Hai semua. Aku Anne (bukan nama ic). Umur 28 tahun dan masih single. Bekerja sebagai eksekutif di syarikat swasta di ibu negara. Sebelum ni, aku macam banyak terbaca coretan mereka- mereka yang sepertinya amat risau kerana masih tiada pasangan. Tapi so far aku sebaliknya. Aku happy masih single.
Aku ada ramai kawan lelaki. Tapi memang sekadar kawan sahaja. Even nak pergi to the next level pon aku takut, takut if anything happen in the relationship, aku akan hilang kawan sekali. So aku layan semua sebagai kawan. Settle. Dan sekiranya aku ada pasangan, boleh ke dia terima aku still berkawan dan contact dengan lelaki lain, even only as a friend?
Selain kawan lelaki, aku pon ramai kawan perempuan jugak. Senang cerita, memang orang kata aku ramai kawan hahaha. Jadi, aku tak sempat nak rasa bosan. Aku akan pastikan aku sentiasa ada aktiviti untuk dibuat especially during weekends. Hiking, road trip, picnic, jungle trecking dan macam- macam lagi aktiviti yang bermanfaat.
Setiap tahun, aku akan aim untuk travel ke beberapa buah negara. So takde la hidup kau aimless sangat. Selalu orang dah kahwin, akan kerja kuat untuk anak kan? So, aku akan kerja kuat demi tabung travel dan anak tekak, hihi.
Sometimes aku juga rasa bersyukur sebab masih single sebab aku boleh arrange masa sendiri, bila aku nak bersosial dan bila aku nak masa untuk bersendirian. Ada juga masa yang aku happy to spend it alone in home. Aku pandang dinding, dinding pandang aku. Dan masa-masa macam tu la aku boleh practice nak masak, kemas rumah atau apa-apa aktiviti persis seperti suri rumah.
Waktu single ni la kita boleh banyak-banyak berbakti kepada family especially parents. Duit nak spend kat siapa lagi? Diri sendiri dan parents la. Layan je diaorang macam raja dan permaisuri. Belanja je apa yang diaorang nak, selagi kita mampu. InshaAllah duit berkat, hati happy.
Bukan aku tak rasa nak kahwin ataupon berpasangan, jangan risau aku masih normal. Rasa tu memang la ada cuma aku tak letakkan ianya sebagai matlamat atau objektif utama dalam hidup aku. Kalau ada rezeki, ada lah. Jika tiada, hidup perlu diteruskan. Tak perlulah kemurungan.
Dan tak semua masalah, jalan penyelesaiannya adalah kahwin. Contohnya “weh aku bosan la” “haa kau dah kena kahwin tu” etc. Dan hidup kita kena sentiasa merancang (orang single tak payah makan pil perancang lol). Kau kena plan ahead, kalau memang tiada rezeki jodoh kat dunia, what will your next plan? Haa camtu.
Aku dan kawan-kawan aku dah plan nak check in rumah orang-orang tua mana. Katil sebelah-sebelah lol just kidding. Make sure kita kena financially stable sebab kita kena be very independent sebab tak tahu nak bergantung dengan siapa bila dah tua. Or boleh plan untuk ambil anak angkat, yet it requires cost and commitment.
Kawan aku pernah cakap dengan aku time dia nak bagi kad jemputan dia “haa kau bila lagi? Takkan nak sampai tua sorang-sorang?” Jangan yakin sangat sis. Banyak living proof, anak ramai tapi still hidup sorang-sorang. Atuk sedara aku tak pernah kahwin, sampai akhir nyawa tak pernah tinggal sorang.
Okay rasa dah penat juga tangan aku type. Aku pon tak sure apa objektif aku tulis confession ni, haha. Maybe just nak share pendapat je kot. Dan tak semua orang ada pendapat yang sama. Semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati dan dalam lindunganNya, samada masih single, dah tak single atau dah kembali single.
Terima kasih.
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit