Assalamualaikum & terima kasih kepada admin kalau confession aku ni dipublish. Tak tahu nak start macam mana. Dulu, aku ni seorang perempuan yang biasa2 je. Aurat masih terjaga tapi tak lah terlalu muslimah, tapi sedang cuba nak sempurnakan tutup aurat (stoking kaki & handsocks). Payah nau nak tutup! Tapi tak pernah tinggal solat lepas dosa dah ditanggung sendiri. Hehe. Aku seorang perempuan yang sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Mungkin dulu tak lah baik tapi sekarang rasa nak jadi lebih baik. Lebih baik tu maksudnya cuba tambah2 pahala dengan amalan sunat.
Dulu, aku paling malas nak buat benda2 sunat ni. Semua yang wajib2 je yang aku buat. Tapi sekarang aku fikir, kalau lah Allah tak terima langsung solat wajib aku, pahala apa lagi yang Allah nak kira untuk aku nanti. Like seriously, aku memang tak rajin langsung nak buat benda2 sunat ni.
Tapi bila aku rasa, dunia ni macam dah tak lama dah. Allah pulak masih bagi umur yang panjang lagi untuk aku bertaubat. Bertaubat dari segala dosa yang aku buat sepanjang hidup. Sepanjang 25 tahun Allah bagi hidup, maknanya 25 tahun Allah bagi masa untuk aku bertaubat. Allah tak pernah kejam pada hambaNya. Dia masih bagi peluang kat kita untuk bertaubat. Allah sangat bersangka baik dengan kita. Mungkin Dia bagi peluang kat kita untuk hidup lagi supaya kita sempat bertaubat. Kita ambik lah peluang dengan adanya sisa hidup kita ni dengan bertaubat setiap hari. Bertaubatlah. Macam mana kita tak pernah berhenti buat dosa, macam tu lah kita jangan berhenti bertaubat kepada Allah.
Kau nak betulkan hidup kau? Kau betulkan cara solat kau dulu. Aku suka dengan ceramah ustaz Ebit Lew. Dia kata, kalau kau sedang membetulkan solat kau, kau jugak sedang membetulkan hidup kau. Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya nanti. Macam mana ek kalau hidup tak bersandar kat Allah? Lepastu try solat diawal waktu. Setiap kali masuk waktu solat, terus solat. Jangan tangguh2. Terus solat. Kalau takde halanganlah. Alhamdulillah aku takde halangan nak solat diawal waktu. Kadang2 tu lah, bila keluar jalan2 ke, mesti tak dapat solat awal waktu. Time tu rasa berdosa je sebab solat lambat. Solat ni wajib weh. Jangan pernah rasa beban. Solatlah. Jangan rasa menyesal pulak nanti bila dah masuk kubur. Tak guna dah tu.
Aku cuma nak cakap, macam mana aku start nak buat benda2 sunat ni. Aku ada dengan ceramah ustaz apa tah tak ingat. Dia kata, benda2 sunat ni, kalau tak paksa, kau tak akan buat. Betul. Betul sangat. So, memang aku paksa diri ni buat solat sunat. Setiap hari. Solat sunat yang aku buat pun solat sunat paling biasa. Taubat, dhuha, istikharah, hajat & tahajjud. Tu je lah. Solat sunat witir, sejadah semua tu tak pernah buat lagi. Hehe. Aku cuba nak istiqamah buat solat ni tiap2 hari! Mula2 memang malas weh. Ya Allah, berat sungguh nak buat. Terutamanya tahajjud. Ni aku kongsikan bila aku buat solat2 sunat ni.
1. Solat sunat taubat – buat sebelum tido, betul2 dah nak tido tu buat. Time tu dah sunyi sepi sikit lah. Semua dah tido kan. Time tulah kau mintak ampun banyak2 kat Allah. Allah dengar. Kalau boleh nangis, nangislah. Tapi aku ni, kadang nangis beria sungguh. Allah je yang tahu sebab apa nangis beriya tuu. Kadang ada masanya tak nangis langsunggg. Ya Allah rasa keras gila hati ni nak nangis padahal tengah solat mintak keampunan kott.
2. Solat sunat istikharah – solat ni pun buat sebelum tido, lepas solat taubat. Orang kata, kalau nak mintak apa2 kat Allah, bertaubat dulu, baru mintak. Ni dosa pun banyak, tetiba terus nak mintak2 kat Allah. Malu sikit. Solat ni aku pun masih belum ada tujuan. Aku buat solat ni sebab aku betul2 takde 2 3 4 pilihan calon pun. Tapi crush tu ada lah. Ada la berharap pada seseorang yang mungkin dia tak pernah tahu tapi Allah tahu. Jadi, mintak je kat Allah supaya Allah jentik hati dia supaya dia suka aku. Bersungguh aku doa. Sebut nama penuh dia. Hehe. Sebab yang pegang hati aku, dia & kita semua, Allah.
3. Solat sunat tahajjud – haa solat sunat ni aku bukan buat 3 4 pagi lepas aku tido. Tapi aku buat 30minit sebelum masuk waktu subuh. Solat ni lah yang paling masyaallah nak bangun tu, tak terkata malasnya. Tiap malam sebelum tido mintak kat Allah, ‘Ya Allah, berikan aku semangat nak bangun tahajjud esok’. Aku paling berdoa sungguh waktu tahajjud. Sebabnya, doa waktu tahajjud umpama panah yang tepat pada sasarannya. Gituwww. Paling mencabar nak buat solat ni huhu.
4. Solat sunat hajat – solat ni bila2 pun boleh tapi aku akan buat lepas tahajjud. Selalu tak sempat buat solat ni, jadi aku jarang buat solat ni. Kadang2 tengah berdoa je dah azan Subuh. Haha. Solat hajat ni yang paling best sebenarnya. Mintak je apa2 kat Allah. Allah dengar cuma mungkin kalau hajat kau belum sampai sebab Allah nak bagi pada waktu yang sesuai. Aku selalu pujuk hati sendiri kalau Allah masih belum makbulkan permintaan aku. Allah tak pernah nak kecewa hambaNya. Semua orang akan rajin buat solat ni sebelum nak exam kan. Tahu sangat dah sebab bila nak exam, semua jadi alim. Yang tak pernah solat, terus solat.
5. Solat sunat dhuha – selalu aku buat sebelum pegi kerja. Aku masuk kerja lambat, jadi sempat je nak buat kat rumah. Pagi2 mintak Allah bukak rezeki seluas-luasnya. Mintak murah rezeki sendiri, mak ayah, adik beradik, kawan2, suadara-mara & bakal suami (supaya dah murah rezeki, cepatlah dia masuk meminang) haha. Ameen.
Rasanya tu je lah kot amalan2 solat sunat yang aku buat & sedang berusaha nak istiqamah. Aku doakan kita semua berusaha & bersemangat nak tambah bekalan kat Sana nanti. Lagi 1, puasa sunat Isnin & Khamis tau. Sunnah tu. Jangan lupa k. Mengaji pun paling malas, aku akan paksa baca 1 muka surat. Last but not least, mintak maaf lah kalau post ni korang rasa macam tak yah nak cerita kot apa amalan sunat yang kita buat kat orang. Jap, tapi aku cuma nak share je. Tapi aku harap, kita semua, jom jadi baik even kita tak baik mana pun. Aku pun tak baik weh. Tapi sedang berusaha jadi baik. Jom sama2. Kita nak jodoh yang baik macam diri kita, kita jadilah baik dulu ye. Aku pun tak mintak jodoh yang alim2 ustaz tu. Mungkin dia jugak pendosa macam aku dulu2 hehe. Cukuplah dia jugak sedang berusaha untuk memperbaiki diri dia macam yang aku buat sekarang. Siapa dia? Entah lah. Only Allah know the answer. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Ameen.
– A Sinner
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit