Single Lagi Elok Daripada Mendua II

Hello hello… Bunga is back! Wah gitu intro. Korang ingat lagi tak kisah Bunga yang lepas?

Alaaa cerita kakak purdah tetap nak jodohkan Bunga dengan adik dia yang tak bekerja tu. Plus, terselit cerita bekas tunang yang tak endah tentang preparation kahwin.

Korang tengok sini https://iiumc.com/single-lagi-elok-daripada-mendua/

For now, Bunga nak sambung story ni semula. Kalini kisah bekas tunang yang korang tunggu-tunggu tu. Ok lessgooo! Disclaimer: Sama-sama kita jadikan pengajaran ye.

Khabarnya, bekas tunang aku merupakan “hot stuff” sempadan Kota Singa. Mungkin jadi, kerna rata-rata kami keluar, semua tempat kami pergi, ade yang mengenali dia.

Tak kisahlah semua tu… Pada aku bagus mengeratkan silaturrahim sesama insan.

Yang tak bagusnya, bila “kaki perempuan”. Sepanjang tempoh pertunangan kami, ade beberapa kali, dari cara dia whatsapp dan main phone depan aku, ade sesuatu dia cuba sembunyikan.

Bukan itu saja…. Bila aku tolong ambilkan dan pegang phone dia yang tertinggal dalam kereta untuk keluar, dia dengan ligat nak mencapai. Pernah juga aku dimarahi. Silap aku, aku masih bersangka baik.

Sangka baik aku tu tidak tertumpu kepada dia sahaja. Aku tidak kisah bekas tunang tidak sama-sama teman cari bridal fikirkan dia susah cuti. Ok bila aku dengan ibu saja yang ke Jakel cari kain pasang family.

Tak ambil hati bila kena tinggal buat pertama kali datang beraya di rumah makcik pakcik dia dengan sepupu perempuan sebab bekas tunang ikut sepupu lelaki main snooker balik lewat sampai 12:30 tengah malam.

(Aku dah pun pinjam baju kelawar sepupu tukar sebab tak selesa pakai baju raya dan ingat nak lelap sekejap) And the list goes on… Malahan, sangka baik lagi kepada family kakak angkat dan bakal ibu mertuaku.

Positifnya aku, masih memikirkan dan percaya “Bila kita buat baik, Pasti orang akan baik dengan kita…” Malangnya, hal ini tidak pernah terjadi dengan keluarga mereka.

Sebagai contoh, bila waktu kenduri tahlil yang diadakan oleh bakal ibu mertuaku,

Aku selaku calon menantu kesayangan dan pilihan, diarah untuk membantu dia sepanjang majlis. Walhal, ramai saudara yang hadir boleh membantu. Tetap, ibu memilih aku.

Dikala bakal menantu dari pasangan anak kedua dia dan family bertandang ke rumah, mereka mendapat layanan sangat istimewa dimana saat itu aku tersedar “Kenapa aku beria busuk-busuk kat dapur ni?”

Bakal ibu mertuaku juga banyak kali menyebut bahawa dia mahukan aku menjadi seperti dia.

Dia, yang melayani dan menguruskan perihal dapur dan rumahtangga mertua apabila pulang ke kampung. Secara jelasnya, dia adalah kapten dan biras yang lain sebagai tetamu undangan kapal.

Aku tak mahu begitu. Sedangkan aku dirumah atok dan nenek di kampung pun tidak begitu. Semuanya kami berganding bahu sesama kami, membahagi tugas.

Tiada istilah abdi di dapur, yang lain bersenang lenang melawa di depan. Tiada.

Selain kejadian itu juga, aku pernah ditanya perihal kotoran pada dinding toilet. Aku yang tidak sampai hati, menawarkan diri berbuat sedaya aku.

Namun, kotoran degil tetap kotoran degil. Jadinya, tiada perubahan. Dan selepas itu, Ibu mengambil keputusan menukar keseluruhan dinding dan pintu toilet.

Berbalik kepada kakak angkat pula, bekas tunang aku dan family kakak ni sangat rapat semenjak sebelum dia berkahwin.

Bertambah rapat selepas bekas tunang merajuk selama setahun dengan ibunya pasal tv tak balik rumah dan decided untuk tinggal di rumah kakak.

Jadinya, segala perihal pasangan dan relationship bekas tunang dalam genggaman kakak.

Tetapi, sewaktu kejadian kakak upload di ig gambar mereka berempat (kakak, suami, bekas dan awek baru siap rangkul bahu), kakak kunci mulut. Tiada satu whatsapp atau DM pun untuk beritahu hal sebenar.

Mungkin mereka fikir, aku yang akan terhegeh-hegeh kepada mereka untuk dengar penjelasan. Maaf, itu bukan cara aku. Bukan juga cara aku memaki hamun naik angin. Dan waktu itu barang-barang pertunangan masih denganku.

Kelakarnya, baru-baru ini kakak seolah-olah baru keluar dari alam bunian yang mana tiada ribut tiada angin, setiap ig story aku, dia cuba untuk respons. Eh punya masa pula ya dia untuk reply? Hilang kemana dia ni ek?

Tak cukup dengan itu, dia dengan muka tak malunya, whatsapp aku untuk minta tolong atas tiket kerja. Siap ade bunyi merayu “Kalau rasa nak membantu, reply la whatsapp ni…

Kalau taknak, takpe…. Kak usaha sendiri saja…” Rasakan loh memang aku seen saja whatsapp itu dan carilah… usahalah kamu sendiri hahahhahaha. #diayangmintakitafollowje

To cut the story, sepanjang pertunangan aku, memang most of the time akulah banker. Kalau bekas yang keluarkan duit muka dia mencuka macam tapir.

Segala tol, duit minyak kereta, duit raya parents, duit ziarah newborn kawan dan anak sedara dia, makan,

Tak kisahlah makan dating, birthday bekas, birthday ibu, hari ibu, makan durian berbakul, beli dan masak udang galah di rumah kakak atau bawa family dia keluar makan mostly akulah yang bayar the bill.

Punya mampu aku dari segi financial dan kesian memikirkan bakal suami yang bersusah payah nak kumpul duit hantaran. Eh last-last memilih untuk curang…

Mungkin juga dia terlupa yang dulu dia pernah minta diskaun duit hantaran depan muka aku. Ye… korang tak salah baca…

Diskaun duit hantaran… Dia, ibu dan makcik dia siap datang rumah untuk revise duit hantaran.

Lepas disekolahkan oleh abah aku tentang harga barang yang mahal, mereka paksa rela telan saja mahalnya lebihan 2k hantaran aku dalam sejarah family dia.

Macam yang aku pernah sebut sebelum ni, family aku alhamdulillah mampu dari segala aspek dan duit hantaran.

Abah aku minta segitu hanya untuk tengok effort lelaki. Dan abah niatkan untuk pulang semula buat mulakan hidup berdua. Bukan abah aku ambil nak guna untuk majlis.

Takpelah benda dah post, korang enjoy jelah baca dan tinggalkan komen. K bye! See you guys next story (kalau ade lagi).

Ps: Terima kasih doakan yang baik-baik untuk aku. Semoga doa yang baik ini akan melantun untuk you guys jugak. Allahumma aaameennn.

Dan aku mohon, kita doakan juga jodoh bekas yang sekarang adalah yang sekufu dan kekal hingga ke akhir hayat. Apa yang dia perlakukan kepada aku, hanya kifarah Yang Maha Esa sahaja dapat membalasnya.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *