Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Aku ade 2 kisah benar nak dikongsi dan aku pilih untuk cerita yang ini dulu. Terima kasih korang sudi click confession aku untuk baca. Sama-sama kita jadikan pengajaran ye.
Kisah bermula apabila kakak si A dan kakak sepupu aku kenenkan kami berdua. Aku umur 30 tahun this year tapi selalu orang teka umur aku muda lagi 25 tahun. Ni aku tak tipu. Memang selalu terjadi. Si A pula berumur 26 tahun.
Hasrat nak berkahwin sejak umur dia 22 tahun. Semua separuh jalan disebabkan perangai si A yang aku dapat tahu selepas kenal dia. Patut sangat pun si A kena tinggal dengan 2 gadis sebelum ni.
Aku kenal si A sekejap sangat tup tup dia ajak kahwin. “Dah tak tahan pendam” kata si kakak. Proses bertandang ke rumah aku dalam keadaan huru-hara dan agak kelam-kelibut. Aku tak tahulah antara fahaman abah aku yang salah atau fahaman keluarga dia yang betul.
Menurut abah aku, proses berkenalan dengan family lelaki mesti ade 2 kali meeting. First, parents lelaki mestilah datang berborak dulu kat rumah. No cincin. No manisan. Hanya berborak tunjuk muka.
Kedua, barulah ade sesi penyerahan cincin risik. Masa tu bawaklah sikit manisan dan cincin. Seterusnya, tunang, nikah dan majlis besar.
Lain pula dengan fahaman family si A yang first meeting dah bawa cincin risik dan manisan malam-malam dan ambil gambar hantar terus ke family di Kedah. “Gembira sangat katanya nak dapat orang baru”.
Time family dia huru-hara nak datang tu aku, abah dan mak uda aku bekerja.
Lipas kudung jugaklah aku jadinya balik kerja bila nak kena masak-masak sikit, orang nak datang rumah. Bila dah jumpa tu, tiba-tiba terus nak serah cincin dan pakaikan.
Abah aku pun muka terkejut siap ade adegan hold “Eh jap bang. Biar saya bincang dulu. Saya tak sangka pulak bawa cincin sebab dah kata kat anak borak-borak kenal saja”.
Parents si A menambah “Benda baik jangan halang bang”. Aku pun selaku mangsa keadaan taknak malukan dua pihak “Iyee… sarung…”
Tarikh bertunang kami terus diputuskan lagi 2 minggu. Gila tak gilakan betul-betul kejutan. Dalam tempoh nak ke majlis pertunangan ni alhamdulillah Allah SWT tunjukkan kebenaran yang ternyata si A hanyalah sekadar pengajaran.
Semua urusan majlis bertunang aku, aku uruskan dan aku tempah. Mahu dari barang hantaran, kek, pelamin dan baju.
Belah lelaki pun aku uruskan disebabkan kakak si A yang mula beria, alih-alih dah pass baton pada si A. Kakak dia cuma uruskan baju sedondon family nak datang majlis. Itu sahaja.
Betul-betul lepas tangan. Aku yang mudah kesian pada orang ni baik hati offerkan diri “Takpe awak… saya uruskan semua… nanti saya tempah”. Kalau ikutkan si A dan kakak, mereka taknak sediakan hantaran pun sebab itu semua adat yang mengarut katanya.
Indah khabar dari rupa… Semua yang aku tempah dan telah bayar deposit bagi pihak aku dan si A terpaksa aku tebalkan muka untuk minta cancel. Ade yang hangus, ade yang dapat separuh.
Aku nekad untuk cancel semuanya disebabkan perangai panas baran si A yang suka sangat meroyan dan tidak matang.
Si A selalu dan suka sangat mengacau waktu kerja office aku. Si A dah berhenti kerja kilang dan sekadar jadi pembantu business kakak dan abang ipar dia sahaja.
Bila bergaduh, eh whatsapp aku pula di block. Last-last aku memang block dia seumur hidup aku. Aman. Dialah lelaki pertama aku block seumur hidup dalam whatsapp.
Bila kami bergaduh, mulalah si A akan roger kakak dia isu kitorang. Si kakak pun jadi penasihat tidak berbayar untuk si adik.
Mula-mula aku ok saja, yelah kita kena minta pendapat orang yang lebih tua. Mana tahu masalah akan selesai nanti. Lama-kelamaan jadi teruk.
Si kakak mula back-up si A kata aku kena faham dan ambil masa untuk reply whatsapp si A juga walau sibuk. Korang bayangkan, kalau 1 saat 15 mesej yang masuk, aku tengah kerja yang tak boleh pegang handphone sentiasa dan sebab si A tengah free, salah aku ke?
Bila aku tak balas dan online, si A fitnah aku kata, aku tengah chat lelaki lain. Dan bermula drama perang 50-80 mesej tidak puas hati sebab aku tak reply tadi. Bertubi-tubi mesej masuk tanpa henti.
Tak cukup dengan itu, si A fitnah aku lagi. disebabkan perangai aku yang “sebegitu tadi”, bekas tunang aku tinggalkan aku. Aku: “??????”.
Untuk pengetahuan korang juga, aku dan bekas tunang aku putus sebab masalah komunikasi tentang preparation perkahwinan kami yang tidak berkesudahan.
Nak kahwin, tapi bekas tunang aku tak tahu nak pakai baju ape untuk majlis, tak tahu nak design pelamin bagaimana, acuh tak acuh, jenis tak boleh buat keputusan, disuruh aku tanya ibu dan kakak angkat dia.
Mereka lebih arif taste dia, jawab bekas tunang aku. Baik aku sanding sorang atas pelamin.
Ditambah pula isu kecurangan dia! Ye. Bekas tunang aku curang weh dan boleh tanpa segan-silu upload gambar dia dengan gadis free hair paut lengan di Colmar Bukit Tinggi kat ig story dia waktu kami bergaduh besar. Cincin dan barang tunang belum pulang pun lagi waktu itu.
Budak tempat kerja aku pandang serong dan kasi aku nasihat macam-macam. Dia yang curang, aku yang tempias.
Tak cukup dengan tu, kakak angkat bekas tunang aku sampai sekarang takde nak jelaskan pun ape maksud gambar berempat yang dia upload di ig post menunjukkan, bekas tunang aku rangkul bahu gadis free hair tu masa sambutan birthday anak dia.
Sampai sekarang takde. Ape dia ingat aku terhegeh sangat ke nak aku PM dia tanya keadaan sebenar. Sorry, not sorry. Eh emosi pasal bekas tunang belum habis rupanya. Nanti aku bukak cerita lain pasal ni bila rajin.
Sambung dengan kisah si A semula. Bila preparation tunang dah 60% siap, timbul isu wang hantaran.
Eh si A suruh aku bayar dulu duit hantaran guna duit aku, alasannya dia takde saving dah habis guna untuk majlis kahwin besar-besaran satu-satunya adik perempuan dia tahun sebelumnya.
Kakak si A pun bincang tepi dengan aku punya baik kat medan selera berhampiran sebuah tempat peranginan terkenal di Johor. Tak nak suami dia tahu, apetah lagi parents dorang tahu.
Kakak si A ni pakai purdah tapi tulah pemikirannya terlampau “simple sangat” dan pada aku betul-betul gunakan agama sebagai modal air liur.
Si kakak: “Si A dari dulu sangat nak kahwin muda, tapi semua separuh jalan tak jadi tak tahu kenapa. Semua perempuan bermasalah. Bunga (bukan nama sebenar) bayar dulu duit hantaran tu ok kan, ade kan jumlah tu, nanti si A akan bayar bulanan pada Bunga.
Si A akan kasi gelang saja batal wuduk” Aku demand, aku minta rantai emas untuk nikah dan cincin berlian habib harga RM900 untuk majlis tunang aku.
Yelah, kau suruh aku bayar duit hantaran guna duit aku kan, mana aku nak nampak usaha dan tanggungjawab kau boleh jaga aku tu? Aku tak nampak.
Entah nanti aku yang kena tanggung biawak hidup, adik kau si A dan bapa si A yang sihat dan cergas tapi pilih untuk tidak bekerja. “Anak-anak semua dah besar, ayah tak perlu kerja dah, anak-anak kena kasi duit”, fikir si bapa.
Dan si kakak A fikir, jika si A beri duit hantaran, duit tu nanti abah aku akan habiskan semuanya untuk majlis.
Kami semua bekerja dan aku sendiri bekerja, dah ade rumah sendiri, kereta sendiri, dan setiap tahun aku travel berjalan. Tak logiklah aku takde saving untuk majlis sendiri.
Korang baca semula ye, tak logik. Duit hantaran tu seingat aku untuk beli barang-barang rumah untuk duduk lepas kahwin.
Dah tu rumah tu nanti togel ke? Takde peti ais, takde tv, takde tilam dan katil nak ber0men? Oh maafkan aku sebab terkasar.
Kakak dan si A pun berbincang lagi dan akhirnya terpaksa akur aku nak minta rantai emas dan cincin berlian. Tapi, dalam masa yang sama si A minta aku stay dengan dia gilir-gilir lepas nikah di rumah parents dia merangkap bakal mertua aku.
Siapa yang mahu kalau aku sendiri punya rumah yang dibeli memang niat untuk duduk asing selepas nikah nanti.
Bermula lagi drama “Rumah sewa dimana”. Setelah berbincang, si A akan siapkan sebiji rumah flat untuk kami tinggal sementara waktu. Rumah flat tu rumah sewa parents si A.
Si penyewa culas bayar jadi si A nak tendang keluar. Bulan-bulan janjinya si A akan bayar pada parents dia. Dalam masa yang sama, si A sangat keberatan untuk memodalkan duit baik pulih rumah dan menambah serba sedikit barang di dalam rumah tu.
Yelah kan, si A ni nak kahwin dah tak tahan sangat dari muda, awek dah ade ni depan mata, modal pulak takde. Mahu tak pusing si A dibuatnya.
Pengajaran yang aku nak kasi tahu ni satu saja, “Lelaki kalau ade rasa tanggungjawab dia akan hulur sikit walau tak banyak “.
Tak mampu 15k, beri 10k, beri 8k, tak mampu jugak mungkin 3-4k. Family perempuan minta bukan tanda tak berhati perut, cuma kami nak tengok effort lelaki tu dalam mengumpul duit.
Duit yang dapat tu sebenarnya abah aku kasi aku semula untuk modal hidup lepas kahwin. Dia tak ambik pun. Bukan mata duitan (cuma depan jelah cakap guna untuk majlis).
Sebab abah aku fikir, tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tu lagi besar lepas kahwin. Duit lagi banyak nak guna.
Kalau basic duit hantaran pun tak mampu nak sediakan dan berkira, jangan jadi desperate fikir pasal kahwin. Nak sedap ber0men saja ke?
Nanti semua kena bahagi dua sampai akhir usia. Rumah awak bayar, kereta awak bayar, bil awak settle. Saya beli beras saja. Fikir-fikirkanlah dan tinggal-tinggalkanlah.
Single lagi elok dari Mendua.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit