Single Itu Juga Bahagia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/single-itu-juga-bahagia/).

Hi again. Aku Anne yang tulis confession pasal “Single Pon Bahagia”. Macam tu lah lebih kurang tajuk dia. Aku pon tak berapa ingat the exact title. Confession kali ni macam kesinambungan dari confession yang lepas la.

Baca tajuk tu macam sedih kan. Haa happy tak aku dah letak tajuk sedih-sedih camtu. Hahahaha kelakar la netizen ni. Aku sangat tak sangka confession aku tu dapat banyak reaction dari pelbagai pihak.

Ada yang dapat point apa yang aku nak sampaikan, ada yang mengecam habis-habisan dan komen yang paling aku suka kat mana-mana confession adalah komen yang mendoakan.

Aku bukan sejenis netizen yang rajin nak komen kat mana-mana public page ni, so I do really appreaciate anyone of you yang spend their own precious time to comment and giving out their opinions.

First sekali based on the overall responds and reaction, barulah aku faham kenapa ada orang yang betul-betul depress bila fikirkan hal jodoh. Sebab pressure dari orang sekeliling.

Based on my previous confession, mostly yang dah kahwin kata confession aku ni sebab nak sedapkan hati sendiri and it reveals my insecurities. Dan dorang anggap kalau orang single ni happy, semua tu hanya dibuat-buat. Ermmm lama jugak aku try muhasabah diri. Betul ke aku tak sedap hati sebenarnya?

Tapi aku ada mood menulis bila happy je haha. Kalau macam tu la anggapan orang, it’s quite scary actually. Mindset orang kita. Ada komen yang berbunyi “kami yang dah kahwin dah lalui fasa single, orang single je tak pernah kahwin.” Aku sangat bersimpati kalau fasa single awak tak sebahagia fasa single aku dan yang lain-lain.

Secondly, ada yang kata orang kalau bahagia sebenarnya tak tunjuk. Hahaha aku tak tunjuk apa-apa pon. Orang pon tak tahu siapa aku sebenarnya. Confession tu sejujurnya aku hanya tujukan khas untuk golongan single, especially yang sedih-sedih dia still single.

It is like “don’t worry babe, we’re in the same boat. Still many things to do and explore”. Sebab aku ada jugak kawan yang macam 24 jam fikir pasal jodoh dan aku tak faham kenapa. Unexpectedly, I got so many reactions from married people yang really triggered about it.

Kenapa marah nau? Korang kena kahwin paksa ke apa? Lol. Orang dah kahwin kan macam ada banyak kitab tebal-tebal berjudul “Tips Rumahtangga Bahagia” etc so aku pon konon-konon buat tips untuk orang single bahagia la pulak haha. Nak buat buku kena cari publisher bagai. So confession la senang. Free pulak tu. Tak suka, scroll je laju-laju. Apa emang kami ni tidak berhak untuk bahagia?

Then, pasal rumah orang-orang tua. Hahaha ni pon satu hal. Tak sangka boleh jadi isu. Betul-betul kreatif la netizen ni. Mungkin golongan ibu-ibu jarang kot untuk bergurau kasar camtu. Bukan la aku dan kawan-kawan serius pon nak duduk rumah orang tua tu, itu hanyalah gurauan orang single.

Alahai. Kitaorang takde pon buat perjanjian pergi mati setem untuk benda-benda macam tu. Dan takde sesiapa pon dari kalangan kawan-kawan yang single ni nak halang kalau ada kawan yang dah sampai jodoh. Siap excited buat bachelorette party, pilih baju bridesmaid, pilih hadiah etc alaa yang macam trend sekarang tu la.

Tapi untuk orang yang tak aware, memang ada la rumah orang-orang tua yang a bit classy, sediakan macam-macam aktiviti (rombongan, skill class, kelas agama, volunteering etc). Tapi ada bayaran la, swasta ada, kerajaan pon ada.

Tak semua rumah orang- orang tua hanya untuk mereka yang bernasib malang pada usia emas je. Yang ni pon orang kita kena tukar sikit mindset. Konsep dia sama macam bila kita suruh orang buat wasiat, then nanti ada la yang triggered “kenapa cakap pasal mati? Nak aku mati cepat ke?”. Padahal itu untuk memudahkan urusan keluarga bila kita dah mati.

Dan ada juga yang mengatakan sepertinya confession aku tu macam bangga dan menggalakkan orang single. Aku harap takde la orang putus tunang, tak jadi kahwin sebab baca confession aku tu lol. Aku pon tak tahu macam mana boleh ada idea tu untuk dia komen, tapi one thing yang aku nampak adalah orang pandang sesuatu dari sudut yang berbeza.

Mungkin dia nampak macam tu, aku nampak lain, orang lain pon nampak lain. Haha pebenda la yang aku cuba sampaikan ni. Aku pon takde la bangga aku single. Biasa-biasa je. Tak bangga, tak sedih. Entah, sebab aku tahu semua ni memang plan Allah. Single or kahwin ada bahagia masing-masing, ada susah masing-masing.

Allah letak cantik je kat mana tempat yang kita mampu. Memang mostly kawan-kawan aku yang single nak je kahwin kalau ada jodoh, just dorang tak jadikan benda tu as main priority. Banyak lagi weh benda nak fikir dan nak kejar. Ada yang kata, alaa memilih sangat tu. Then, nak main sauk je?

Ohh no no no. Kalau yang single ni tak memilih, dah ramai laki orang kena rembat. Berapa banyak dah pengalaman saya dan kawan-kawan terkena dengan si hidung belang ni. Nasib kitaorang pandai pilih. Kalau tak, KRT la jawabnya.

Last but not least, aku memang dalam perancangan untuk berkahwin tahun depan sebenarnya. Doakanlah semuanya dipermudahkan, jika itu yang terbaik.

Bak kata Ustaz Ebit Liew “alang-alang kahwin biar sampai syurga, bawak semua satu family ke syurga”. After kahwin nanti aku tulis pulak confession “Bahagianya Perkahwinan Ini”. Pastu onions squad pon komen “baru setahun dua kahwin memanglah” hahahaha.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *