Assalamualaikum iiumc readers, terlebih dahulu aku nak berterima kasih pada admin yang menyiarkan confession ni. Aku Hawa dan itu semestinya bukan nama aku yang sebenar.
Sedikit pengenalan tentang diri aku, aku surirumah yang sangat komited dengan tugasan- tugasan aku, seorang isteri yang lemah lembut melayani suami, dan aku merupakan seorang isteri kepada doktor pakar.
Kalau refer pada tajuk, rasanya semua orang dapat teka kisah apa yang aku nak kongsikan. Ya.. Anak.
Aku berkahwin dengan suami dah lama tapi kami masih belum direzekikan dengan rezeki zuriat. Aku dah pernah buat IUI dan juga IVF. Tapi usaha kami belum berhasil. Malah kami pernah mengerjakan umrah dan berdoa bersungguh- sungguh dekat sana. Masih juga Allah menguji kami.
Aku akui, sepanjang perkahwinan kami, Allah tak pernah datangkan ujian yang berat buat aku. Aku bersuamikan seorang lelaki yang warak, penyabar, penyayang. Aku dikurniakan metua yang penyayang, baik hati, pemurah. Ipar duai pula sangat menghormati aku dan hubungan kami rapat.
Dari segi kewangan, Alhamdulillah tak ada yang kurang. Aku berkahwin dengan suami ketika gred UD48 dan kini sudah UD 54 yang aku boleh katakan agak selesa. Boleh bercuti ke luar negara, boleh makan ditempat- tempat mahal.
Suami tak pernah berubah sikap atau layanan jauh sekali dia nak selingkuh. Semua ni nikmat yang Allah bagi pada aku. Aku bersyukur.
Cuma aku tetap perempuan. Cepat tersentuh, cepat terbabas emosi. Bila ipar duai bercerita tentang diapers anak, susu formula dan gedung-gedung pakaian bayi sesama mereka, aku rasa tersisih. Sebab aku belum punya anak.
Bila ada yang bertanya pada aku, tak terfikirkah nak berusaha secara medical. Buat IVF. Aku senyum je. Aku tak mahu orang tahu bahawa aku dan suami dah cuba. Bagi aku biarlah itu jadi rahsia antara aku dan suami.
Bila ada orang kata ‘ dia takut la tu nak buat rawatan.’ Aku senyum je. Hakikatnya aku dah hadapi semua tu.. suntikan demi suntikan. Proses mengeluarkan telur. Spekulum? Ye, sakit.. Even waktu aku tengah tulis ni pun aku menangis mengenangkan semua kesakitan yang aku lalui..
Suami aku tak pernah merungut soal anak. Kadang- kadang aku bersyukur suami sibuk di hospital. At least dia ada distraction untuk tidak memikirkan soal anak.
Aku pernah terfikir mungkin aku patut cari kerja supaya aku tak terlalu fikir soal anak. Tapi susahnya bagi aku nak dapat kerja setelah 7 tahun grad tanpa satu experience. Nak sambung master? rasanya otak aku dah berkarat. Apa yang ada dalam otak semua adalah ramuan untuk memasak.
Aku pernah berbincang dengan suami untuk ambil anak angkat. Lepas aku search serba sedikit di internet akhirnya aku ajak suami interview dengan sebuah organisasi yang uruskan pengambilan anak angkat. Tapi syarat-syarat yang diberikan aku tak berkenan.
Antaranya ialah: ibubapa angkat perlu pertemukan anak dan ibu kandungnya setiap bulan di tempat sekian..
Aku tak suka terikat. Sedangkan kalau ambil anak angkat dengan JKM pun tak terikat macam tu sekali. tapi nak ambil anak angkat dengan JKM kena que panjang. terlalu ramai yang buat permohonan.
Disebabkan itu, aku dengan suami buat keputusan untuk buat IVF sekali lagi. Lagi sekali aku kuatkan diri harungi semua kesakitan tu. Kali ni 2 dihantar masuk dalam. Kata doktor InsyaAllah Salah satu akan berjaya menempel pada rahim.
Aku gantung harapan setinggi bintang dekat langit. Dan…. Sekali lagi aku kecundang. Aku cuba tak mempersoalkan kenapa. Sebab aku takut akidah aku lari. Aku cuba terima semua ni.
Aku pujuk diri aku bahawa Aisyah R. A. jugak tak punya anak tapi beliau dijamin syurga. Aku pujuk diri sendiri, anak bukan jaminan untuk hidup bahagia suami isteri. Tak ada anak juga kami bahagia.
Tapi bukan senang. Bila aku berjalan berdua dengan suami di mall, aku nampak pasangan suami isteri gendong anak, air mata aku dah bergenang. Bila berkumpul dirumah metua, aku jadi pendiam.
Aku mula mengasingkan diri. Sama saja kalau balik ke kampung aku. Aku tak minat bertemu orang. Lagi- lagi makcik-makcik yang suka bertanya ‘kamu belum ada lagi?’
Aku bersyukur tahun ni aku tak perlu balik raya (ramai yang akan kecam aku nanti). Dan aku harap ada antara pembaca IIUMC ada kenalan yang bakal melahirkan dan desperately mencari ibu bapa angkat.
Aku dan suami bukan manusia sempurna, tapi untuk menyayangi dan mendidik anak angkat seperti anak sendiri tu inshaAllah kami mampu.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit