Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Terima kasih daun keladi buat admin sekiranya sudi menyiarkan masalah aku yang memerlukan buah fikiran dari semua.
Ceritanya begini, aku ni anak sulung dari 5 adik beradik. Aku dah kahwin 15 tahun Alhamdulillah dan bekerja. Cerita aku nak kongsikan ni mengenai adik ketiga aku. Bermula tahun lepas dia menumpang duduk dengan aku lepas habis belajar.
Aku seorang yang terbuka, asalkan pandai bawa diri, campak lah kemana pun boleh berdikari dengan mudah. Aku terima lah dia dengan hati yang terbuka. Rumah ibu ayah aku dah penuh, disebabkan adik beradik yang lain pun duduk bersama dengan ibu dan ayah.
Jadi, sementara dia jumpa kerja tetap, merayu-rayu lah dia nak duduk tumpang rumah aku yang tak berapa nak besar ni. Dah dia pun memang tak sebulu dengan adik beradik lain dan ibu ayah aku. Ade je tak kena, yang menyebabkan dia keluar rumah tu.
Bermula dengan itu, aku pun buat lah peraturan pada semua orang dalam rumah aku ni termasuk dia. Bertujuan supaya tidak ada isu berbangkit di kemudian hari. Bila dia baca je kesemua syarat tu, terus dia melenting dan beritahu tidak akan ikut semua syarat.
Kebetulan, ayah aku sedang sakit, dan dia memang tak boleh duduk serumah dengan adik aku ni, dalam keadaan kelam kabut, adik aku pun bawak semua barang dia ke rumah aku. Ade la dalam 10 kotak. Pada asalnya hati memang ikhlas, tapi bila dia melenting dan tidak akan ikut syarat aku, hilang dah ikhlas aku pergi negara Peru gaisss!
Selama 1 tahun 3 bulan ni, aku bertahan dengan kerenah dia yang aku pun naik muak. Sepanjang ni lah dia tidak menunjukkan semangat untuk mencari kerja.
Dalam bahasa lain, dipanggil NEET (Not in Education, Employment, or Training) boleh google je later. Aku pergi kerja sebelum subuh, balik sebelum senja dia masih dalam bilik. Sometimes bila aku cuti ke sick leave ke, same la dia terperap la dalam bilik tanpa ketahuan ape yang dia buat.
Aku macam rasa nak buat statistik, atau analisa agaknya berapa ramai orang yang macam ni dalam Malaysia. Tidak ada keinginan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan karisma diri sendiri. Tengok Tun Mahathir tu pun masih ligat bekerja dan berfikir. Malangnya, adik ngah aku ni masih di takuk lama. Menolong pun tidak, bercakap pun tidak, rutin dia macam siput masuk ke dalam cengkerang dia.
Aku cuba bawak dia ke pakar sakit mental, bila baca IIUM confession ni, aku risau lah, dia ni sebenarnya ada depresi ke? Tapi dia in denial. Aku normal je lah kaklong! Bentak dia. Aku cakap berkali-kali, seek help from professional, dia geleng je kemudian masuk dalam cengkerang dia.
Dia ni excellent student, budak 4 flat. Tapi bila sampai part survivor of the fittest iaitu mencari kerja, kecundang. Aku dah cuba macam-macam cara untuk dia keluar dari rumah dan mencari kerja, selain dari duduk dalam bilik, tapi tak berhasil.
Ada masa kami berdua akan bergaduh besar, dia pun masuk dalam cengkerang dia. Kalau ikutkan aku nak dia balik rumah ibu ayah aku jaga ayah aku tu, tapi ayah aku memang taknak dia balik.
Satu hari, suami aku ada cakap, kalau macam ni lah dia layan kita, baik tak payah kasi dia bilik tu. Baik buat bilik komputer! Aku jadi buntu. Aku pun pernah menumpang duduk dengan saudara, tapi aku tahu apa yang harus aku buat, apa yang jangan dibuat. Nama pun menumpang, kena lah ikut rentak tuan rumah kan?
Kepada graduan yang masih mencari kerja, jangan lah putus asa dan cuba tingkatkan diri dengan kemahiran yang lain. Ada banyak peluang percuma yang boleh dikecapi sementara tiada kerja tetap.
Kena ada time limit, selama mana nak tanam anggur, mentekedarah duit mak bapak macam lintah, tapi takde usaha nak cari duit. Dah cukup setahun tanam anggur, kena lah buat sesuatu gaiss!
Kalau ada yang nak share idea, apa aku kena buat ni untuk adik ngah aku. Share lah ya. Terima kasih ;)
– Cek Mek Molek (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit