pada 2021 yang lalu saya tidak dapat bangun dan terpaksa dipapah.
Dr. Joe pakar orthopedik ada maklumkan bahawa saya mengalami masalah sindrom bertolotti dan bila bekerja balik saya akan sakit.
Pada masa itu saya baru faham maksud Dr Swasta yang maklumkan mengenai tulang besar tindih saraf… Dia memberi cuti beberapa minggu.
Selepas habis cuti saya masuk kerja semula tetapi saya sakit kembali. Saya ke hospital swasta berdekatan yang sama untuk rawatan..
Pada tahun 2022 saya menerima rawatan nerve root injection kali ke3 pada bulan julai 2022.
Selepas diberi cuti beberapa minggu saya kembali bekerja dan sakit semula.. Doktor ada bagitau ada rawatan untuk mengikis tulang yang besar tetapi beliau tidak menjanjikan saya akan sembuh..
Kemungkinan akan lebih teruk keadaannya. Jadi saya tiada pilihan melainkan fisio dan makan ubat bila sakit.
Keadaan saya semakin lama semakin teruk.. Tidak dapat tidur mengiring, menelentang dengan selesa, tak dapat tidur seperti masa normal dulu..
Bangun pagi akan sakit belakang.. Sehinggakan saya takut untuk tidur.
Saya telah pergi beberapa buah hospital yang lain tapi tidak sembuh.
Saya tidak boleh berjalan jauh, berlari dan kerap bergerak, saya juga tidak boleh berdiri dan duduk lama serta memanjat tangga secara berulang-ulang..
Saya membeli pelbagai peralatan seperti alat tense, tilam magnet dari jepun, stokin untuk slip disc untuk rawatan dirumah.
Urutan tradisional dan moden juga dibuat hanya dapat melegakan dalam tempoh yang sekejap.
Saya agak tertekan.. Tidak semua doktor tahu mengenai sindrom bertolotti..
Setakat yang saya jumpa baru dua orang doktor yang mendiagnos saya dengan sakit sindrom bertolotti atau LSTV (lumbosacral transitional vertebra).
Saya redha dengan ujian yang saya hadapi..
Untuk mengurangkan beban kesakitan.. Saya terpaksa korbankan kerjaya yang saya sayangi untuk sedikit kehidupan yang lebih baik dan semoga dapat tingkatkan amalan menuju akhirat..
Saya tak dapat melancong kemana-mana tempat yang jauh.. Cukuplah peluang Allah beri pada saya pengalaman mengerjakan umrah (2005) dan Haji (2010) bersama suami..
Semoga dapat memberi manfaat buat semua.
– Anaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit